
GAMBAR 2. Beliau hanya memiliki motorsikal ini sahaja sebagai pengangkutan. Saya kagum dengannya kerana beliau tidak jadikan jawatannya untuk menghimpun harta. Sehari sebelum gambar ini, kami bersama-sama beliau mengusahakan telaga tiub untuk salah satu kampung dalanm kawasannya. Itulah jiwa pemimpin yang sebenar. Walaupun sudah tidak bergelar YB lagi, beliau masih berkhidmat untuk rakyat.




GAMBAR 4 & 5 pula merupakan sebahagian daripada aktiviti Trauma Healing kepada pelajar sekolah dasar(rendah). 4 buah sekolah digabungkan dalam program ini. Saya diminta untuk megendalikan aktiviti sebaik sahaja sampai di Kampung Bukit Asam, Padang Pariaman. Kemudian ianya disambung oleh muslimat-muslimat muda dari PKS. Program ini merupakan kerjasama dengan Badan Kerajaan dalam suatu program yang diberinama Penyuluhan Makan Ikan. Kalau di sini, lebih kurang Kempen Produk Ikan yang dihasilkan oleh individu-individu yang dibimbing oleh Jabatan Perikanan.
Sekian.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan