Ahad, 26 April 2009
ANAK2: ANTARA HARAPAN & REALITI HIDUPKU
Mendidik anak2 bukan satu perkara yang mudah sebagaimana mudahnya pakar2 psikologi bercakap di media. Hanya orang yang sudah berumahtangga tahu betapa sukarnya mendidik anak2. Melainkan kpd ibubapa yg tidak ambil kisah soal pendidikan anak2 khususnya tarbiyyah islami.
Ibubapa yg cintakan pendidikan Islam sudah tentu mahu yg terbaik utk anak2. Kekadang apa yang kita rancang, tidak sebagaimana realiti yg berlaku. Itulah seringkali pepatah ini digunakan, " Kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan." Melihat contoh teladan didikan yg baik di majalah2, kaca tv, internet, menyebabkan diri berangan untuk memiliki anak sedemikian rupa. Namun apakan daya, ia bukan suatu anugerah yg diberi begitu sahaja, semudah ABC, tapi memerlukan kegigihan dan disiplin yg tinggi.
Anak2ku, Danisyah, Danial dan Dhia' Balqis. Mereka ku harapkan menjadi anak2 yg soleh dan solehah, kalau boleh menghafal al Qur'an di usia yg muda, seawal 10 tahun. Tidak semudah yg disangka. Ia memerlukan tumpuan ibubapa di rumah selain disiplin di sekolah. Namun begitu, aku harus bersyukur kerana dikurniakan anak yg sukakan buku. Budaya membaca sudah ku terapkan dan alhamdulillah, anak2ku lebih sukakan buku daripada mainan. Danial sukakan buku2 cerita, tetapi yg aku bimbangkan ialah tv masih menjadi teman rapatnya apabila pulang dari PASTI. sekurang2nya 3 jam sehari, Danial pasti terpacak di depan tv, menonton rancangan2 kartun kegemarannya. 3 hari dalam seminggu, aku tidak dapat mengelakkannya kerana isteriku mengajar KAFA di sebelah petang sekolah pusat chabang tiga. Danisyah dan Danial akan ditinggalkan di rumah, manakala Dhia' Balqis pula ditinggalkan kepada Kak Ros jiran sebelah. Pada awalnya, Kak Ros sanggup menerima ketiga2nya utk dijaga. Bukannya susah, cuma perhatikan sahaja mereka. Tapi memandangkan kebimbangan KaK Ros terhadap kelakuan anak sulongku Danisyah yg seringkali bergaduh dengan anak bongsunya Haris, maka dengan penuh rasa berat, beliau memberitahu isteriku untuk tidak sanggup menerima Danisyah dan Danial untuk dijaga.
Aku dan isteri cukup cerewet untuk tinggalkan anak2 pada orang luar. Kes2 deraan, cabul yg brlaku kpd sesetengah anak2 kecil yg ditinggalkan menyebabkan kami sangat berhati2. Nak tinggalkan di nursery, terlalu mahal. tidak padan dengan pendapatan kami.
Akhirnya, kami ambil keputusan tinggalkan mereka di rumah. Tidak lama, cuma 3 jam sahaja. Tapi apa2 pun boleh berlaku. Kami tawakkal kepada Allah. Sedangkan Nabi Ibrahim alaihissalam meninggalkan anaknya Ismail alaihissalam bersama isterinya siti hajar di padang tandus kering kontang bertahun2. Mudah2an selamat hendaknya. Aku berpesan pada isteriku agar tanggalkan paip gas dan wayar seterika utk tujuan keselamatan.
Memandangkan kami tinggal di kampung, sekeliling rumah semuanya saudara mara. Jadi, tidaklah terlalu bimbang. Yang membimbangkan aku ialah Danial yg sangat terpengaruh dengan tv, sehinggakan tidak mahu ke kelas mengaji yg berada tidak jauh dari rumahku. Danisyah memang setiap hari akan ke kelas mengaji. Akhirnya isteriku mencadangkan agar memberhentikan Danial dari mengaji. Memandangkan memang di Pasti, Danial ikuti kelas mengaji sebagai pelajaran tambahan, aku pun bersetuju. Kami pun, bila ada masa, akan suruh Danial dan Danisyah mengaji di rumah, selepas Maghrib. Itupun kalau aku ada. Biasanya isteriku yg banyak mentelaah bacaan mereka kerana waktu itu aku di surau masjid.
PERANGAI ANAK2
Adalah penting kita memahami sikap dan perangai anak2. Danisyah yg bersekolah Rendah Kebangsaan, menuturkan beberapa istilah baru yg aku kira tidak sopan. Danisyah juga sering memukul Danial sekiranya beliau tidak puashati dengan sikap adiknya itu. Walaupun bukan itu yg kita ajarkan di rumah, namun hakikatnya, sekolah dan rakan2 yg ada, merupakan 'ibubapa' kedua bagi mereka. Sedangkan ibubapa lah menjadi 'guru' pertama buat mereka untuk menjadi insan berakhlak mulia. Aku biasa ingatkan isteriku sewaktu Danisyah masih lagi kecil agar ucapkan kata2 yg baik supaya menjadi teladan buatnya. Kekadang kata2 kasar dari anakku itu menyebabkan isteriku merasa perlu tukar sekolah agama buatnya. Dalam banyak hal berkaitan anak2, aku memberikan ruang buat isteriku buat keputusan. aku banyak bertolak ansur. Tapi aku nasihat dulu, rasionalkan apa yg patut dan apa yg tidak patut. Sekiranya hujjahnya lebih baik, maka aku serahkan keputusan kepadanya. Maka, memasukkan Danisyah ke Sekolah Keb Biasa merupakan keputusan isteriku yg aku akurkan kerana mengalah dengan isteriku. Namun, hari demi hari, minggu demi minggu, bulan demi bulan, kekadang isteriku akan mengadu tentang perubahan perangai Danisyah yg agak kasar. Isteriku meluahkan rasa mahu tukarkan ke sekolah agama persendirian. Aku buat dono aje. Pada aku, biar kami betulkan apa yg tidak kena dengan perangai Danisyah, dengan menasihatinya di rumah. Apa yg boleh, apa yg tidak boleh. Biarkanlah dia habiskan pengajian di situ dahulu. Apa yg penting ialah didiklah anak2 dengan penuh kasih sayang, bukan dengan tengking menengking, marah2, pukul2, kerana usia semuda itu sehinggalah mencapai 10 tahun, adalah waktu untuk mendidik dengan cara berlembut, dengan "reasoning". kalau tak boleh, mesti nyatakan sebabnya. Pada usia semuda itu juga, mereka masih berhak menjadi 'tuan' dan kita sebagai 'hamba' yg boleh disuruh menjadi 'kuda', 'gajah' dan seumpamanya, bukannya askar yg dijerit2 supaya betulkan barisan.
Labels:
catatan peribadi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan