Isnin, 23 Mac 2009

CATATAN PERJALANAN BUKIT GANTANG GELOMBANG PERTAMA

Gamba bahagian depan Masjid Tanah Rata, Cameron Highland. Air Paip punyalah sejuk macam dalam peti ais!!

Berhenti sekejap di Pasar Malam Tanah Rata, Cameron Highland.

Ni antara lalat yang ambe tebah waktu makan di perjalanan ke Tanah Rata. Punyalah banyak lalat, tak henti2 halau lalat. Tak senang dibuatnya... Harapnya, Itulah kali pertama dan terakhir mabe singgah kedai makan tu...

Buah2an labu pelik di Pasar Malam Tanah Rata.
Strawberi Tanah Rata, dijual dengan harga RM5 satu paket. Ni yang buah besar2. Kalau yg kecil2, dijual 3 paket RM10.


Ni 'time' perjalanan keluar dari Tanah Rata ke jalan utama Gua Musang semula. Dah senja...


Waktu habis solat Jumaat di Masjid Abu Bakar di Simpang, Changkat Jering. Kelihatan Dato' Ghazali Losong, yg pernah menjadi pimpinan Pas suatu ketika dahulu. Teringat kengkawan ada yang panggil Abuya, dan ada yang panggil Abuyik kat dia. Jadi tunggangan Umno...


Buah2an di Hentian Bukit Gantang waktu berhenti rehat dalam perjalanan ke Perak.


Ni 2 keping gambar sahaja sempat diambil di Hentian Bukit Gantang. Ambe memang tak pernah berhenti di sini. Memang suatu pengalaman yang baru. Ambe tak pernah jumpa hentian di lebuh raya yang buka gerai buah sebanyak di sini. Buah durian pun ada tapi harganya mak oi....mahal!!! sekilo RM12!!

LAYAN ANAK2 DI MYDIN MALL



Zai ajak ke Mydin Mall bawa anak2. 'eXCITED' anak2 dpt naik turun mainan. Walaupun tak letak syiling sebab takda, nampak keriangan dan kepuasan di riak wajah anak2 yg jarang2 diajak bermain di taman.

Selasa, 10 Mac 2009

DANIAL MENGAJI

Danial ni liat sikit kalau nak mengaji. Ikut 'mood' dia aje. Jarang2 dapat mengaji dengan 'ayah' lantaran kesibukan. Sekarang Danisyah dan Danial kena mengaji dengan orang kampung.

Sabtu, 7 Mac 2009

lagi naik bukit besar

Ini suasana di puncak bukit besar, Kuala Terengganu. Semangat betul anak-anak ikut berjoging. Tapi yang tak tahannya, waktu turun bukit, Danial yang sudah kepenatan, terpaksa ambe kendong.

JOGING DI BUKIT BESAR

Ini merupakan pertama kali ambe ajak anak-anak naik Bukit Besar. Suatu ketika dahulu, ambe biasa berjoging naik bukit besar. Zaman itu sudah berlalu. dahulu bujang, sekarang dah kawin. dahulu sorang, sekarang berlima. tanggungjawab semakin banyak, masa semakin sempit untuk 'exercise'. kebetulan pagi jumaat itu, ambe terpanggil nak kenalkan bukit besar kepada anak-anak dengan lebih dekat. Jadi jugak niat ambe kali ini. Dah lama sebenarnya nak bawa, tapi tak kesampaian. kali ini menjadi, sehingga terpaksa lewat ke kuliah darul Syifa' pada hari itu.