TERJEMAHAN AYAT:
49. dan di antara mereka (yang munafik itu) ada Yang berkata:
"Izinkanlah Aku (supaya tidak pergi berperang) dan janganlah Engkau
menjadikan daku dipengaruhi oleh fitnah ". ketahuilah, mereka telah pun
tercebur ke Dalam fitnah (dengan dalihan Yang dusta itu). dan Sesungguhnya azab
jahannam meliputi orang-orang Yang kafir.
50. jika Engkau (Wahai Muhammad) beroleh sesuatu kebaikan, (maka)
kebaikan itu menyebabkan mereka sakit hati; dan jika Engkau ditimpa sesuatu
bencana, mereka berkata: "Sesungguhnya Kami telahpun mengambil keputusan
(tidak turut berperang) sebelum itu", dan mereka berpaling
(meninggalkanmu) sambil mereka bergembira.
51. Katakanlah (Wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa
Kami sesuatu pun melainkan apa Yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah
Pelindung Yang menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada
Allah jualah hendaknya orang-orang Yang beriman bertawakal".
52. katakanlah: "(Sebenarnya) tidak ada Yang kamu tunggu-tunggu
untuk Kami melainkan salah satu dari dua perkara Yang sebaik-baiknya (iaitu
kemenangan atau mati syahid); dan Kami menunggu-nunggu pula untuk kamu Bahawa
Allah akan menimpakan kamu Dengan azab dari sisiNya, atau Dengan perantaraan
tangan kami. oleh itu tunggulah, Sesungguhnya Kami juga menunggu bersama-sama
kamu".
53. katakanlah: "Dermakanlah harta kamu sama ada Dengan sukarela
atau kerana terpaksa, tidak sekali-kali akan diterima daripada kamu, (kerana)
Sesungguhnya kamu adalah orang-orang Yang fasik".
54. dan tidak ada Yang menghalangi mereka, untuk diterima derma-derma
mereka melainkan kerana mereka kufur kepada Allah dan RasulNya, dan (kerana)
mereka tidak mengerjakan sembahyang melainkan Dengan keadaan malas dan mereka
pula tidak mendermakan hartanya melainkan Dengan perasaan benci.
55. oleh itu, janganlah Engkau tertarik hati kepada harta benda dan
anak-anak mereka, (kerana) Sesungguhnya Allah hanya hendak menyeksa mereka
Dengan harta benda dan anak-anak itu Dalam kehidupan dunia, dan hendak
menjadikan nyawa mereka tercabut sedang mereka berkeadaan kafir (untuk mendapat
azab akhirat pula).
56. dan mereka (yang munafik itu) bersumpah Dengan nama Allah Bahawa
Sesungguhnya mereka dari golongan kamu, padahal mereka bukanlah dari golongan
kamu, tetapi mereka ialah suatu kaum Yang pengecut.
57. kalau mereka dapat tempat perlindungan, atau gua-gua, atau
lubang-lubang Dalam tanah, nescaya mereka segera menuju ke arahnya serta
melompat masuk ke dalamnya.
58. dan di antara mereka ada Yang mencelamu (Wahai Muhammad) mengenai
(pembahagian) sedekah-sedekah (zakat); oleh itu jika mereka diberikan
sebahagian daripadanya (menurut kehendak mereka), mereka suka (dan memandangnya
adil); dan jika mereka tidak diberikan dari zakat itu (menurut kehendaknya),
(maka) Dengan serta merta mereka marah.
59. dan (amatlah baiknya) kalau mereka berpuas hati Dengan apa Yang
diberikan oleh Allah dan RasulNya kepada mereka, sambil mereka berkata:
"Cukuplah Allah bagi kami; Allah akan memberi kepada Kami dari limpah
kurniaNya, demikian juga RasulNya; Sesungguhnya Kami sentiasa berharap kepada
Allah"
LATAR BELAKANG
Ayat 49 hingga 59 merupakan lanjutan daripada ayat-ayat sebelumnya yang
membicarakan kisah perang Tabuk.
Dalam ayat-ayat ini menceritakan bagaimana sikap dan tindakan
orang-orang munafiq terhadap seruan infaq harta benda dan keluar berjihad di
jalan Allah.
INTIPATI & IKTIBAR AYAT
1.
Ayat ini membuka pekung sang munafiq di kalangan pejuang-pejuang
kebenaran, sekaligus menghiburkan hati orang-orang beriman.
2.
Di antara perangai orang munafiq ialah sentiasa mencari alasan untuk tidak
keluar berperang(ayat 49
3.
Orang-orang munafiq suka sebarkan berita bohong tentang orang-orang
beriman yang sedang berjuang.
4.
Sikap orang-orang beriman ialah apabila mereka dikurniakan nikmat,
mereka bersyukur. Apabila ditimpa mudharat, mereka pun bersabar dan mengharapkan
pahala atas ujian itu(ayat 50).
5.
Penghabisan usia seseorang adalah kematian. Jadikanlah hujung perjalanan
hidup kita di jalan Allah kerana di sebalik kematian itu ada syurga dan
kehidupan kekal abadi(ayat 51).
6.
Orang beriman sentiasa menantikan salah satu daripada dua kebaikan: sama
ada menang dengan pertolongan Allah; ataupun mati syahid di jalanNya(ayat 52).
7.
Orang munafiq juga mengeluarkan infaq pada jalan Allah tetapi dalam
keadaan terpaksa dan benci di dalam hati (ayat
53).
8.
Orang munafiq juga suka bersumpah dengan sumpah yang palsu, mengaku
mereka orang beriman yang benar-benar ikhlas.
9.
Orang munafiq juga suka mengambil kesempatan untuk mencela pimpinan kaum
muslimin dengan pembohongan mereka(ayat 58).
10.
Orang munafiq suka melontar kritikan negatif dan tidak membina.
Sekiranya benar-benar berlaku sesuatu yang dikritik itu, maka mereka gembira
dan merasa puashati. Sekiranya terbukti kritikan mereka salah, mereka akan
marah secara tiba-tiba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan