Rabu, 11 Julai 2007

KELUARGA BAHAGIA


Apa makna Keluarga Bahagia pada anda? Adakah bahagia itu apabila keluarga anda mempunyai kereta, rumah, segala bentuk kebendaan?ataupun adakah bahagia itu apabila tiada sengketa dalam rumahtangga? atau bagaimana?

ada si isteri yang merungut kepada suaminya, "Sejak kita kawin, i tak pernah rase bahagia." Mungkin juga si isteri merujuk kepada masalah kewangan, atau masalah hubungan kelamin, atau lain.....

itulah yg lumrah berlaku kepada masyarakat.

Tapi soalnya, apa itu BAHAGIA di sisi ISLAM? Dalam sebuah hadis, daripada Saad bin Abi Waqqas dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kebahagiaan anak Adam itu ada tiga, manakala kecelakaannya juga ada tiga. Sesetengah daripada kebahagiaan anak Adam itu ialah isteri yang soleh, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang elok. Dan sebahagian kecelakaan manusia itu ialah isteri yang jahat, rumah yang buruk dan kenderaan yang buruk.” (Hadis riwayat Ahmad)

Hadis ini walaupun menyebutkan bahawa tanda bahagia itu ada pada tiga perkara yang kita nampak di mata kepala kita iaitu Rumah,Isteri dan Kenderaan yang baik. Lalu kalau orang yang mempunyai rumah besar, sudah tentu amat gembira bertemu dengan hadis ini kerana menyokong apa yang mereka ada. Kereta pun besar2, mercedes @BMW@ apa sahaja yang mewah. Bagaimana pula orang yang sangat bertaqwa kepada Allah, tetapi tidak ada semua tiga perkara yg telah disebutkan tadi?

Maka, ketahuilah di sana masih ada HAKIKAT yg mendalam tentang BAHAGIA yang SEBENAR. Orang yg dekat dengan Allah, hidupnya senantiasa berdamping dengan Allah sama ada dalam ibadah khusus mahupun ibadah umum seperti bekerja, makan minum, bergaul dan sebagainya, sudah tentu mereka juga bahagia. mana mungkin kita gelarkan mereka ini dengan gelaran CELAKA kalau pada kehidupan mereka ada tanda2 Bahagia yg hakiki? Lalu apabila kita menghimpunkan dua makna bahagia di atas, maka kesimpulannya ialah bahagia itu ada zahir dan batinnya, ada hakikatnya. Pada org awam, makna yg pertama tdilah lebih layak diberikan. apabila kehidupan manusia itu dirundung banyak musibah seperti kemiskinan, kerosakan hasil tanaman, kematian, orang akan kata bahawa dia itu tidak bahagia, sentiasa susah......

Kunci untuk mendapat BAHAGIA yg HAKIKI?
Belajarlah untuk REDHA terhadap ketentuan ALLAH, setiap ketentuan Allah. sama ada yg kecil mahupun besar. apabila seseorang memahami Hakikat KEHIDUPAN INI telah termaktub di Lauh Mahfuz, di dalam Rahim Ibu dan pada Ilmu ALLAH, maka tiada lagi kegelisahan, kerisauan, dukacita dll dalam hidup. setiap yg datang menimpa, pasti ada hikmahNYA sama ada yg tersembunyi, mahupun yg terlintas di benak.

Tanda orang beriman ialah Redha dgn Ketentuan Allah. Dalam satu hadis Qudsi yg bermaksud,
"Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'Ku, dan tidak bersyukur dengan pemberianKu, dan tidak sabar dengan ujianKu, maka carilah Tuhan selainKu."
Orang yg berfikir, sudah barang tentu tidak berani lagi untuk mempertikaikan atau menyalahkan taqdir ALLAH!!! Kerana perbuatan itu boleh mengundang binasanya Iman, rosaknya Aqidah yang murni.........

Justeru, marilah kita sama2 menjadi orang 2 yang mencari KeBAHAGIAAN HAKIKI!!

WALLAHU A'LAM

Tiada ulasan: