Selasa, 7 Julai 2009

PELAJAR UTM MATI BERSALIN

1 Jun 2009, Johor Bahru-Seorang pelajar perempuan tahun akhir di UTM Skudai yang berusia 26 tahun, ditemui mati dalam dorm asrama kampus tersebut oleh warden asrama lebih kurang jam 5 petang Isnin lalu. Gadis yang berasal dari Kelantan itu dipercayai belum berkahwin ditemui mati bersama-sama bayi lelaki yang juga meninggal sebaik sahaja dilahirkan dengan keadaan tali pusat masih bersambung.

Polis berkata kemungkinan besar pasangan mangsa merupakan pelajar universiti berkenaan juga. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedahsiasat.
...............................................................

Komen: Insaflah wahai saudaraku umat Islam. Jauhilah perkara yang menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan dosa. Nafsu tidak mengenal sesiapa sama ada orang awam, ustaz, cikgu, ulama' dan siapa sahaja. Panduannya, jangan cuba langgar larangan agama. Buruk padahnya... Ambillah iktibar kisah Barsisa, ulama' besar di kalangan Bani Israel yang kecundang di tangan seorang perempuan dengan bantuan godaan syaitan laknatullah. Memang benar sebagaimana kata Imam Al Ghazali bahawa Syaitan mengambil peluang menguasai manusia melalui tiga jalan iaitu: 1)Ketika Marah, 2)Di ketakutan, dan 3) Waktu nafsu syahwat bergelora.

Tiada ulasan: