Ahad, 23 November 2008

JANGAN MINUM LAICI TIN

Istighfar kita banyak2. Entah berapa kilo dan benda2 ni espsecially buah Lychee tu yg dah
kita telan dgn begitu lazat.Tau-tau adalak campur benda2 haramtu..
Tak tau nak makan apa dah. macam2 lani..makan biscuit ada melamine.. makan buah2 dlm tin ada extract khinzirlah.

Apapun kita hati2lah jgn beli dan suapkan ke mulut kita dan anak2.










KESEMUA YG DI ATAS ADA MENGANDUNGI LEMAK BABI/KHINZIR.
JAKIM telah menghantar surat pada semua retailer supaya tutup tanda
halal pada produk tersebut.
"Narcissus" is an established and well known brand associated with high quality China canned food and seasoning such as whole mushrooms, asparagus spears, lychees, spiced pork cubes, stewed pork chops etc. The range of "Narcissus" food products, which is very well demanded in many parts of the world, include :
Canned Meat
Canned Seafood
Canned Fruits
Canned Vegetables
Seasonings
di atas adalah barang2 keluaran narcissus.

Kepada semua muslimin dan muslimat tolong sebar2kan info ini kepada umat islam yg lain.untuk mendapat kesahihan tentang hal ini sila lawati
website


http://www.halaljak im.gov.my/

Rabu, 12 November 2008

CATATAN 'NNOREH'

6 hingga 9 November baru lepas ambe ke KL, atas pelawaan sahabat yang mengaturkan tazkirah di surau masjid di sekitar Selangor Darul Ehsan. Ambe baru tahu rupa-rupanya di Selangor, ada orang-orang yang bertanggungjawab menyusun dan mengatur kuliah, tazkirah, ceramah agama di surau masjid bagi ustaz-ustaz dari luar Selangor. Pernah ambe diberitahu bahawa ustaz di Selangor tidak mencukupi untuk menampung pengajian di surau dan masjid bagi mendidik masyarakat dengan Islam.

Ambe pergi bertiga: Ustaz Zul, Din dan ambe sendiri. Kami menaiki waja ustaz Zul yang bermurah hati menggunakan keretanya. Tapi sebaik sahaja perjalanan dimulakan, aku merasakan kelainan pada wajanya. Bak kata orangputih, 'there must be something wrong with the car." Setelah ambil Din di pejabat, Ustaz Zul suruh Din bawa kereta. Ambe yang tak pernah naik dengan Din, baru tahu bahawa Din suka bawa laju tetapi cekap. Tapi yang masih merisaukan ambe ialah tayar kereta yang rasa lain macam. Sesampainya di Dungun, kami berhenti di sebuah kedai tayar untuk 'check' apa yang tak kena. Apabila kami tilik tayar kanan bahagian depan, agak terkejut kerana ada rekahan panjang. Ambe rasa bukan setakat itu sahaja yang bermasalah, bahkan 'balancing dan alignment' juga perlu dibetulkan. Tapi disebabkan nak cepat kerana kuliah pertama bermula maghrib hari bertolak, maka kami putuskan untuk teruskan perjalanan selepas menukar tayar kanan bahagian depan.

Sesampainya di Gombak, ambe minta dihantar ke rumah adik ambe di Taman Sri Gombak yang hanya bersebelahan dengan 'highway.' Ambe tidak risau kalau ke KL sebab lima orang adik beradik ambe bekerja di sana. Abang dan dua adik di Puchong, dua lagi adik di Gombak. Adik ambe menawarkan kereta kancilnya untuk diguna ke sana sini berkuliah. Tak lupa juga ambe bertemu dengan ibu tercinta kerana ibu sudah hampir 6 bulan berada di rumah adik perempuan ambe bagi menjaga anak bongsunya yang berusia enam bulan itu. Hanya tinggal kami tiga beradik di kampung. Ambe, Fandi (bongsu lelaki) , dan Fazlina(bongsu betul). Ustaz Zul dan Ustaz Din tidur di rumah sahabat ustaz Din. Ambe bukan tak mahu rai mereka, tapi disebabkan ibu ada di Gombak, maka ambe rasa lebih utama ambe menjaga hati seorang ibu berbanding hati kawan. Tapi mereka sebenarnya faham keadaan ambe.

Malam itu, ambe kena kuliah di Surau Mizan, Flat Jalan Duta, tempat staf kerajaan tinggal. Suraunya cantik dan luas.

bersambung..........

Ahad, 2 November 2008

CARA MUDAH LIPAT BAJU T

Buat surirumah