Khamis, 12 November 2009

4 Hari Di Padang


Ini telaga sumber air di Kampung Sg Limau, jauh di atas bukit. Mereka menggunakan air hujan dan air 'sumur' ini sebagai sumber. Tugas kami ialah menyediakan sumber air bersih dengan menyiapkan 'Tubewell', atau telaga tiub atau Sumur Bor dalam bahasa Indon.

Kami singgah sarapan pagi di restoran ini. Di sana tiada restoran, yang ada semua rumah makan. 12 orang makan, 417 ribu pak!!

Ini antara rumah yang rosak teruk, tidak layak didiami di Kampung Bukit Asam. Tempat kami menumpang.
Ini Perkhidmatan Rawatan Kesihatan Percuma. Yang pakai songkok tu Ketua Kampungnya. Songkok di kepala, Seluar pendek nampak lutut.... Di sana, lelaki perempuan sama sahaja, pakai seluar pendek perkara biasa walaupun mereka muslim. Ada guru sekolah, paginya seragam guru bertudung, petangnya berseluar pendek!

Sebelah saya tu Tn Hj Zainal, sukarelawan yang sangat prihatin terhadap masalah orang kampung. Beliau lah yang menjadi ketua site project 'sumur bor'. Beliau mempunyai kelebihan

Bersama dengan team yayasan amal malaysia cawangan Terengganu di Posko(Pos Koordinasi) Kampung Bukit Asam, Padang Pariaman, Padang, Sumatera Barat.

Baru tiba di Lapangan Terbang Minangkabau Padang.

Lama tak posing....Canggung rasanya

Tiada ulasan: