RAYA PUASA dah berlalu. Kini masing2 sudah mula berANGKAT pulang ke rumah masing2. Kampung menjadi kembali sepi. Tiada adik beradik, tiada anak2 saudara, tiada cucu cicit. Tiada juga gelak tawa, tiada bunga api dan mercun, tiada lagi berjaga malam untuk siapkan kuih raya. Namun hidup harus diteruskan.
MAAF ZAHIR BATIN
Sudah menjadi budaya, bila tiba 1 syawal, anak minta ampun maaf dengan ayah ibu. Adik minta maaf dengan abang kakak. "MAAF ZAHIR BATIN", Ucapan yang biasa didengar. Ada juga yang sebut, "Kosong kosong ye.."Tapi ramai mana yang melupakan kesalahan orang yang minta maaf ? salah dan silap itu tersimpan dalam hati. memori tak mungkin terpadam. Bila kesilapan baru terbuat,, yang lama terungkit. Mungkin ada yang mampu melupakannya. tapi tak ramai begitu. Cara untuk betul2 memaaf dan dimaaf ialah yang minta maaf benar2 menyesal dengan apa yg telah dibuat. Ini perlu kesedaran diri sendiri. Yang memberi maaf pula hendaklah terbuka hati untuk memaafkan. Juga dengan niat agar orang lain juga memaafkan kita. Kalau dapat diperincikan apa yang diminta maaf, lagi baik. Ini lah yang disebut oleh setengah ulama' sebagai syarat taubat daripada kesalahan sesama manusia.
Kalau kita buat salah lagi, biasanya tunggu raya tahun depan pula lah jawabnya....itu yang tak berapa kenanya dengan melayu kita. Sedangkan saling bermaafan itu perlu disegerakan lebih2 lagi yang melibatkan dosa.
UJIAN
Salah silap sesama manusia merupakan suatu ujian dari ALLAH buat hambaNya. Ibu bapa merupakan ujian kepada anak2. Anak2 juga merupakan ujian buat ibubapa. isteri ujian buat suami. suami juga ujian buat isteri. adik ujian buat abang. abang juga ujian buat adik. Bukan setakat itu sahaja, bahkan mertua ujian buat menantu. menantu jadi ujian buat mentua. Ujian itu melibatkan hati dan perasaan. Kekadang tingkah laku seseorang menyakitkan hati kita. teguran seseorang mengguris perasaan kita. Sekiranya kita fahami kaedah ini iaitu seseorang itu ujian kepada yang lain, maka kita akan cepat2 ubati hati kita dengan kembalikan semuanya kepada ALLAH yang memiliki hati2. Manusia tidak lekang dari kesalahan. kalau tidak ada salah, itu Nabi dan rasul namanya. hatta wali Allah pun melakukan salah silap. Yang penting ialah kita menyedari kesilapan dan kesalahan itu dan kembali kepadaNya. Bertaubat kepadaNya. Mohon keAMPUNan dariNya.
KASIH SAYANG
Kekadang sebagai anak, kita rasa dibeza2kan, dilayan tidak sama, terasa yang lain dikasihi lebih dari kita. Itu lah lumrah kehidupan. Tiada seorang manusia mampu menyamakan kasihsayangnya terhadap anak2nya yang pelbagai ragam. Kalau yang taat, sering membantu, sudah tentu disayangi ibubapa. Nabi sallallahu alaihi wasallam sendiri tidak mampu menyamakan kasihsayangnya antara isteri2nya. Baginda lebih menyayangi Khadijah r.a. lebih dari yang lain walaupun khadijah telah meninggal. Aisyah r.a. pula disayangi lebih dari yang lainnya di kalangan isteri2nya yang hidup. Namun begitu, masing2 mempunyai kelebihan sebagaimana pujian Nabi terhadap mereka dalam hadis yang berbeza. Begitulah hakikat manusia membezakan kasihsayangnya terhadap anak2 berdasarkan fe'el perangai anak2nya. Tetapi perbezaan kasihsayang itu tidak boleh di'material'kan dengan tindakan yang menyebabkan diri anak2 jadi terpinggir. Lebih2 lagi zaman kebendaan masakini, semuanya kerana wang. ADA WANG DISAYANG, TIADA WANG KASIH MELAYANG.
Kekadang perbuatan membezakan kasihsayang kerana harta benda dan wang ringgit itu tanpa disedari. Kalau diberitahu, barangkali si pelaku terkejut. Tabiat mementingkan kebendaan mampu melupakan diri kita dari bersikap adil terhadap orang di sekeliling. Bagi anak2 yang ingin disayangi sebagaimana ibubapanya menyayangi anak yang berharta, sudah tentu menanam azam untuk mendapatkan wang ringgit dan harta yang berlimpah ruah untuk buktikan kasih sayangnya terhadap ibubapanya. Tetapi rezeki itu di tangan ALLAH. Berusaha itu tidak salah. Cuma jangan sampai berputus asa apabila yang diusahakan tidak dapat. Sekiranya ALLAH telah takdirkan pada ilmuNya bahawa rezeki kita sedikit, maka sedikit lah jawabnya. Begitulah sebaliknya. Teringat satu kata hikmah dari Ibnu Ata'illah yang maksudnya, " KERAJINAN KAMU UNTUK MEMPEROLEHI APA YANG TELAH TERJAMIN UNTUK KAMU DI SAMPING KECUAIAN KAMU TERHADAP KEWAJIPAN YANG DITUNTUT DARI MU MENUNJUKKAN BUTA MATA HATIMU."
Apa yang dijamin utk kita ialah REZEKI. sedikit atau banyak, ia tetap dijamin oleh Allah yang Maha Memberi Rezeki. Apa yang dituntut kita mencarinya ialah keredhaan Allah dengan melaksanakan kewajipan yang ditentukan ke atas kita.
SABAR DAN REDHA KUNCINYA
Coretan di atas sekadar usaha menyelami hati2 manusia yang bergelar anak2, adik beradik dan ibu2. Kunci untuk mengatasi cabaran ujian2 itu ialah sabar dan redha kepadaNya. Dalam hadis qudsi ada disebutkan yang maksudnya,
"SESIAPA YANG TIDAK REDHA DENGAN QADHA' KU, DAN TIDAK SABAR DENGAN UJIANKU, DAN TIDAK BERSYUKUR DENGAN PEMBERIANKU, MAKA CARILAH TUHAN SELAINKU(SEKIRANYA KAMU MAMPU)."
WALLAHU A'LAM.
Ahad, 5 Oktober 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan