Isnin, 31 Mac 2008
BOIKOT PRODUK BELANDA
Filem Fitna yang dirancang oleh Ahli Parlimen Belanda, Geert Marshall sangat2 mengguris hati umat Islam di selueruh dunia. Aku pun terpanggil untuk kempen BOIKOT BARANGAN BELANDA!!! Di bawah ini sebahagian produk belanda di Malaysia.
Semalam aku bersama keluarga shopping di SABASUN, terkejut juga aku tindakan SABASUN yang proaktif memboikot barangan belanda! Semua produk Dutch Lady dipindahkan ke stor, dan kelihatan kenyataan akhbar Dato' Shahrir Samad ajak rakyat Malaysia boikot barangan belanda di gantung di mana2 dalam pasaraya tersebut. SYABAS SABASUN!!
PROTON BARU-MPV LAGENDA
Terjumpa dalam internet duk tengah surfing. Cantik kan? Aie, kalu ada duit, x sabar nak tukar. Maklumlah anak makin lama makin ramai....
SUFIAH YUSOF:DARI GENIUS KE PELACUR
Ingat lagi tak pada Sufiah Yusof, budak Genius berketurunan Melayu Pakistan? 10 tahun dulu, beliau merupakan antara genius termuda di dunia yg masuk ke Oxford University dalam jurusan Mathematics. Ibunya berasal dari Muar Johor. Pada usianya 15 tahun, beliau diberitakan melarikan diri dari Oxford setelah menghantar kertas terakhir peperiksaannya. Ada khabar angin mengatakan beliau disembunyikan oleh Gerakan Kristianisasi. Kemudian, polis berjaya menemuinya tinggal di Bournemouth.
Ketika beliau hantar email kepada keluarganya di usia 15 tahun sewaktu melarikan diri, beliau mendakwa hidupnya bagaikan dalam neraka akibat desakan ayahnya supaya belajar dengan tekun. Ayahnya pula mendakwa bahawa Sufiah diajar supaya membuat kenyataan palsu oleh 'orang-orang' yang mengawalnya iaitu Organisasi Rahsia yang ingin menyelidik kunci kepintaran Sufiah.
Pada usia 19 tahun pula, beliau berkahwin dengan Jonathan Marshall, seorang peguam pelatih. Tetapi pekahwinan mereka hanya bertahan setahun.
Sekarang usianya 23 tahun, dan mengiklankan dirinya sebagai pelacur dengan bayaran 130 euro bersamaan RM830 semalam.
Sufiah yang dulunya seorang gadis pintar, menunaikan solat lima waktu sehari semalam, kini tenggelam dalam dunia nafsu akibat suasana dunia sekelilingnya.
Ahad, 30 Mac 2008
BANTAL BUCHUK DANIAL
Anak kedua ambe ni x boleh berpisah dengan bantal buchuknya waktu tidur. Pernah isteriku sembunyikan bantalnya, menangis2 dia tak boleh tidur. Kata isteriku, rasa nak bakar aje bantal buchuk tu. Ambe cadangkan agar sapu lah apa2 yg kurang menyenangkan pada hujung bantal supaya bila dia gigit hujung bantal tu, mudah2an tak suka lagi pada bantal buchuknye. Setakat ni Danial masih lagi tidur dengan bantal buchuknya.
Ahad, 23 Mac 2008
MR BEAN DAPAT ANAK
Ni gambar kiriman kengkawan melalui email. SEBIJIK MACAM AYAHNYA....HE,HE,HE...JANGAN MARAH............
Sabtu, 22 Mac 2008
HADIAH HARILAHIR DANIAL
Rabu, 19 Mac 2008
PILIH KASIH DALAM MEMBERI HADIAH
Soalan; Seorang bapa sebelum ia meninggal telah memberi hibah (hadiah) sebahagian hartanya kepada anak yang dikasihinya sedangkan ia mempunyai anak-anak yang lain. Apa pandangan Syarak tentang fenomena yang selalu berlaku ini?
Jawapan;
Sikap pilih kasih di antara anak-anak dalam pemberian (yakni sama ada memberi kepada anak tertentu sahaja atau melebihkan sebahagian ke atas sebahagian yang lain) adalah dilarang oleh Syarak. Rasulullah s.a.w. bersabda di dalam sebuah hadis;
اِعْدِلُوْا بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ اِعْدِلُوْا بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ اِعْدِلُوْا بَيْنَ أَبْنَائِكُمْ
“Berlaku adillah di antara sesama anak-anak kamu, berlaku adillah di antara sesama anak-anak kamu, berlaku adillah di antara sesama anak-anak kamu”. (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan an-Nasai dari an-Nu’man bin Basyir r.a.. Menurut asy-Syaukani; para perawi hadis ini adalah tsiqah kecuali al-Mufadhdhal bin al-Mihlab di mana ia adalah shaduq. Lihat; Nailul-Autar)
An-Nu’man bin Basyir r.a. menceritakan; bapanya telah membawanya bertemu Rasulullah s.a.w. dan berkata kepada baginda; “Sesungguhnya aku telah menghadiahkan anakku ini seorang hamba milikku”. Lalu Rasulullah bertanya kepadanya; “Apakah kepada semua anak kamu kamu beri hadiah serupa?”. Jawabnya; “Tidak”. Lalu Rasulullah bersabda kepadanya; “Ambillah kembali hadiah itu”. (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim).
Ada ulamak mentafsirkan larangan di dalam hadis di atas sebagai haram, antaranya Imam Tawus, as-Sauri, Ahmad, Ishaq dan sebahagian ulamak mazhab Maliki. Bagi mereka menyama-ratakan antara anak-anak dalam hibah atau pemberian adalah wajib. Tidak harus mengkhusus sebahagian mereka dari sebahagian yang lain atau melebihkan sebahagian atas sebahagian yang lain. Ada juga ulamak yang mentafsirkannya sebagai larangan makruh sahaja antaranya Imam Syafi’ie, Imam Abu Hanifah dan Imam Malik. Kesimpulannya, bersikap pilih kasih dalam pemberian kepada anak-anak sekurang-kurang hukumnya adalah makruh iaitu dibenci oleh agama. Hal ini telah menjadi ijmak para ulamak.
Jika perbuatan tersebut telah dilakukan, apakah wajib ditarik balik hibah/pemberian yang telah diberikan kepada sebahagian anak itu? Menurut Imam Ahmad; wajib ditarik balik hibah atau pemberian itu (yakni di sisi Imam Ahmad; hibah tersebut adalah batal). Namun Imam Abu Hanifah, Syafi’ie dan Malik berpandangan; tidak wajib ditarik balik. (Rahmatul-Ummah Fi Ihktilaf al-Aimmah).
Wallahu A’lam.
Rujukan;
1. Nailul-Authar, Juz. 6, Kitab al-Hibah Wa al-Hadiyyah.
2. Rahmatul-Ummah Fi Ihktilaf al-Aimmah, Muhammad Ibn Abdirrahman ad-Dimasyqi asy-Syafi’ie, hlm. 194.
Isnin, 17 Mac 2008
Ahad, 16 Mac 2008
HARI LAHIR DANIAL
Kakaknya Danisyah tidak sabar2 nak sambut harilahir adiknya. KakLong sentiasa mengingatkan aku agar membelikan kek untuk Danial. Sebaik sahaja aku berhentikan kereta, cepat2 KakLong keluar kereta menuju ke Kedai Kek untuk memilih kek buat adiknya.
SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 4 BUAT WAN MUHAMMAD DANIAL BIN WAN MOHD FAIZUL...
Sabtu, 15 Mac 2008
Rancang jantina anak
DOKTOR SAKIT TUAN bersama Dr.Ismail Thamby
E-mel: sakittuan@hmetro.com.my
ANAK adalah anugerah Allah SWT dan perlu dimartabatkan. Tiada anugerah yang ternilai harganya melainkan anak. Baru-baru ini, seorang lelaki meminta petua dan tip saya untuk mendapatkan anak lelaki kerana selepas hidup dalam 14 tahun perkahwinan bahagia, mereka dikurniakan lima anak perempuan.
Beliau mungkin mencuba pelbagai pendekatan untuk mendapat anak lelaki, tetapi tidak berhasil.
Bagaimanapun, jika beliau mahu mendapatkan tip mendapat anak lelaki, mungkin apa yang saya membicarakannya di sini dapat memberi panduan.
Merancang jantina anak sebelum kelahiran anak
Mengikut pandangan perubatan dan kesihatan, merancang jantina anak untuk mengelak masalah kesihatan akibat penyakit baka dibawa anak yang berjantina perlu dilakukan jika ada kemudahan dan kepakaran.
Penyakit seperti muscular dystropy dan hemophilia hanya dialami lelaki, jika jantina anak dapat ditetapkan pada perempuan, tentu penyakit itu tidak berlaku dalam sesebuah keluarga!
Mengikut pandangan pakar kependudukan, penentuan jantina dengan memilih satu jantina untuk keluarga itu boleh memberi kesan ketidakseimbangan antara wanita dan lelaki dalam daerah yang mengamalkan cara itu.
Kaedah penentuan jantina sebelum kelahiran anak
Mengikut kajian Dr Shettles mengenai benih lelaki, jika benih X lelaki bercantum dengan telur perempuan yang semuanya X, anak itu jantina perempuan dan jika sperma Y bercantum dengan telur wanita (X), jantina anak hasil cantuman itu lelaki.
Benih Y tidak tahan lama dan tidak sesuai dalam suasana asid. Jadi jika telur wanita itu keluar lewat (lebih tiga hari) dan dalam suasana asid, berkemungkinan sperma Y bertemu telur wanita tipis. Kemungkinan besar sperma X bercantum dengan telur kerana sperma X boleh tahan suasana keasidan dan tahan lama (lebih tiga hari).
Mengikut pendapat Dr Shettles, hubungan kelamin yang mana wanita mencapai kemuncak menggalakkan pencapaian anak lelaki, manakala sebaliknya bagi menggalakkan mendapat anak perempuan.
Makanan yang banyak kalsium daripada sodium (garam) menggalakkan untuk mendapat anak perempuan dan amalan pemakanan sebaliknya iaitu lebih sodium daripada kalsium, kemungkinan mendapat anak lelaki tinggi!
Kajian keberkesanan kaedah Dr Shettles sukar dilakukan kerana payah mendapat maklumat mengenai cara dan gaya persetubuhan.
Bagaimanapun, ada kemungkinan mendapat anak lelaki antara 60—70 peratus dan anak perempuan dalam anggaran 40 peratus.
Kaedah ini tidak lagi digunakan masa kini kerana kini ada kaedah lebih berkesan, seperti penyemaian benih dalam rahim ketika wanita itu subur (wujud ovulasi atau pengeluaran telur).
Penyemaian benih dilakukan dengan menapis benih untuk memastikan hanya benih yang membawa baka Y (lelaki) dan benih X (perempuan) mengikut pilihan pasangan kelamin itu.
Kaedah penapisan sperma dilakukan dengan kaedah Eliasson. Kini, ada banyak teknik penapisan sperma lebih berkesan seperti di Jepun dan Korea yang mempunyai teknologi penentuan jantina canggih kerana permintaan tinggi.
Malangnya, negara itu mengamalkan penentuan jantina untuk anak lelaki lebih daripada anak perempuan.
Kaedah penentuan janin terkini
Kaedah bayi tabung uji membuka jalan untuk pasangan kelamin yang mengalami masalah kesuburan menjalani rawatan itu, selain memilih jantina anak yang mereka ingini.
Ketika beberapa telur dibiarkan bercantum dengan sperma lelaki, janin yang terjadi boleh dikenal pasti jantinanya dengan mengambil satu sel daripada embrio untuk diperiksa baka seks.
Jika embrio itu dikenal pasti daripada baka seks pilihan, embrio itu dimasukkan ke dalam rahim supaya menginap pada enometrium dan terus berkembang. Kos kaedah ini mahal kerana menggunakan teknologi canggih.
Namun, risikonya ialah apabila pilihan jantina yang disengajakan gagal, ada kemungkinan anak dilahirkan tidak diberi layanan sepatutnya. Seterusnya daripada sudut pandangan Islam, ia menjadi satu penghinaan pada kuasa Tuhan.
Hakikatnya, anak lelaki atau anak perempuan, kedua-duanya memberi tuah kepada ibu bapa.