Isnin, 20 Oktober 2008

SALADIN PART 4

SALADIN PART 3

SALADIN PART 2

SALADIN PART 1

SALADIN PART 6

SALADIN PART 5

Isnin, 13 Oktober 2008

WAKTU HARAM SOLAT


Soalan:
Bila waktu haram solat? Adakah waktu tu haram untuk solat sunat ke fardhu ke qadha ke ?

Jawapan:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم نهى عن صلاة بعد العصر حتى تغرب الشمس ، وبعد الصبح حتى تطلع الشمس

Maksudnya : Dari Abi Hurairah r.a :Sesungguhnya Rasulullah s.a.w melarang dari mengerjakan solat selepas asar sehingga terbenam matahari dan solat selepas subuh sehingga terbit matahari.[hadis riwayat Imam Bukhari,Imam Muslim,Imam Abu Dawud,Imam Tirmizi,Imam Nasaie dan Imam Ahmad

Waktu-waktu yang diharamkan solat

Sebahagian As-Syafi'eyah mengiktibar sebagai (waktu-waktu yang dimakruhkan untuk solat) iaitu tegahan karahah tahrim[Karahah tahrim adalah apa yang di sabitkan haramnya itu dengan dalil yang ihtimal dan perlu kepada takwil]-makruh tahrim.

Waktu yang diharamkan untuk solat ada lima :Tiga berhubung dengan waktu dan dua berhubung dengan perbuatan


Waktu waktu yang diharamkan solat yang berhubung dengan waktu

1) Dari terbit matahari sehingga tegak dengan kadar tombak dengan pandangan mata iaitu bersamaan 16 minit.(dalam tempoh 16 minit setelah matahari terbit)


Kadar tombak adalah 4 darjah

Satu darjah bersamaan 4 minit


2) Dari istiwa (pembahagi dua) matahari sehingga zawal (gelincir).Tempohnya terlalu singkat,diharamkan solat ketika ini.


Istiwa adalah : matahari berada di tengah-tengah langit

Zawal adalah : Condongan matahari di tengah-tengah langit


3)Dari langit kelihatan kekuning-kuningan sehingga maghrib.


Waktu-waktu yang diharamkan utuk solat yang berhubung dengan perbuatan

1) Selepas melaksanakan solat subuh sehingga terbit matahari

2) Selepas melaksanakan solat asar sehingga terbenam matahari

Solat-solat yang diharamkan pada waktu yang diharamkan untuk solat,( waktu yang lima) terbahagi kepada dua:

1) Solat-solat sunat kerana sabab muta'akkhir (sebab terkemudian) .Ia terbahagi kepada enam:

a) Solat sunat ihram

b) Solat sunat istikharah

c) Solat sunat keluar dari rumah

d) Solat sunat musafir

e) Solat sunat Qatl

f) Solat sunat hajat


2) Solat sunat mutlak,iaitu solat yang tanpa sebab dan tiada waktunya,seperti solat tasbih dan sebagainya yang tiada waktu yang khusus untuk melaksanakannya.

Waktu-waktu yang terkecuali daripada waktu yang haram iaitu berhubung dengan tempat dan waktu.

1) Tempat : Tanah Haram mekah : iaitu di dalam masjid haram dan kawasan-kawasan tanah haram di mekah,maka dibolehkan solat di kawasan ini pada bila bila waktu tanpa ada waktu yang diharamkan.

2) Waktu : Dari waktu istiwa sehingga zawal pada hari jumaat

Tidak diharamkan untuk melaksanakan qada solat pada waktu-waktu yang diharamkan untuk solat. (boleh melaksanakan qada solat pada bila bila waktu tanpa ada waktu tahrim)

Begitu juga dengan solat-solat sunat kerana sabab mutaqaddim (sebab terdahulu) seperti sola sunat wudhu dan solat sunat tahiyat masjid,ataupun kerana sabab muqaran (sebab bergandingan) seperti solat gerhana matahari dan bulan.

Hukum solat ketika khutbah jumaat

Apabila khatib sedang berkhutbah di atas mimbar,maka diharamkan untuk solat walaupun solat itu adalah solat qada kecuali solat sunat tahiyat masjid dan diwajibkan untuk meringankan (mempercepatkan) solat tahiyat masjid itu dan tidak boleh menambah dua rakaat lagi selain dari solat tahiyat masjid yang tadi.

NASIB RUMAHTANGGA AKIBAT BERCERAI

Jangan salah faham. Ini bukan rumah dilanda ribut. Bukan juga rumah ditimpa pokok besar. Rumah ini merupakan mangsa penceraian sepasang suami isteri yang sudah tidak sehaluan lagi.

Apa?Kampung mana? Maaf, ini bukan di Malaysia. Walaupun rekabentuknya mirip rumah orang melayu, sebenarnya ia terletak di Kemboja. Ia dulunya milik sepasang suami isteri yang tinggal di pedalaman Kemboja. Si suami yang menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang anggota polis yang bertugas di kampung itu, mengambil keputusan untuk bercerai, dan bertindak 'menyerahkan' hanya separuh daripada rumah mereka kepada bekas isterinya. Moeun Sarim, 45 tahun, mengambil semua cebisan yang dipotong dua daripada rumah mereka. Begitulah kata bekas isterinya Vat Navy, 35 tahun. "Memang sangat pelik, tapi itulah kehendak (bekas) suami saya." Kata Vat Navy ketika dihubungi melalui telefon di sebuah kampung yang jaraknya sejauh 62 km dari Bandar Phnom Penh. Beliau mendakwa mereka bercerai bulan lalu.

...................................

Akhir zaman, bukan setakat anak-anak jadi mangsa cerai, rumah yang tak bernyawa pun kena juga....

Berita di atas saya petik dari Yahoo news.

Ahad, 12 Oktober 2008

PAKAI SELUAR DALAM

Pelajar pra sekolah tersepit kemaluan pada zip seluar(Petikan Utusan Malaysia)

PASIR PUTEH 12 Okt. - Akibat tidak memakai seluar dalam, seorang pelajar lelaki pra sekolah sebuah sekolah di bandar ini telah tersepit hujung kemaluannya semasa menarik zip seluar semasa keluar dari tandas sekolah hari ini.

Pihak sekolah terpaksa mengambil masa hampir sejam bagi membuka kembali 'bahagian' tersepit itu yang bertambah sukar apabila pelajar itu meronta-ronta akibat kesakitan.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, beberapa guru lelaki terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk membantu pelajar berkenaan seperti menggunakan gunting bagi memotong zip dan penyepit besi untuk melonggarkan bahagian yang tersepit.

"Kanak-kanak berusia enam tahun itu membuang air kecil di tandas sekolah berkenaan pada waktu rehat tetapi disebabkan tidak memakai seluar dalam sebahagian kulit kemaluan tersepit pada zip seluarnya," kata guru yang bertanggungjawab membuka bahagian tersepit itu, Che Alias Che Deraman.

Beliau berkata, ibu kanak-kanak tersebut telah dipanggil ke sekolah bagi membantu menenangkan anaknya dan memudahkan kerja membantu pelajar tidak bernasib baik itu.

"Kita memberi cadangan kepada beliau untuk merujuk kes itu ke klinik kesihatan yang berdekatan tetapi tidak dipersetujui oleh ibunya yang terus meminta pihak sekolah menguruskannya," katanya.

Sehubungan itu, Che Alias meminta ibu bapa menasihatkan anak masing-masing supaya memakai seluar dalam bagi mengelakkan kejadian seumpama itu berlaku.

##################


Nasihat saya, pastikan anak-anak lelaki kita pakai seluar dalam sekiranya seluar yang dipakai mempunyai zip, lebih-lebih lagi yang belum berkhitan/bersunat!!

Rabu, 8 Oktober 2008

MPV PROTON!!!





Selasa, 7 Oktober 2008

MENCARI JODOH

NI ADA KAWAN KIRIMKAN BIODATA DAN GAMBAR SEORANG GADIS YANG DESPERATE NAK CARI JODOHNYA....

Abg,
Ika seganla. Dah la kita tak lawa. Biodata ika ada kat bawah. Kalau betul ada kawan-kawan abg ikhlas nak berkenalan dengan ika, diorang kena terima ika seadanya tau. Maklumlah, ika ni orang kampong. Diorang pun kena faham dengan kerja ika. Ika ni peramugari, so selalu outstation. Ika tak kisah paras rupa, yang penting ikhlas dan SETIA. Ika tak suka womanizer dan lelaki hidung belang. Sapa2 yang minat ikhlas nak kawan ngan ika abg suruhla diorg add YM ika yea….

Nama: Nursharifah Intan Zulaikha Bt Zulyahya

Nama Panggilan: Ika

Umur: 23tahun


Skin: Sowo Matang


Kening: Lentik Sedikit

Rambut: Hitam (xsuke kaler2 rambut)


Alamat: Seksyen 17 Shah Alam, Selangor


Pekerjaan: Peramug
ari

Hobi: Shopping, Tengok Wayang, Clubbing


Favorite Drink: Soya Campor Cincau, Cappucino


Favorite Food: Seafood, Spaghetti, Pizza Hut, Budu

Email:
ika_cute@yahoo.com.my

p/s: sebarang pertanyaan sila ema il saya.gmbr saya sertakan dibawah..






Ahad, 5 Oktober 2008

CORETAN PASCA AIDILFITRI

RAYA PUASA dah berlalu. Kini masing2 sudah mula berANGKAT pulang ke rumah masing2. Kampung menjadi kembali sepi. Tiada adik beradik, tiada anak2 saudara, tiada cucu cicit. Tiada juga gelak tawa, tiada bunga api dan mercun, tiada lagi berjaga malam untuk siapkan kuih raya. Namun hidup harus diteruskan.

MAAF ZAHIR BATIN

Sudah menjadi budaya, bila tiba 1 syawal, anak minta ampun maaf dengan ayah ibu. Adik minta maaf dengan abang kakak. "MAAF ZAHIR BATIN", Ucapan yang biasa didengar. Ada juga yang sebut, "Kosong kosong ye.."Tapi ramai mana yang melupakan kesalahan orang yang minta maaf ? salah dan silap itu tersimpan dalam hati. memori tak mungkin terpadam. Bila kesilapan baru terbuat,, yang lama terungkit. Mungkin ada yang mampu melupakannya. tapi tak ramai begitu. Cara untuk betul2 memaaf dan dimaaf ialah yang minta maaf benar2 menyesal dengan apa yg telah dibuat. Ini perlu kesedaran diri sendiri. Yang memberi maaf pula hendaklah terbuka hati untuk memaafkan. Juga dengan niat agar orang lain juga memaafkan kita. Kalau dapat diperincikan apa yang diminta maaf, lagi baik. Ini lah yang disebut oleh setengah ulama' sebagai syarat taubat daripada kesalahan sesama manusia.

Kalau kita buat salah lagi, biasanya tunggu raya tahun depan pula lah jawabnya....itu yang tak berapa kenanya dengan melayu kita. Sedangkan saling bermaafan itu perlu disegerakan lebih2 lagi yang melibatkan dosa.

UJIAN

Salah silap sesama manusia merupakan suatu ujian dari ALLAH buat hambaNya. Ibu bapa merupakan ujian kepada anak2. Anak2 juga merupakan ujian buat ibubapa. isteri ujian buat suami. suami juga ujian buat isteri. adik ujian buat abang. abang juga ujian buat adik. Bukan setakat itu sahaja, bahkan mertua ujian buat menantu. menantu jadi ujian buat mentua. Ujian itu melibatkan hati dan perasaan. Kekadang tingkah laku seseorang menyakitkan hati kita. teguran seseorang mengguris perasaan kita. Sekiranya kita fahami kaedah ini iaitu seseorang itu ujian kepada yang lain, maka kita akan cepat2 ubati hati kita dengan kembalikan semuanya kepada ALLAH yang memiliki hati2. Manusia tidak lekang dari kesalahan. kalau tidak ada salah, itu Nabi dan rasul namanya. hatta wali Allah pun melakukan salah silap. Yang penting ialah kita menyedari kesilapan dan kesalahan itu dan kembali kepadaNya. Bertaubat kepadaNya. Mohon keAMPUNan dariNya.

KASIH SAYANG

Kekadang sebagai anak, kita rasa dibeza2kan, dilayan tidak sama, terasa yang lain dikasihi lebih dari kita. Itu lah lumrah kehidupan. Tiada seorang manusia mampu menyamakan kasihsayangnya terhadap anak2nya yang pelbagai ragam. Kalau yang taat, sering membantu, sudah tentu disayangi ibubapa. Nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri tidak mampu menyamakan kasihsayangnya antara isteri2nya. Baginda lebih menyayangi Khadijah r.a. lebih dari yang lain walaupun khadijah telah meninggal. Aisyah r.a. pula disayangi lebih dari yang lainnya di kalangan isteri2nya yang hidup. Namun begitu, masing2 mempunyai kelebihan sebagaimana pujian Nabi terhadap mereka dalam hadis yang berbeza. Begitulah hakikat manusia membezakan kasihsayangnya terhadap anak2 berdasarkan fe'el perangai anak2nya. Tetapi perbezaan kasihsayang itu tidak boleh di'material'kan dengan tindakan yang menyebabkan diri anak2 jadi terpinggir. Lebih2 lagi zaman kebendaan masakini, semuanya kerana wang. ADA WANG DISAYANG, TIADA WANG KASIH MELAYANG.

Kekadang perbuatan membezakan kasihsayang kerana harta benda dan wang ringgit itu tanpa disedari. Kalau diberitahu, barangkali si pelaku terkejut. Tabiat mementingkan kebendaan mampu melupakan diri kita dari bersikap adil terhadap orang di sekeliling. Bagi anak2 yang ingin disayangi sebagaimana ibubapanya menyayangi anak yang berharta, sudah tentu menanam azam untuk mendapatkan wang ringgit dan harta yang berlimpah ruah untuk buktikan kasih sayangnya terhadap ibubapanya. Tetapi rezeki itu di tangan ALLAH. Berusaha itu tidak salah. Cuma jangan sampai berputus asa apabila yang diusahakan tidak dapat. Sekiranya ALLAH telah takdirkan pada ilmuNya bahawa rezeki kita sedikit, maka sedikit lah jawabnya. Begitulah sebaliknya. Teringat satu kata hikmah dari Ibnu Ata'illah yang maksudnya, " KERAJINAN KAMU UNTUK MEMPEROLEHI APA YANG TELAH TERJAMIN UNTUK KAMU DI SAMPING KECUAIAN KAMU TERHADAP KEWAJIPAN YANG DITUNTUT DARI MU MENUNJUKKAN BUTA MATA HATIMU."

Apa yang dijamin utk kita ialah REZEKI. sedikit atau banyak, ia tetap dijamin oleh Allah yang Maha Memberi Rezeki. Apa yang dituntut kita mencarinya ialah keredhaan Allah dengan melaksanakan kewajipan yang ditentukan ke atas kita.

SABAR DAN REDHA KUNCINYA

Coretan di atas sekadar usaha menyelami hati2 manusia yang bergelar anak2, adik beradik dan ibu2. Kunci untuk mengatasi cabaran ujian2 itu ialah sabar dan redha kepadaNya. Dalam hadis qudsi ada disebutkan yang maksudnya,
"SESIAPA YANG TIDAK REDHA DENGAN QADHA' KU, DAN TIDAK SABAR DENGAN UJIANKU, DAN TIDAK BERSYUKUR DENGAN PEMBERIANKU, MAKA CARILAH TUHAN SELAINKU(SEKIRANYA KAMU MAMPU)."

WALLAHU A'LAM.