Ahad, 26 Julai 2009

INSURAN KEMALUAN?


Tengoklah gambar ini. Saya pun tak pasti di mana diambil. Gambarnya dari blog politikbanjar.blogspot.com. Kena tanya tuan empunya diri lah. Tapi yang pasti, ianya memang benar2 papan iklan insuran ACE INSURANCE. Kalau benarlah ada insuran ke......., nampak gayanya, sapa2 yg nak berbini lebih terutamanya, lebih baik sediakan payung sebelum hujan. ambil insuran ini demi keselamatan barang berharga anda...

Rasanya mungkin syarikat tersebut cuba menterjemah ayat asal dalam bahasa Inggeris kot...

Sabtu, 11 Julai 2009

BALQIS NAK SEMBAHYANG

Rabu, 8 Julai 2009

PPINGAT SEKAYU

Ni gambar ppingat(Bahasa Tranung). Jumpa di Sekayu waktu 'Family Day' YAKEP(Yayasan Kebajikan dan Pendidikan Islam Terengganu). Gambar ni diambil sebelum ppingat ni 'ketik' Zai, bini ambe. Seekor je yang ketik, tapi bengkak sebelah muka. Ketik pulak, betul2 dalam lubang hidung. Rupa2nya baru tahu yang Zai alahan gigitan binatang berbisa.

Selasa, 7 Julai 2009

PELAJAR UTM MATI BERSALIN

1 Jun 2009, Johor Bahru-Seorang pelajar perempuan tahun akhir di UTM Skudai yang berusia 26 tahun, ditemui mati dalam dorm asrama kampus tersebut oleh warden asrama lebih kurang jam 5 petang Isnin lalu. Gadis yang berasal dari Kelantan itu dipercayai belum berkahwin ditemui mati bersama-sama bayi lelaki yang juga meninggal sebaik sahaja dilahirkan dengan keadaan tali pusat masih bersambung.

Polis berkata kemungkinan besar pasangan mangsa merupakan pelajar universiti berkenaan juga. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedahsiasat.
...............................................................

Komen: Insaflah wahai saudaraku umat Islam. Jauhilah perkara yang menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan dosa. Nafsu tidak mengenal sesiapa sama ada orang awam, ustaz, cikgu, ulama' dan siapa sahaja. Panduannya, jangan cuba langgar larangan agama. Buruk padahnya... Ambillah iktibar kisah Barsisa, ulama' besar di kalangan Bani Israel yang kecundang di tangan seorang perempuan dengan bantuan godaan syaitan laknatullah. Memang benar sebagaimana kata Imam Al Ghazali bahawa Syaitan mengambil peluang menguasai manusia melalui tiga jalan iaitu: 1)Ketika Marah, 2)Di ketakutan, dan 3) Waktu nafsu syahwat bergelora.

Isnin, 6 Julai 2009

MAKAN DURIAN BASUNG

BERKELAH DI LATA REK

Pagi Jumaat lepas, kami sekeluarga ke Lata Rek, Kuala Krai Kelantan. Kami bertolak dalam jam 10 pagi. Dalam perjalanan, kami berhenti beli durian di Basung, Hulu Terengganu. Oleh kerana dah lama tak jumpa durian, kami makan terus di gerai.

Tengoklah Dhia' Balqis. Bukan setakat durian, semua buah dia suka. Tolak buah keras aja dia tak makan.

Ini merupakan gajah-gajah di Pusat Sanctuary Gajah di Kenyir, dalam perjalanan ke Kuala Krai.

Balqis nampak agak takut dengan gajah. Sebelum ini, Balqis ok aje naik kuda.....



Zai dan anak-anak kecuali Danial memang 'hantu' durian. Tak tahu kenapa Danial lain sikit. Macam orang putih...tak suka durian. Apabila diacukan durian, dia menunjukkan memek muka yang menandakan tidak suka.