Rabu, 1 Disember 2010

Rabu, 6 Oktober 2010

TEORI BIG BANG SESAT

Selasa, 7 September 2010

Kuliah Raya...

Selasa, 17 Ogos 2010

RAMADHAN BULAN KESABARAN

Ahad, 15 Ogos 2010

IKLAN BUAT PEROKOK TEGAR..

Selasa, 6 Julai 2010

ASAL USUL TERKEJUT BERUK

Isnin, 28 Jun 2010

CUCI TANGAN BETUL2 SEBELUM MAKAN







Ascaris lumbricoides adalah bahasa Latin dan nama taxonomi bagi parasit manusia, menyebabkan penyakit askariasis. Askariasis merupakan penyakit yang disebabkan oleh cacing gelang (Filum Nematoda). Askariasis adalah penyakit kedua terbesar yang disebabkan oleh makhluk parasit. Cacing Gelang terdapat dalam air tawar, air masin, dan persekitaran darat, di mana mereka sering melebihi bilangan haiwan lain dari segi bilangan dan jumlah spesies.


Sesiapa yang memegang tanah yang mempunyai telur Ascaris dan tidak mencuci tangan sebelum makan, akan terkena penyakit ini. Hanya dalam 21 hari, telur Ascaris akan matang.

Telur akan masuk ke salam saluran pencernaan dan akan menjadi larva pada usus manusia. Seterusnya menembus masuk ke pembulu darah. Kemudiannya akan beredar mengikut sistem peredaran seperti hati, jantung dan paru-paru. Pembiakan cacing ini akan terus berkembang di dalam usus manusia. Oleh itu jaga anak anda ketika bermain di pasir.

Ahad, 20 Jun 2010

Open Your Eyes

Isnin, 31 Mei 2010

BAPA BOREK, BABY RINTEK

Ahad, 23 Mei 2010

KASIH ABANG...

Kalau anda keras hati, cuba renung gambar ini. sekejap tak rasa apa-apa?Tafsirlah apa sahaja yang anda suka. Kelaparan?Keletihan?Kasih seorang abang? Apapun, ia sangat menyentuh hati...

Ahad, 16 Mei 2010

SAJOK KUALE BERANG

Buat muda mudi rakyat Tranung.

Sabtu, 15 Mei 2010

SELAMAT HARI GURU

Rabu, 12 Mei 2010

CARI GADIS HILANG

PENGHINA NABI DISERANG DI SWEDEN



Mereka cintakan Allah dan RasulNya. Jelas kedengaran Muslimat bertakbir tidak henti-henti!!!

Isnin, 26 April 2010

MAKHLUK ASING WUJUD? =PEMBOHONGAN YAHUDI

LONDON 26 April – Makhluk asing mungkin wujud tetapi manusia perlu menjauhi mereka kerana sebarang perhubungan boleh membawa akibat yang sangat buruk, menurut saintis terkemuka Britain, Stephen Hawking.

“Jika makhluk asing mengunjungi kita, kesudahannya sama seperti ketibaan Columbus di benua Amerika yang banyak membawa mudarat kepada penduduk asli Amerika,” kata pakar astrofizik itu dalam satu siri baru televisyen, semalam.

Rancangan televisyen itu menggambarkan alam semesta khayalan yang dihuni oleh makhluk asing menaiki kapal angkasa besar dalam misi untuk mencari sumber kehidupan baru selepas sumber di planet mereka sendiri habis digunakan.

“Makhluk asing yang lebih maju itu akan menjadi nomad yang mengembara untuk menawan dan menjajah apa jua planet yang berada dalam jangkauan mereka,” kata Hawking.

Senario malapetaka besar itu digambarkan dalam siri Into the Universe with Stephen Hawking di saluran Discovery Channel yang mula disiarkan di Amerika Syarikat (AS), semalam.

“Pada fikiran saya sebagai ahli matematik, pengiraannya sahaja menjadikan sangat rasional untuk berfikir mengenai kewujudan makhluk asing.

“Cabaran sebenar ialah memikirkan bagaimana rupa sebenar makhluk asing,” kata beliau apabila ditanya mengenai kemungkinan makhluk asing wujud.

Makhluk bercahaya menyerupai sotong, kawanan herbivor yang boleh berpaut pada lereng cenuram dan pemangsa kuning yang boleh membunuh mangsa dengan melibas ekor adalah antara makhluk yang bermain dalam alam fantasi saintis.

Manusia sudah pun melakukan beberapa percubaan untuk menghubungi makhluk asing.

Agensi angkasa lepas AS, NASA pada 2008 memancarkan lagu kumpulan Beatles, Across the Universe jauh ke angkasa lepas untuk mengirim mesej keamanan kepada mana-mana makhluk asing yang mungkin berada di kawasan Polaris, juga dikenali sebagai Bintang Utara, pada tahun 2439. – AFP
.......................................................
KOMEN:
Pandanga saya, dakwaan ini adalah palsu dan terpengaruh dengan konspirasi yahudi freemason penyembah Iblis laknatullah. UFO dan makhluk asing merupakan hasil teknologi tentera dajjal iaitu kerajaan US sendiri. Mereka sengaja mewujudkan cerita makhluk asing dan ufo untuk mengabui mata manusia bahawa ada bahaya dari angkasa yang akan datang ke bumi. Jadi, sudah tentu perlu kepada hero untuk menyelamatkan manusia dari makhluk asing. US sebagai proxi yahudi sekular lah yang mengambil peranan itu. Mereka ingin alih isu persediaan golongan freemason utk menguasai dunia sepenuhnya dgn hidangan cerita ufo dan maskhluk asing. Padahal hakikatnya, ufo merupakan teknologi rahsia Freemason melalui proksinya kerajaan usa.

Sila lihat rahsia di sebalik makhluk asing dalam video di bawah:

Khamis, 1 April 2010

Haiwan dan Perangai Manusia

Belajar dari Haiwan

LALAT

Jangan berperangai seperti lalat. Sentiasa mencari tempat yang kotor. Begitulah manusia, kalau berperangai seperti lalat, sentiasa mencari yang buruk-buruk, kesalahan orang.



LEBAH

Jadilah seperti lebah, sentiasa mencari manfaat, melihat kebaikan. Manusia yang berperangai seperti lebah akan sentiasa berfikiran positif, mencari kebaikan pada setiap yang ia temui.


BABI

Jangan jadi seperti babi, kerana ia tidak pandai membela anak. Hanya tahu memuaskan nafsu semata-mata.


HARUAN


Jangan juga jadi seperti ikan haruan. Anak sendiri pun dimakannya. Begitulah manusia di zaman ini, ada yang jenis merosakkan anak sendiri. Dirogolnya, dibunuhnya.


BURUNG

Jadilah seperti burung, keluar terbang waktu pagi untuk mencari rezeki, pulang ke sarang waktu petang. Manusia yang berperangai seperti burung, ia menjadi seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya.


KUPU-KUPU

Jangan jadi seperti kupu-kupu. Suka hinggap di merata-rata. Sekejap di situ, sekejap di sini. Apatah lagi kupu-kupu malam. Ini manusia yang menjadikan pelacuran sebagai profesion.


MURAI

Jangan jadi seperti burung murai. Ke sana ke mari, mulutnya tidak pernah berhenti berbunyi. Manusia yang berperangai seperti burung murai akan sentiasa mengumpat orang kerjanya.


ANJING

Jangan juga menjadi seperti anjing yang diselamatkan, kemudian digigit orang yang menyelamatkannya. Manusia jenis anjing, tidak berterima kasih kepada orang yang membantu kesempitannya tetapi menyusahkan pula.

Isnin, 22 Mac 2010

COCA COLA AKAN BINA KILANG TERBESAR DI NILAI


Oleh SM Mohamed Idris,
Presiden CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.



Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari diambil oleh setiap rakyat Malaysia.

Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.

Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan gula.

Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.

Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.

Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam sekitar.

Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan kehilangan pendapatan daripada pertanian.

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan Guatemala.

Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di negara ini.

Isnin, 15 Mac 2010

KANAK-KANAK & ASTHMA


Menurut kajian, jumlah kanak-kanak diserang penyakit asma adalah 10 hingga 20 peratus. Selalunya, penyakit ini tidak boleh diubati. Tapi, biasanya kanak-kanak akan sembuh apabila usia meningkat.

Bagi kanak-kanak yang menghidapi asma sederhana, serangan ini akan hilang apabila mencapai usia lingkungan 12 hingga 13 tahun.

Manakala, 50 hingga 60 peratus akan sembuh apabila mencapai usia 20 hingga 25 tahun. Sementara, 20 peratus lagi akan mendapat asma berterusan dan hanya sebilangan kecil saja yang akan sembuh.

Gejala

Gejala utama (cardinal symptom) asma adalah pernafasan bersiul atau berbunyi (wheeze), menunjukkan saluran udara tersekat. Batuk, kadang kala dengan kehadiran lendir jernih (clear sputum). Kebiasaannya ada pelbagai tanda, seringkali dengan permulaan pantas,perubahan cuaca persekitaran dan berkaitan dengan pencetus yang disenarai di atas. Gejala sering semakin teruk pada waktu malam atau ketika berjalan. Peningkatan saluran udara akan menyebabkan sesak nafas. Asma kadang kala berkait dengan masalah ketidakhadaman asid (acid indigestion), terutama dengan pesakit berusia.

Tanda-tanda asma adalah nafas bersiul, masa hembusan lebih panjang berbanding masa mengambil nafas, tisu cekung antara tulang rusuk dan bahagian atas sternum & klavikel, dada mengelembung dan pernafasan bersiul melalui stetoskop (rhonkhi). Dalam serangan asma teruk pesakit mungkin menjadi biru (cyanosed) dan boleh pengsan. Antara serangan asma pesakin mungkin tidak menunjukkan sebarang tanda.

Diagnosis

Dalam kebanyakan kes doktor boleh membuat diagnosa berasaskan gejala dan tanda-tanda biasa. Pertukaran pantas biasa dalam halangan saluran udara boleh dipastikan dengan penurunan fungsi jantung (pulmonari) selepas bersenam atau menghidu histamina, dan kelegaan setelah menghidu ubat bronkodilator. Kebanyakan orang dengan asma mempunyai alahan; ujian alahan positif menyokong diagnosa asma dan mungkin membantu mengelakkan punca serangan. Ujian lain sebagai contoh x-ray dada mungkin diperlukan untuk memastikan penyakit dada yang lain.

Rawatan

Simptom

Kejadian nafas bersiul dan semput biasanya bertindak balas dengan inhaled bronchodilator yang bertindak dengan menenangkan otot licin ("smooth muscle") pada dinding bronchi (laluan udara). Kejadian lebih teruk mungkin memerlukan pengambilan singkat steroid ditelan yang memendamkan keradangan dan pembengkakan lapisan pada laluan udara.

  • bronchodilator dihidu
  • Systemic steroids (ex. prednisone, prednisolone, dexamethasone)
  • Oxygen to alleviate the hypoxia (but not the asma per se) that is the result of extreme asma attacks.
  • Jika ketidakhadaman asid ("Acid indigestion -GERD") merupakan sebahagian dari serangan, ia juga perlu dirawat atau ia akan memulakan proses keradangan semula

Langkah mengelak

Punca seperti haiwan peliharaan dan aspirin perlu dipastikan dan dielakkan. Mereka yang mempunyai simptom asma sepanjang hari biasanya berasa lega dengan ubat penghalang berterusan. Ubat penghalang yang paling berkesan adalah steroid yang dihidu.

  • Penghidu (inhaler ) kortikosteroid (contohnya flutikasone, budesonide, beclomethasone, mometasone)
  • Leukotriene antagonis (contohnya montelukast sodium, zafirlukast)
  • Agonist beta2-adrenoseptor tahan lama (contohnya salmeterol, formoterol)
  • Penstabil sel Mast (contohnya kromolyn sodium (sodium kromoglykate), nedokromil)

Ambil ubat seperti yang dicadangkan oleh doktor. Jika serangan asma semakin teruk, jangan tunggu sehingga janji temu seterusnya. Bawa ubat ke mana-mana saja anda pergi. Elakkan daripada menghisap rokok atau berada berdekatan dengan orang yang menghisap rokok. Ambil ubat sebelum anda ke tempat yang mungkin akan menimbulkan serangan asma. Jika anda sering mendapat serangan asma yang teruk, sentiasalah membawa senarai ubat daripada doktor anda.


Selasa, 2 Mac 2010

PENGUCAPAN AWAM PERTAMA DANIAL


Ni gambar Danial waktu Ihtifal PASTI DARUSSALAM tahun lepas. Danial diamanahkan berucap bagi pihak pelajar walaupun dia baru berusia 5 tahun ketika itu. Kemahiran membaca yang dimiliki Danial merupakan kelebihan kepadanya menyebabkan dia terpilih untuk mewakili rakan-rakan.

Seperkara lagi, kelebihannya yang tidak kekok dan segan di hadapan khalayak juga merupakan satu lagi kelebihan. Mungkin ada potensi pemimpin masa depan.

Ahad, 28 Februari 2010

ANTARA KASIH SAYANG SEEKOR SINGA DAN KEBINATANGAN SEORANG LELAKI





Ini kisah dua sahabat yang membela seekor anak singa yang dibeli oleh mereka daripada Harrods Pet Deparment, Virginia pada tahun 1969.

Lama-kelamaan, anak singa itu semakin membesar dan pakar menasihatkan mereka melepaskan singa tersebut ke hutan agar ia boleh hidup sebagai seekor singa sebenar dengan naluri seekor haiwan pemangsa. Lagipun, pakar mengatakan bahawa membela seekor singa yang dewasa boleh membahayakan nyawa mereka kerana nalurinya sebagai haiwan pemangsa tetap ada dalam diri singa itu.

Pada tahun 1971, singa itu dilepaskan di tempat asalnya di Kenya. 9 bulan kemudian, dua sahabat tadi pergi ke Kenya dan berharap dapat bertemu dengan Singa mereka. Akhirnya singa tersebut datang 'menerkam' dengan penuh kasih sayang. Lihat bagaimana singa tersebut memeluk tuannya seolah-olah 'seorang' anak memeluk bapanya.

MORAL

Kisah pertemuan yang penuh emosi ini mengajar kita betapa kasih sayang sebenarnya suatu perkara yang harus dipupuk untuk mendapat impak yang mendalam. Kalau lah haiwan boleh diterapkan nilai kasih sayang dalam diri mereka, sudah tentu lah manusia lebih-lebih lagi. Haiwan mempelajari sesuatu melalui nalurinya, manusia pula dilengkapi dengan akal yang membezakan mereka daripada haiwan. Nilai kasih sayang yang sudah sedia ada dalam diri manusia perlu dipupuk untuk menghasilkan manusia-manusia yang mempunyai perasaan 'hilmi'(lemah lembut) dan 'latif'(halus). Ia bkan sahaja mampu menjadikan manusia lebih menyayangi sesama ahli keluarga, bahkan mampu menjadikan kita lebih sensitif terhadap isu kemanusiaan, jiwa mudah tersentuh.

SYAFIA DIDERA HINGGA BAWA MATI

Isu kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia 3 tahun akibat didera dengan sadis dan teruknya oleh teman lelaki ibunya sangat menyayatkan hati dan ini merupakan tanda hilangnya kemanusiaan dalam diri manusia hari ini. Ia bukan isu yang terpencil. Sudah banyak kes seumpama itu sebelum ini. Saya yakin banyak kes-kes yang melibatkan deraan lebih ringan tidak dilaporkan dan sudah dianggap biasa oleh masyarakat, khususnya ibubapa dek kerana rendahnya akhlak masyarakat. Lebih menyedihkan ia berlaku kepada keluarga yang beragama Islam.

Memang benar pepatah yang menyebut manusia boleh jadi lebih teruk dari binatang...


Isnin, 15 Februari 2010

Selasa, 2 Februari 2010

KONSERT RAIHAN PERCUMA

Isnin, 1 Februari 2010

ANTI ISLAM MASUK ISLAM!

SWITZERLAND -Hidayah ALLAH Pembenci Masjid Masuk Islam!

Daniel Streich, ahli politik Swiss, yang terkenal kerana kempen menentang pembinaan masjid di negaranya, tanpa disangka-sangka memeluk agama Islam.

Streich merupakan seorang politikus terkenal, dan dia adalah orang pertama yang mencetuskan perihal larangan kubah masjid, dan bahkan mempunyai idea untuk menutup masjid-masjid di Swiss. Dia berasal dari Parti Rakyat Swiss (SVP). Pengumuman kesaksian Streich ke agama Islam membuat heboh seluruh Switzerland.

Streich mempropagandakan anti-gerakan Islam begitu meluas ke seantero negeri. Dia menaburkan benih-benih kemarahan dan cemuhan bagi umat Islam di negara itu, dan membuka jalan bagi opini publik terhadap mimbar dan kubah masjid.

Tapi sekarang Streich telah menjadi seorang pemeluk Islam. Tanpa diduganya sama sekali, pemikiran anti-Islam yang akhirnya membawanya begitu dekat dengan agama ini. Streich bahkan sekarang mempunyai keinginan untuk membangun masjid yang paling indah di Eropah di Switzerland.

Yang paling menarik dalam hal ini adalah bahawa pada saat ini ada empat masjid di Swiss dan Streich ingin membuat masjid yang kelima. Dia mengakui ingin mencari “pengampunan dosanya” yang telah meracuni Islam. Sekarang adalah fakta bahawa larangan kubah masjid telah memperoleh status undang-undang.

Abdul Majid Aldai, presiden OPI, sebuah LSM, bekerja untuk kesejahteraan Muslim, mengatakan bahwa orang Eropah sebenarnya memiliki keinginan yang besar untuk mengetahui tentang Islam. Beberapa dari mereka ingin tahu tentang hubungan antara Islam dan terorisme; sama halnya dengan Streich. Ceritanya, ternyata selama konfrontasi, Streich mempelajari Alquran dan mulai memahami Islam.

Streich adalah seorang anggota penting Partai Rakyat Swiss (SVP). Dia mempunyai posisi penting dan pengaruhnya menentukan tindakan parti. Selain petisyennya tentang kubah masjid itu, dia juga pernah memenangkan militer di Swiss Army kerana popularitinya.

Lahir di sebuah keluarga Kristian, Streich melakukan studi komprehensif Islam semata-mata untuk memfitnah Islam, tapi ajaran Islam memiliki dampak yang mendalam pada dirinya. Akhirnya dia malah antipati terhadap pemikirannya sendiri dan dari kegiatan politiknya, dan dia memeluk Islam. Streich sendiri kemudian disebut oleh SVO sebagai syaitan.

Dulu, dia mengatakan bahwa dia sering meluangkan waktu membaca Alkitab dan sering pergi ke gereja, tapi sekarang dia membaca Alquran dan melakukan solat lima waktu setiap hari. Dia membatalkan keanggotaannya di parti dan membuat pernyataan publik tentang keIslamannya. Streich mengatakan dia telah menemukan kebenaran hidup dalam Islam, yang tidak dapat dia temukan dalam agama sebelumnya.

Ahad, 31 Januari 2010

RUMAH ORANG KAMPUNG TERBAKAR

video
Semalam, 31 Januari 2010, kurang lebih jam 9 pagi, aku ke rumah Nik Mat, tukang mmandi orang mati yang tinggal di Seberang Baroh Kiri, sebahagian dari kampungku, hasil dari panggilan yang aku terima jam 8.57pg.

Rumahnya 2 tingkat, hangus tingkat atas dimamah api dek litar pintas yang datang dari bilik Fakhrul anak Nik Mat.

Mudah2an Allah tabahkan hatinya menghadapi musibah kebakaran tersebut.

Pemegang Kunci Pintu Syurga

Selasa, 26 Januari 2010

Selasa, 19 Januari 2010

TELL ME WHY?

Rabu, 6 Januari 2010

"Ibu Kenapa Kita Perlu Basuh Tangan?"


BAHAGIAN PERTAMA

BARU-BARU ini ketika makan di sebuah medan selera di sini, penulis terdengar seorang anak kecil cuba meminta penjelasan daripada ibunya kenapa dia perlu basuh tangan sebelum makan.

"Nak bersihkan daripada kuman. Kalau sentuh makanan dengan tangan yang ada kuman dan kita makan makanan itu, nanti kita akan sakit," jawab si ibu.

Ternyata si ibu menyedari mengenai ancaman jangkitan terhadap anak kecilnya dan pastinya beliau tidak lupa akan ancaman wabak selesema H1N1, yang juga dikenali sebagai influenza A, yang masih wujud dan menjadi pandemik di dunia sejak April tahun lepas.

Sebagai sebahagian dari tindakan yang diambil bagi membendung penularan wabak selesema ini, pihak berkuasa kesihatan di negara ini menekankan faktor kebersihan diri sendiri merupakan antara langkah yang boleh menghalang jangkitan penyakit ini.

Antara langkah ini ialah menjaga kebersihan tangan.

TANGAN YANG KOTOR

Menurut Dr P. Ragesh, pegawai perubatan kawalan penyakit di sebuah institusi kesihatan awam di sini, terdapat beberapa cara manusia boleh dijangkiti kuman.

"Antaranya dari tangan ke makanan. Kuman boleh dipindahkan dari tangan yang kotor kepada makanan. Bila anda atau orang lain makan makanan tersebut, mungkin akan sakit".

Kata beliau, situasi sebaliknya juga boleh berlaku iaitu dengan cara dari makanan ke tangan. Bila seseorang itu mengendalikan makanan mentah atau yang belum dimasak dan jika dia tidak membersihkan tangan, ada kemungkinan beliau memindahkan kuman itu ke makanan yang lain yang kemudian akan dimakan dan menyebabkan berlakunya penyakit.

Awas jika anda menukar lampin bayi yang kotor!

"Memang ada banyak kuman pada lampin bayi yang kotor. Tanpa membasuh tangan, kuman ini akan dipindahkan kepada apa saja termasuk orang lain dan juga bayi itu sendiri," kata Dr Ragesh.

Hidung, mulut dan mata juga merupakan cara lain di mana kuman boleh dipindahkan dan cara yang terbaik untuk mengatasinya ialah dengan membasuh tangan anda.

Menurut Dr Ragesh, antara bakteria yang hadir di tapak tangan dan jari ialah staphylococcus (yang boleh menyebabkan bisul dan nanah), streptococci (sakit tekak), bacillus, clostridim, Escherichia Coli atau E Coli yang boleh menyebabkan ciritbirit serta juga virus Influenza A yang menyebabkan selesema babi.

"Membasuh tangan anda ialah kaedah terbaik untuk menghalang jangkitan dan walaupun anda sihat, anda mesti terus amalkan membasuh tangan, sebab kuman biasanya menjangkiti beberapa hari sebelum anda berasa sakit".

Malangnya masih ramai dalam kalangan umum yang tidak membasuh tangan mereka secara betul, bahkan hanya 'membasahkan' tangan sahaja sebelum makan.

"Contohnya bila pergi kenduri, tetamu hanya 'membasahkan' tangan sebelum makan. Mungkin tuan rumah tidak menyediakan kemudahan tempat basuh tangan seperti sinki serta sabun atau cecair pembasuh tangan," kata beliau.

BASUH TANGAN DENGAN SABUN

"Pastikan anda basuh tangan sekurangkurangnya 20 saat sebelum makan," kata Clarence Wong seorang jururawat kanan di sebuah pusat perubatan di sini.

Kenapa perlu sedemikian?

"Membasuh tangan anda dengan sabun dan air ialah cara paling baik untuk menghalang penyakit berjangkit. Tangan anda memang ada kuman dan kalau kuman ini dapat masuk ke dalam badan, ia boleh menyebabkan infeksi", kata beliau.

"Kuman-kuman ini boleh menimbulkan masalah pada kesihatan anda seperti sakit tekak, bisul, jangkitan saluran pernafasan, cirit-birit, jangkitan salur kencing dan juga bengkak usus," kata Wong.

BILA PERLU BASUH TANGAN?

Kata Wong membasuh tangan ialah satu keperluan sebelum menyediakan makanan dan juga sebelum makan.

"Jangan sekali-kali lupa membasuh tangan anda dengan sempurna selepas ke tandas, juga selepas menyalin lampin bayi, dan selepas menghembus hidung, batuk atau bersin".

Bagi petugas perubatan di barisan hadapan seperti doktor dan jururawat , mereka perlu memastikan tangan mereka dibasuh selepas atau bersentuhan dengan pesakit. Serta juga sebelum dan selepas merawat luka.

"Jangan lupa membasuh tangan anda selepas mengutip dan membuang sampah," kata Wong.

PALING MURAH DAN MUDAH MENCEGAH JANGKITAN

Membasuh tangan adalah cara yang paling murah dan mudah untuk mencegah jangkitan penyakit.

Menurut pihak berkuasa kesihatan, membasuh tangan ialah barisan pertahanan pertama dalam menentang jangkitan kuman.Virus, bakteria dan parasit boleh menyebabkan penyakit dan sesetengah penyakit ini amat senang berjangkit dan merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan secara langsung.

Kata Wong: "Bayi dan anak kecil memang senang dijangkiti penyakit kerana mereka belum ada imuniti dan ketahanan secukupnya terhadap kuman yang biasa didapati di sekeliling mereka".

Orang dewasa perlu basuh tangan sebelum mengendalikan makanan atau makan, juga sebelum memberi anak makan, selepas pergi ke tandas, selepas menukar lampin anak, selepas kembali dari kerja atau melakukan aktiviti luar rumah, selepas memegang binatang peliharaan, selepas membantu anak menggunakan tandas dan juga selepas menyapu hidung dan mulut anak.

Bagi kanak-kanak, mereka perlu diajar membasuh tangan sebelum dan selepas makan, selepas menggunakan tandas, selepas bermain dengan haiwan peliharaan, selepas bermain di taman permainan dan juga bila tangan mereka kelihatan kotor.- BERNAMA