Jumaat, 30 Oktober 2009
WARONG POWER!!!
Telur Separuh Masak POWER!!!Ntah rempha ratus apa yang dimasukkan dalam ramuan. Tapi yang pasti, memang POWER!!
Ini TEH POWER.Lihat pelatnya warna....
Ini WARONG POWER!!! Saya singgah dalam perjalanan pulang dari KL 2 minggu lepas. Tempatnya di Dungun.
TAHI YANG MAHAL!!!
Rabu, 28 Oktober 2009
GREEN SOYA BEAN YEO'S MERAGUKAN!!!
Awas semua muslimin dan muslimah!
GREEN BEAN SOY DRINK Salam semua. Kali ini saya nak sentuh ttg minuman ringan keluaran Yeo Hiap Seng, jenama salah satu pembekal minuman ringan yg tak asing lagi di rantau ini khususnya Singapura danMalaysia .
Pernahkah anda dengar ttg keluaran produk minuman YHS yg terkini, khususnya minuman kacang soya fusion dgn kacang hijau? Jika anda di Singapura, harap2 baca dulu ya, bahan-bahan yg terkandung dalam minuman ini.
Semasa saya ke salah sebuah pasaraya tempatan, terpandang saya ke arah minuman ini yg saya fikir adalah salah satu lagi keluaran terbaru YHS. Iyerlah, apalah bahan yg nak dibubuh dlm minumankan? So I pick up one and brought to office. Tapi, bila saya baca ingredientsnya.......
Cuba lihat kat pic ini.
Cuba lihat dekat-dekat........
Apa ke benda ni? Rupa-rupanya E471 is derived from pig. MasyaAllah, dah takde lagi ke sumber yg baik, yg murni, darimana pihak pengeluar nak dapatkan bahan atau sumber utk membuat produk minuman mereka???? Tidakkah mereka peka dgn pengguna2 Islam yg sememangnya ramai telah terbiasa dgn minuman yg mereka bekalkan atas jenama YHS???
Belek punya belek.....hah, patutlah. Minuman ni diperbuat di....... di negara yg dah mmg dah tersohor bubuh melamine dalam susu!!
Apapun, saya sekedar berkongsi info dan diharap sesiapa yg teringin nak merasa minuman jenama YHS "Green Bean Soy Drink", lupakan sajalah niat anda tu. Tak berbaloi bahan yg haram jika memasuki dlm tubuh badan kita ni!! Harap dapat sebarkan info ini terutama sekali kpd anak-anak kita yg mungkin kurang arif ttg perkara ini.
Do not drink FANTA APPLE, as it contains (E211, E224) Fat of Pork(PIG)
http://idhamlim.blogspot.com/2009/10/haram-green-soya-bean-drink-from-yeos.html
Selasa, 20 Oktober 2009
BAYI AJAIB DENGAN AYAT QUR'AN DI TUBUH
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Foto dipetik : Kosmo Online (Sebahagian ayat al-Quran pada kulit Ali
MOSCOW – Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.
Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.
Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.
Foto dipetik Kosmo Online : (Sepotong ayat al-Quran pada paha Ali
Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.
“Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,” kata ibunya Madina Yagubova.
Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.
Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.
Isnin, 19 Oktober 2009
GEMPA BUMI PADANG ADA DALAM AL QUR'AN!
Jumaat lepas, saya solat Jumaat di Masjid Pengadang Baru. Khatib pada hari itu ialah Yang Berhormat Ustaz Mohd Nor Hamzah, Adun Bukit Payong Terengganu. Dalam khutbahnya, beliau menyentuh isu bencana di Padang. Antara yang menarik, beliau mengaitkan waktu peristiwa gempa bumi terjadi dengan ayat al Qur’an. Mungkin sahabat pembaca sudah membacanya di mana-mana tetapi bagi saya, ia sangat menarik dan penting bagi peringatan buat umat Islam yang beriman kepada ayat-ayatNya.
Waktu berlaku gempa pertama ialah pada jam 5 : 16 petang bersamaan 17 : 16 waktu antarabangsa. Apabila disemak surah ke 17(al Israa’ ) ayat 16, maksudnya berbunyi : “Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya”.
Gempa susulan di Padang juga terjadi pada pukul 17.58. Dalam surat 17 (Al Israa’) ayat 58 pun dituliskan, “Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz)”.
Selain gempa bumi di Padang, peristiwa serupa di Jambi beberapa waktu lalu pun berusaha dikaitkan dengan ayat di dalam Alquran.
Gempa bumi yang terjadi di Jambi pada 1 Oktober lalu, peristiwanya terjadi pada pukul 08.52 pagi. Sedangkan di dalam Surat 8 (Al Anfaal) ayat 52 bertuliskan “(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya”.
Sama-sama lah kita mengambil iktibar atas bencana yang Allah takdirkan berlaku di Padang dan Jambi, Indonesia. Ia tidak mustahil berlaku kepada tempat-tempat lain termasuk Malaysia sekiranya kita terus hanyut dengan duniawi.