Isnin, 13 Oktober 2008

NASIB RUMAHTANGGA AKIBAT BERCERAI

Jangan salah faham. Ini bukan rumah dilanda ribut. Bukan juga rumah ditimpa pokok besar. Rumah ini merupakan mangsa penceraian sepasang suami isteri yang sudah tidak sehaluan lagi.

Apa?Kampung mana? Maaf, ini bukan di Malaysia. Walaupun rekabentuknya mirip rumah orang melayu, sebenarnya ia terletak di Kemboja. Ia dulunya milik sepasang suami isteri yang tinggal di pedalaman Kemboja. Si suami yang menuduh isterinya mempunyai hubungan sulit dengan seorang anggota polis yang bertugas di kampung itu, mengambil keputusan untuk bercerai, dan bertindak 'menyerahkan' hanya separuh daripada rumah mereka kepada bekas isterinya. Moeun Sarim, 45 tahun, mengambil semua cebisan yang dipotong dua daripada rumah mereka. Begitulah kata bekas isterinya Vat Navy, 35 tahun. "Memang sangat pelik, tapi itulah kehendak (bekas) suami saya." Kata Vat Navy ketika dihubungi melalui telefon di sebuah kampung yang jaraknya sejauh 62 km dari Bandar Phnom Penh. Beliau mendakwa mereka bercerai bulan lalu.

...................................

Akhir zaman, bukan setakat anak-anak jadi mangsa cerai, rumah yang tak bernyawa pun kena juga....

Berita di atas saya petik dari Yahoo news.

Tiada ulasan: