Khamis, 28 Mei 2009

Masih banyak makanan guna asid borik


Masih banyak makanan guna asid borik


KERATAN Kosmo! 24 Februari 2006.

Petikan Kosmo.

GEORGE TOWN - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) kesal dengan langkah Kementerian Kesihatan yang tidak mengambil perhatian serius terhadap gesaannya sejak 25 tahun ini berhubung larangan penggunaan asid borik dalam makanan.

Ketika ini, kajian persatuan itu mendapati, penggunaan bahan terlarang yang menjadi agen penyebab kanser dan merosakkan anggota dalaman badan itu semakin meluas dalam bahan makanan yang diminati ramai.

Melalui ujian terbaru CAP, pelbagai jenis makanan seperti bak chang (ladu Cina), mi kuning, kuew teow dan kuih nyonya didapati mempunyai kandungan asid borik yang tinggi.

Pengerusi CAP, S.M. Mohamed Idris berkata, pihaknya telah membuat aduan rasmi terhadap Kementerian Kesihatan berhubung perkara itu sejak 1984 tetapi sehingga kini tiada langkah drastik yang diambil.

"Satu sampel bak chang mengandungi 569 bps (bahagian per sejuta) asid borik, mi kuning pula antara 6.51 hingga 296 bps dan kuih nyonya antara 0.78 hingga 13.5 bps.

"Ia memudaratkan tubuh jika diambil secara rutin dan kebanyakannya terkandung dalam makanan yang kerap dimakan seperti mi dan kuih-muih," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Asid borik adalah toksik yang boleh membawa kepada keracunan, penyakit gastrousus, kerosakan buah pinggang dan hilang selera makan.

Rabu, 13 Mei 2009

KELUAR MULUT ULAR, MASUK MULUT IKAN

Ada pepatah baru: "KELUAR MULUT ULAR, MASUK MULUT IKAN". Sebelum ini, ada pepatah menyebut, "KELUAR MULUT HARIMAU, MASUK MULUT BUAYA." Klip Video di bawah memperkenalkan pepatah baru yang memang benar-benar berlaku. Saksikan:

Rabu, 6 Mei 2009

Isnin, 4 Mei 2009

MESIN HOMODIALISIS DAN POLITIK


"Isteri saya masuk wad kerana sakit buah pinggang. Beliau akan jalani pembedahan. Minta sahabat2 solat hajat dan doakan selamat. Terima kasih."Sms di atas ambe terima beberapa hari lalu dari seorang sahabat. Hari ini baru berkesempatan untuk menelefon untuk bertanyakan khabar. "Sekarang ada di Kota Bharu;" katanya. Niat di hati mahu ziarah di hospital, di samping ziarah isteri Ustaz Ariffin Deraman yang terlantar akibat kemalangan jalan raya sebelum pilihanraya Bukit Gantang baru-baru ini.

Sahabat ambe yang menjawab tadi suaranya tidak seceria biasa. Jelas suaranya menggambarkan beliau letih dan tak bermaya. Namun begitu, tanpa ditanya, beliau menceritakan keadaan isterinya yang sedang tenat. Isterinya terpaksa dipindahkan ke Hospital Universiti di Kubang Kerian kerana tiada kelengkapan yang cukup di Hospital Sultanah Zaharah. Beliau menceritakan ketika di Kuala Terengganu, isterinya yang sedang tenat sakit buah pinggang terpaksa menunggu giliran "waiting list" kerana mesin homodialisis di KT hanya ada dua buah sedangkan pesakit dalam keadaan kesakitan beratur mahu menjalani rawatan.

Dua daripada anaknya terpaksa dihantar ke Kuala Lumpur untuk dijaga oleh adiknya. Beliau tak mampu nak menguruskan semuanya. Yang tinggal di Terengganu hanya beliau dan anaknya yang akan mengambil peperiksaan PMR. Ambe tidak mampu untuk berbuat apa-apa melainkan melahirkan rasa simpati kepadanya. Bak kata pepatah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Lalu, ambe ambil keputusan untuk menulis catatan ini agar jadi iktibar dan panduan untuk pembaca yang budiman memilih pemimpin.

Katanya lagi, beliau kecewa dengan kerajaan yang tidak memberi keutamaan terhadap peralatan perubatan di hospital kerajaan sedangkan kerajaan sanggup beli berekor-ekor kuda yang harga setiap ekor kuda mencecah 100 ribu lebih!!! Harga sebuah mesin dialisis hanya sekitar 70 ribu sahaja. Itulah masalahnya apabila kuasa diberi kepada orang yang tidak amanah. Nasib rakyat tidak terbela. Keutamaan perbelanjaan harta negara tidak disalurkan kepada yang sepatutnya. Hanya buat projek mewah2 seperti Masjid Kristal, Monsoon Cup, Heritage Bay. Projek mewah ini tidak mampu nak bersih buah pinggang rakyat Terengganu yang sedang merana, barangkali memikirkan bila lagi aku akan dijemput Tuhan, akibat tidak tahan kesakitan menunggu untuk dirawat...

Golongan berpendapatan sederhana tidak mampu untuk merawat diri di hospital swasta ataupun di pusat homodialisis swasta yang memakan belanja RM 300 sekali 'cuci'. Bayangkan kerajaan jenis apakah yang ada sekarang kalau tidak ambil cakna penderitaan yang dialami oleh rakyat negeri Darul Iman ini.