Ambe sambut aidil adha tahun ini dengan penuh kesederhanaan. Bahkan rumah pun tidak semeriah tahun lepas. 'Chek' (ibu) balik dari KL bersama dua adikku-Fadzil dan Fazly. Yang lain beraya di KL. Maklumlah, nak jimat belanja. Raya puasa dah balik. Jadi, raya haji tak payah nak balik. Lagipun tiada yang istimewa di kampung buat diorang. 5 orang adik beradikku di sana. aku tiga beradik di kampung. Chek pula memang lebih senang tinggal di Gombak bersama adik perempuanku. Alasannya mahu menjaga cucu selagi terdaya. Chek memang seorang yang sangat mengambil berat kebajikan cucu2nya. Chek tak sanggup lihat adikku hantar cucunya di Pusat jagaan bayi. Pelbagai perkara buruk terlintas di kepalanya. Jadi, disebabkan Chek pun tinggal di KL, diorang sudah biasa bertemu dengan Chek. Alasan rindu balik kampung utk bertemu bonda sudah tiada dalam benak diorang. Aku tak kisah, asalkan Chek bahagia. Lagipun, akhir2 ni aku terperasan setiap kali Chek balik kampung, lelah Chek menjadi2. Mungkin kerana faktor rumah kami yg berhabuk. Maklumlah rumah lama. Rumah kayu, atap bata. Memanglah banyak habuk. Aku kesian kat Chek.
Tahun ni semua adik beradik tak buat korban. Tahun lepas kami buat. Tak pelah...Terima daging korban orang aje lah....
Rabu, 10 Disember 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan