Ahad, 27 Januari 2008

BAHAYA LAMPIN PAKAI BUANG

gambar hiasan


Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menasihatkan ibu bapa supaya
tidak memakaikan bayi mereka dengan lampin paki buang kerana ia mengandungi bahan kimia beracun yang boleh memudaratkan kesihatan bayi.


Ini memandangkan bayi sedang membentuk sistem imun dan mengalami pertumbuhan organ dan tubuh yang sihat sepanjang hayat mereka.
Pendedahan kepada bahan kimia beracun boleh membantutkan perkembangan bayi dan menimbulakan masalah kesihatan dalam jangka panjang.



Kulit bayi lebih nipis dan cenderung menerima kesan daripada bahan kimia yang mudah diserap masuk dalam tubuh.

Lampin pakai buang diperbuat daripada bahan-bahan tiruan seperti polyethylene film bagi pelapik perlindungan plastik lampin itu, polyester (bagi lapisan atasa lampin yang poros), polypropylene (bagi pelapik lampin dan pita yang digunakan bagimengetatkan lampin, atau untuk lapisan lampin yang paling atas), pulp
fluff daripada pulpa kayu yang diawet dengan klorin (yang menghasilkan dioksin, bahan penyebab kanser sebagai hasil sampingan), sodium polyacrylate (gel bertoksik yang kuat daya serapannya) untuk lapisan dalam lampin, minyak dan resin yang berpotensi menimbulkan alergi (sebagai gam yang mengikat lampin), wangian yang memudaratkan dan bahan-bahan kimia lain yang berbahaya seperti tributylin (salah satu bahan paling beracun pernah dihasilkan).

Sebahagian daripada bahan-bahan kimia tersebutboleh menimbulkan masalah kesihatan kepada bayi seperti ruam yang menyakitkan dan asma, serta masalah ketidaksuburan dan kanser apabila dewasa kelak.

Pengeluar lampin pakai buang sering mendakwa produk mereka boleh memastikan bayi berada dalam keadaan kering berjam-jam lamanya. Ini berikutan penggunaan bahan kimia sodium polyacrylate, sejenis gel yang terdapat dalam bahagian tengah lampin yang menjauhkan air daripada kulit bayi. Ini dimasukkan ke dalam lampin dalam bentuk serbuk berbiji yang bertukar menjadi gel apabila basah. Juga dikenali sebagai kristal polimer, sodium polyacrylate boleh menyerap 200-300 kali beratnya dalam air, dan membendungnya dalam bentuk gel bergetah.


Pengguanan sodium polyacrylate dalam lampin pakai buang memudahkan tugas ibu kerana tidak perlu menukar lampin bayi. Namun begitu ia menyebabkan bayi ditumbuhi ruam kerana terdedah kepada bahan-bahan kimia yang diserap, pertumbuhan bakteria dan ammonia daripada air kencing yang terkumpul dalam lampin. Pada masa yang sama ia juga menarik lembapan (bukan air kencing saja) daripada kulit bayi
yang menggalakkan kegatalan kulit.

Bahan ini dilaporkan boleh menyebabkan radangan kulit yang teruk, pendarahan daripada tisu-tisu perineum dan scrotal, demam, muntah dan jangkitan staph di kalangan bayi.



SUMBER: UTUSAN PENGGUNA(MAC-APRIL 2007)

ADI PUTRA

Adi Putra - Anugerah Untuk Umat Islam

Genius matematik dari Bagan Serai, Adi Putra Abdul Ghani berusia genap sembilan tahun hari ini.

SAYA pertama kali bertemu Adi Putra pada November 2005 di rumah datuknya di Tanjung Malim, Perak. Dalam pertemuan itu, Adi Putra telah menyelesaikan masalah darab matematik sepantas empat saat, sedangkan saya baru separuh jalan menekan punat nombor kalkulator. Adi baru berusia enam tahun ketika itu.

Saya juga terkejut dengan kepantasan Adi Putra mencongak, beberapa kiraan pendaraban yang lain seperti ribu dengan ribu, pengiraan isi padu silinder, pecahan dan perpuluhan di atas. Dalam diam, saya mengagumi kepintaran Adi Putra dan sekali sekala berasa diri saya kerdil di hadapannya.

Dua tahun kemudian, minggu ini, saya teruja lagi dengan pemilik wajah comel ini - Adi Putra dikatakan memiliki kelebihan lain selain matematik iaitu apa yang dipanggil deria keenam atau gerak hati.

Ahad lepas, Adi Putra berkunjung ke rumah keluarga Sharlinie Mohd Nashar, 5, yang hilang di Taman Medan, Petaling Jaya, sejak 9 Januari lalu. Menurut Adi Putra, beliau sedang cuba mencari Sharlinie menggunakan 'caranya'.

Ketika lawatannya, Adi Putra turut memberikan formula berbentuk pil bagi menenangkan perasaan ibu dan bapa Sharlinie selain pergi ke padang tempat Sharlinie dilihat sebelum kehilangannya.

Kemudian, Adi Putra membawa sekumpulan anggota polis ke Ulu Yam, Gombak selepas mendapat petunjuk Sharlinie pernah berada di situ. Walaupun, kecewa kerana hanya mendapat jejak kosong, penemuan satu tulisan bertulis 'media' di atas tanah memang mengejutkan. Ia dikatakan ditulis oleh penculik terbabit yang marahkan pihak media.

Menurut bapanya, Abdul Ghani Abdul Wahid, 49, sebenarnya ini bukanlah bantuan pertama yang diberikan oleh Adi Putra berkaitan orang hilang.

"Pernah sekali seorang kanak-kanak dipercayai lemas sudah 18 hari tidak ditemui. Keluarganya datang pun untuk minta tolong kalau-kalau boleh diberi petunjuk walaupun hanya untuk dapatkan tulang anaknya.

"Kami turun sendiri ke kampung mangsa untuk mencari. Bayangkan kami mencari di sebatang sungai dari tengah malam sampai pukul 5 pagi. Kemudian Adi Putra ajak balik. Sekitar pukul 7 pagi, keluarga mangsa telefon memberitahu mereka sudah menemui mayatnya dan ia masih dalam keadaan baik," cerita Abdul Ghani.

Akui beliau, Adi Putra tidak mahu menemui mayat mangsa secara terus kerana tidak suka mendabik dada. "Adi Putra usahakan dan biarkan orang lain yang temui, jadi orang tidak terlalu mengaitkannya dengan Adi Putra," katanya.

Dan Khamis lalu, saya berpeluang berbual santai dengan Adi Putra untuk menyelami kepintaran matematiknya dan bagaimana anak kecil ini melihat dunia. Saya juga ingin memahami sisi lain seorang Adi Putra.

Saya dibenarkan menemu bual Adi Putra secara bersendirian tanpa ditemani ibu bapanya - sesuatu yang jarang diperoleh media lain.

"KASIH ibu. Serihana Elias dan suami terus mencari formula terbaik untuk membesarkan anak genius mereka."

Sepanjang temu bual itu, sambil mulutnya semakin lancar menjawab soalan saya (berbanding dua tahun lalu dia lebih pendiam), tangannya juga pantas menekan punat permainan video.

Dan sebelum saya pulang, Adi Putra sempat berpesan: "Untuk abang, Adi nasihatkan baca Alam Nasyrah (surah al-Insyirah) setiap hari."

Saya tanya kenapa surah itu? Jawab Adi: "Untuk rezeki abang."

Dan untuk kesekian kalinya, saya melihat keistimewaan Adi Putra dan ia sukar diterangkan.

Selebihnya, Adi Putra seperti kanak-kanak sebayanya - makan KFC, gemar menonton siri kartun Naruto, menunggang motosikal mini dan meminati penyanyi Adam AF2.

EKSTRA!: Dari mana Adi Putra dapat ilham mencipta Sajak Akulah Adi Putra, Anak Merdeka?

ADI PUTRA: Maksudnya, masa Adi buat apa ya? Adi dapat sebelum tidur. Dalam pukul 3 atau 4 pagi.

EKSTRA!:Macam mana boleh terfikir?

ADI PUTRA: Tak tahu, tiba-tiba terlintas dalam fikiran. Adi karang dan ambil masa dua hari.

Dalam sajak itu Adi mengajak bangsa kita bangunkan negara dengan bertemankan surah Yasin dan matematik. Kenapa surah Yasin dan matematik?

Sebab matematik itu tunjang ilmu dan Yasin pula untuk penerang hati.

Adi baru berusia sembilan tahun tapi ada banyak maklumat yang Adi tahu selain matematik. Dari mana Adi tahu semua itu? Adi membaca buku atau ada orang yang ajar?

Ilham. Datang tiba-tiba. Dan ia muncul tengah malam atau awal pagi. Contohnya, Adi fikir-fikir tentang benda tu, tiba-tiba ia datang. Apa yang Adi hajat, ia sampai dalam beberapa saat atau minit. Bukan datang dari mimpi.

EKSTRA!:Adi tidak ke sekolah sekarang. Apa yang Adi buat setiap hari?

ADI: Pagi-pagi lepas mandi, Adi biasanya suka main permainan video. Petang ada kelas tahfiz dan bahasa Inggeris. Lepas itu, Adi main badminton atau naik motosikal kecil.

Adi kata masa di sekolah dulu (Sekolah Islam Antarabangsa, Gombak) Adi macam 'kereta Ferrari yang dibawa seperti kereta kancil'. Sebab apa Adi kata macam tu? Otak Adi ni, diibaratnya macam kereta Ferrari. Tetapi dibuatnya macam budak darjah satu. Maka rosaklah otak Adi. Dekat Malaysia ni bukannya ada orang yang boleh repair otak Adi. Perumpamaan tu memang Adi terfikir macam tu jelah. Adi banyak cipta formula matematik, apa lagi formula yang Adi nak cipta selepas ini? 200 lebih (formula matematik) sudah ada sekarang. Insya-Allah kalau ada lagi yang terbaru Adi akan tambah.

EKSTRA!: Apa yang ingin Adi cipta bila besar nanti?

ADI: Insya-Allah Adi akan cipta dua jenis satelit. Satu satelit angkasa dan dua satelit bumi untuk negara-negara Islam sahaja dengan menggunakan password al-Quran. Satu kita guna alif, dua kita gunakan ba, tiga kita gunakan ta.

EKSTRA!: Kenapa Adi suka cipta formula pada waktu tengah malam?

ADI: Ilham datang waktu itu.

EKSTRA!:Apa permainan komputer dan video kesukaan Adi?

ADI: Counter Strike, game tembak-tembak...Ada juga main game Meet the Robinsons.

EKSTRA!: Bila besar Adi nak jadi apa?

ADI: Adi nak jadi profesor matematik Islam.

EKSTRA!: Adi tahu Adi terkenal sekarang?

ADI: Tahu juga. Adi tahu sebab ada orang tegur, baca paper dan tengok TV. Tapi paling banyak orang tegur la. Yang tegur ada tua dan muda.

EKSTRA!: Adi selalu jumpa bermacam-macam orang termasuk menteri dan sultan. Adi tak takut jumpa mereka?

ADI: Tak sangat. Perasaan biasa saja. Tidak ada apa-apa yang Adi fikirkan. Biasa sahaja.

EKSTRA!: Ketika beri ceramah pada orang ramai masa seminar, Adi tak rasa gementar?

ADI: Tak gementar. Adi bagi seminar matematik untuk pelajar, guru dan usahawan.

EKSTRA!: Apa yang Adi Putra tahu tentang Sharlinie?Kenapa Adi nak tolong cari Sharlinie?

ADI: Sebabkan polis minta. Tapi mula-mula Adi baca surat khabar. Adi bagi tahu ayah, Adi hendak tolong.

EKSTRA!: Apa yang Adi nampak masa pergi rumah Sharlinie?

ADI: Adi nampak (Sharlinie). Tapi tak tahu lokasi betulnya. Adi fikir pasal dia, Adi doa dan tiba-tiba Adi terlintas (dalam hati). Masa tu Sharlinie tak buat apa-apa.

EKSTRA!: Adi tahu di mana Sharlinie sekarang?

(Adi diam. Dia terus bermain permainan video)

EKSTRA!: Ketika ke Ulu Yam bersama polis tempoh hari, Adi yakin Sharlinie pernah dibawa ke situ?

ADI: Tak tahu, tapi memang tempat tu yang terlintas di fikiran Adi.

EKSTRA!: Bagaimana Adi tahu? Adi ada dengar suara bisikan, nampak sesuatu atau ia tiba-tiba ada dalam hati?

ADI: Memang terfikir begitu. Perkara itu memang datang dalam fikiran. Macam ada benda juga yang bagi tahu dekat Adi.

EKSTRA!: Semasa memberi ubat pada ibu Sharlinie supaya dia berasa lebih tenang, apa yang Adi baca?

ADI: Adi dah buat air tu yang dibacakan dengan doa.

EKSTRA!: Doa apa?

ADI: Maaf, tak boleh Adi bagi tahu.

EKSTRA!: Adi boleh baca apa yang ada dalam fikiran orang?

ADI: Boleh juga. Melalui gerak hati Adi. Tengok badan orang tu, Adi boleh baca. Adi boleh terlintas (dalam hati) kalau ada orang datang dengan niat tak baik. Adi tetap salam, jangan bersikap sombong. Cuma Adi berdoa pada Allah agar dia tak buat benda jahat.

EKSTRA!: Adakah letih menjadi seorang genius?

ADI: Tak letih dengan matematik, cuma letih selalu layan ramai orang. Tapi Adi syukur pada Allah.

EKSTRA!: Apa ucapan untuk ibu dan ayah?

ADI: Semoga panjang umur. Terima kasih sebab jaga Adi.

EKSTRA!: Sudah berapa banyak Adi hafal al-Quran?

ADI: Adi baru belajar tahfiz - Adi belajar mengaji dan hafaz sekali. Adi dah hafal lebih kurang 11 hingga 12 ayat dari surah al-Baqarah.

DIPETIK DARI: KOSMO AHAD EDISI 27 JAN 08
Oleh ZAMRI RAMBLI

Jumaat, 25 Januari 2008

KERANA DIA MANUSIA BIASA

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ..

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya....!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu…......


****************************************************************************************************************************************************************************
Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............... menginginkan anda ............... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb


***************************************************************************************
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt......." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam

Rabu, 23 Januari 2008

PENTINGNYA PERANAN PENGASUH KANAK-KANAK



Dr. Lihanna Borhan.


PERTAMBAHAN jumlah ibu yang bekerja terutamanya di pusat bandar seperti Kuala Lumpur telah menyebabkan permintaan untuk mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak atau taman asuhan kanak-kanak (taska) semakin meningkat.

Pun begitu, pilihannya tetap ada. Ibu bapa juga boleh memilih untuk menghantar anak-anak atau bayi mereka ke rumah pengasuh.

Apa pun alasannya, yang pasti setiap ibu bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka. Bagi yang mempunyai ahli keluarga atau saudara mara yang sudi mengasuh anak anda, ia mungkin mendapat ketenangan hati dan fikiran apabila meninggalkan anak di bawah jagaan individu yang dikenali.

Namun, bagi ibu bapa yang terpaksa menghantar anak-anak ke taska atau rumah pengasuh yang baru dikenali, pastinya persoalan sama ada anak mereka diasuh dengan baik akan berlegar-legar di fikiran.

Ibu bapa pasti berasa senang hati sekiranya semua pengasuh mempunyai ilmu untuk mengasuh secukupnya.

Bagi pengasuh, tidak mengira sama ada di taska ataupun di rumah, ada beberapa perkara yang perlu diambil kira dalam menjalankan tanggungjawab anda sebagai pengasuh yang amanah.

Seseorang pengasuh perlu sedar bahawa peranan mereka sama penting kerana mereka antara individu terdekat dengan kanak-kanak sepanjang `ketiadaan’ ibu bapa mereka.

Malah, masa kualiti mereka bersama kanak-kanak yang dijaga kadang kala lebih panjang berbanding kanak-kanak itu bersama ibu bapa.

Pensyarah Kanan, Jabatan Psikologi Pendidikan dan Kaunseling, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya, Dr. Lihanna Borhan berkata, kanak-kanak mempunyai pelbagai kerenah, kehendak dan perangai yang perlu diberi perhatian.

Justeru, paling penting bagi seorang pengasuh itu adalah tidak hilang fokus sepanjang melaksanakan tanggungjawab mereka.

“Mereka perlu tahu bahawa mereka telah diamanahkan oleh ibu bapa untuk mengasuh dan menjaga seorang anak kecil. Seorang pengasuh mesti mendidik anak dari semua aspek termasuk fizikal, jiwa dan sebagainya,” ujarnya ketika menyampaikan ceramah di Menara Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara, baru-baru ini.

Menurut Dr. Lihanna, pengasuh seharusnya memahami dengan baik beberapa ciri yang ada pada mereka.

“Kanak-kanak adalah amatur, kita tidak boleh anggap mereka tidak boleh buat salah. Walaupun mereka sering melakukan kesalahan, adalah penting untuk pengasuh dan ibu bapa memberi peluang kepada mereka kerana kita perlu ingat, kemahiran tidak akan lahir tanpa pengalaman,” jelas beliau.

Dr. Lihanna berkata, ibu bapa dan pengasuh perlu tahu bahawa setiap kanak-kanak berfikiran egosentrik, maknanya mereka suka lihat dari perspektif orang lain.

“Usia yang muda membuatkan pengalaman mereka terhad, mereka akan belajar menerusi pemerhatian. Lagi muda seseorang anak itu lagi sukar dia memahami perspektif orang lain.

“Sebagai contoh, kanak-kanak kidal masih boleh menulis menggunakan tangan kanannya jika dilatih dan diajar sejak awal lagi.

“Kesimpulannya asuhan itu penting bagi menjadikan mereka lebih bertanggungjawab, matang, berdisiplin dan bersifat memahami,” ujar beliau lagi.

Kata Dr. Lihanna, ibu bapa atau pengasuh juga perlu memberikan teladan yang baik. Jika mahukan anak yang menurut suruhan agama, maka ibu bapa sendiri yang terlebih dahulu mempamerkan contoh tersebut.

“Persekitaran juga amat penting, jika anak melihat ibu bapa atau pengasuh beribadat maka secara automatik anak akan ikut,” tambah beliau.

Jelas Dr. Lihanna, secara psikologinya, kanak-kanak suka jika mereka dianggap ‘besar’ dan penting.

Justeru kata beliau, ibu bapa atau pengasuh harus tidak lokek memberi penghargaan atas apa jua pencapaian yang mereka buat di samping memberikan sokongan dan membantu usaha mereka.

“Ibu bapa juga mesti ingat, jangan suka membandingkan anak dengan orang lain dan mesti peka dengan apa jua yang berlaku pada anak-anak agar mereka tahu mereka dihargai dan dianggap sebahagian daripada keluarga.

“Pengasuh dan ibu bapa perlu banyak bersabar, memang lumrah kanak-kanak sukar duduk diam. Peranan kita ialah beri peluang kepada mereka meneroka, bergerak dan jangan halang. Tugas kita sediakan persekitaran yang baik dan selamat untuk mereka,” ujar beliau.

INFO

Maksud taska adalah premis di mana empat atau lebih kanak-kanak di bawah umur empat tahun dari satu isi rumah diterima masuk untuk dijaga dengan upah.

Kategori taska

Taska di institusi

-Mempunyai lebih daripada 10 kanak-kanak dalam jagaan.

Taska di rumah

- Mempunyai kurang daripada 10 kanak-kanak dalam jagaan.

Taska di tempat kerja

- Taman asuhan kanak-kanak yang menerima masuk 10 orang atau lebih kanak-kanak.

Taska Komuniti

- Taman asuhan 10 orang atau lebih kanak-kanak di suatu kawasan tertentu dan menerima bantuan daripada kerajaan persekutuan atau kerajaan negeri.

Cara mengenal pasti taska yang boleh dipercayai

- Had bilangan kanak-kanak mengikut nisbah ruang yang ada. Keluasan lantai untuk setiap orang kanak-kanak ialah 3.5 meter persegi ruang dapur, stor tandas, pejabat dan tempat laluan tidak diambil kira.

- Nisbah pengasuh kanak-kanak umur di bawah tiga tahun ialah lima kanak-kanak bersamaan seorang pengasuh. Kanak-kanak berumur 3 hingga 4 tahun, 10 kanak-kanak dengan seorang pengasuh.

- Kesesuaian pengasuh dari segi kelayakan, pengalaman dan latihan. Mengikut peraturan Taska (Diinstitusi) 1985 (Pindaan 1993) pengasuh hendaklah berusia sekurang-kurangnya 18 tahun dan telah mengikuti Kursus Asas Asuhan Kanak-Kanak yang diiktiraf.

- Mempunyai menu dan aktiviti harian yang sesuai bagi setiap peringkat umur kanak-kanak. Jadual ini perlu dipamerkan di tempat yang mudah dilihat.

- Kemudahan berpatutan perlu disediakan untuk kanak-kanak. Satu tandas mesti disediakan bagi setiap 10 kanak-kanak dan dikhaskan untuk kegunaan mereka sahaja.

- Mempunyai peralatan dan perabot yang bersesuaian dan diselenggara dengan baik.

- Menyelenggara rekod-rekod setiap kanak-kanak.

- Premis taska perlu mematuhi syarat-syarat Majlis Tempatan, panduan kesihatan Jabatan Kesihatan dan peraturan keselamatan kebakaran Jabatan Bomba dan Penyelamat.

- Setiap taska mesti mempunyai alat pemadam api, kotak pertolongan cemas, sekiranya berlaku kebakaran.

HOBI ANAK-ANAK

Time 4 bathing!!!


Jangan tiru aksi ini di rumah. kanak-kanak ini suka mandikan binatang peliharaannya...Kalau takde makanan ni, dengan tuannya sekali NGAP aje ni.....

Isnin, 21 Januari 2008

AKSI REMPIT

REMPIT 1

Nak pergi mana tu? helmet tak pakai, pakaian tak pakai, lesen tak bawa. Tak takut kena saman ke? Jangan merempit sudah la.

REMPIT 2

Ginilah keadaannya org yg gila rempit. tidur pun nak berekmpit dgn motor lagi.....

REMPIT 3


kALAU Dah Gila REMPIT, sampai mati pun nak rempit lagi.....

REMPIT 4


POLIS pun nak rempit jugak?

GADIS-GADIS BAYWATCH


TIADA GADIS SEPARUH BOGEL DI SINI......HE,HE, JANGAN MARAH........

MERTUA PISAHKAN SAYA DENGAN SUAMI

Kisah seorang isteri yang tidak direstui Ibu Mertua
Januari 19, 2008

SETIAP wanita yang mendirikan rumah tangga mengharapkan kehidupan yang bahagia di dunia dan akhirat. Namun tidak semua impian akan menjadi seperti yang diharapkan. Namun jangan berputus asa, insaf dan berusahalah untuk mengatasi cabaran yang datang agar kebahagiaan ada dipenghujung.

Begitulah yang saya katakan kepada Camelia (bukan nama sebenar) yang ingin berkongsi masalahnya dengan pembaca.

Wanita lulusan universiti tempatan dan pemegang ijazah kelas pertama ini sudah dua tahun menderita diabaikan suami gara-gara sikap mentua.

Camelia diperkenalkan oleh sepupunya yang juga jiran saya. Kata Camelia, dia ikhlas bercerita kerana ingin mengurangkan tekanan yang dihadapinya di samping berharap kisahnya menjadi iktibar kepada mereka yang mungkin mengalami musibah yang sama.

Begini kisah Camelia.

“Semasa di kampus saya pernah bercinta dengan rakan kolej tetapi kami hanya mampu merencanakan masa hadapan untuk hidup bersama, namun takdir Tuhan tiada terduga, cinta kami patah di tengah jalan.

“Mungkin ada hikmah yang tersurat. Saya pasrah dan malas untuk memikirkan soal teman hidup lalu menyerahkan segala urusan tersebut kepada keluarga.

“Dalam menempuh usia yang mencecah 27 tahun, keluarga amat runsing dengan masa depan saya yang masih belum dilamar oleh sesiapa.

“Berpegang kuat pada adat, keluarga telah mengatur majlis pertunangan saya dengan anak seorang kenalan mereka yang tinggal sekampung. Kerana pernah dikecewakan, saya dengan ikhlas hati menerima A seadanya.

“Saya ingin membahagiakan hati kedua-dua ibu bapa, keluarga dan yang paling saya impikan adalah menjadi seorang isteri dan ibu mithali.. Itu janji dan doa saya dan insya-Allah saya akan lakukan yang terbaik.

“Sebulan selepas bernikah kami berpindah untuk tinggal bersama keluarga mentua. Itu kehendak suami dan saya akur. Terasa bertuah mendapat mentua yang baik hati dan suami yang penyayang. Namun hari-hari yang saya lalui amat perit sekali apabila terbukti suami yang saya nikahi adalah anak ‘mak sayang’.

“Makan minum suami emak mentua yang tentukan termasuk pakaian dan tempat tidur kami.

“Dek kerana rumah emak saya berhampiran dengan rumah mentua, saya lebih kerap pulang ke rumah emak kerana bosan dengan sikap mentua dan ipar-duai yang begitu mengongkong suami saya. Sebagai seorang isteri saya juga berhak ke atas suami dalam beberapa perkara.

“Telah berbulan-bulan saya bersabar, namun keadaan semakin teruk. Kami pernah merancang untuk berpindah dan suami setuju dengan cadangan saya, tetapi hajat kami terhalang. Mentua menuduh saya cuba ‘melarikan’ anak kesayangannya.

“Saya tidak pernah cerita masalah ini kepada keluarga kerana tidak mahu emak dan ayah bersedih. Balik rumah mak saya seorang diri.

“Saya membohongi emak dan ayah mengatakan suami tidak datang bersama kerana ada tugasan di luar. Akhirnya mereka tahu juga.

“Saya semakin tertekan, tambahan badan menjadi lemah kerana sedang mengandung anak sulung dan suami langsung tidak mempedulikan masalah kesihatan dan emosi saya.

“Hanya kepada Allah saya bemunajat, semoga segalanya akan kembali ceria. Mungkin ini ujian yang telah ditakdirkan kepada saya.

“Walaupun pernah dihalau kerana pergi ke rumah mentua untuk menemui suami yang ‘dikurung’ saya tebalkan muka dan masih mampu untuk bersalaman dengan emak mertua yang saya anggap seperti ibu kandung.

“Kami tidak dibenarkan untuk tinggal sebumbung namun saya pasrah. Hukuman ini amat tidak adil. Sikap mentua sudah melampau, tapi saya harungi juga sehinggalah saya selamat melahirkan seorang bayi lelaki.

“Di luar dugaan, suami hadir memberi sokongan. Itulah saat saya mendapat perhatian seorang suami. Terasa bahagia menjadi seorang isteri dan ibu kepada bayi comel yang telah saya lahirkan.

“Sayangnya itulah sahaja kegembiraan saya. Sepanjang berpantang, suami tidak langsung ambil kisah. Dimana silap dan salah saya?

“Saya mula membenci emak mertua apabila dia mengatakan anak saya bukan cucunya yang sah. Macam bom nuklear meletup bila saya dituduh curang!

“Suami saya tidak langsung membela atau mempertahankan maruah saya dan dia dihalang untuk memberi perhatian kepada anak kami.

“Kini saya menghabiskan masa di rumah keluarga. Kasihan kepada emak dan ayah kerana turut bersedih dengan nasib malang yang menimpa saya.

“Atas nasihat ayah kami diminta untuk bercerai dan saya menolak dengan penuh hormat cadangan tersebut.

“Saya masih sayangkan rumah tangga yang kami bina dan tidak mahu anak saya yang tidak berdosa menjadi ‘yatim’ walaupun saya mampu untuk memeliharanya.

“Tapi saya sedih kerana tidakkah suami saya merindui anaknya yang masih belum mengerti apa-apa. Saya berdoa siang malam memohon kepada Allah agar rumah tangga saya dapat diselamatkan.

“Menerusi ruangan ini, jika suami terbaca, saya merayu kepadanya, “Abang, maafkan saya jika ada salah, jika ada yang terkurang tolonglah bimbing dan jangan tinggalkan kami seperti musafir yang tidak mempunyai sesiapa di muka bumi ini. Kepada mentua, jangan bersikap kejam terhadap kami, jadilah orang tua yang boleh melindungi anak menantu dan cucu, bukan memusnahkan kebahagiaan mereka!’’ begitu syahdu Camelia menamatkan ceritanya diiringi air mata yang berlinangan di pipi.

Sepuluh minit suasana hening. Kami terkedu. Sebak di hati tidak dapat hendak saya ceritakan. Saya tidak punya kaitan saudara dengan Camelia tapi deritanya dapat saya rasakan.

Saya biarkan dia bercerita dan meluahkan seluruh isi hatinya tanpa sebarang gangguan.

Begitu besar pengorbanan Camelia terhadap rumah tangganya. Taat setianya kepada suami tidak berganjak sedikit pun biar perasaan dan jiwanya tertekan dengan tindakan suami dan mentua.

Sebagai orang tua sepatutnya mentua Camelia menasihati anaknya, Terima hakikat anaknya itu sudah menjadi suami orang. Redakan kehidupan baru mereka. Biarkan tanggungjawab itu diambil alih oleh isterinya. Sebagai orang tua, peranan kita hanya untuk membimbing dan menegur mana yang tidak betul agar rumah tangga mereka aman dan sejahtera selalu.

Pesanan saya kepada Camelia, bersabar dan berdoa agar satu hari nanti suami anda akan sedar kesilapannya dan kembali menjadi ketua keluarga yang dirahmati Allah s.w.t.

Buat sementara sayangi dan jagalah bayi yang dilahirkan itu dengan baik, curah sepenuh perhatian dan kasih sayang kepadanya. Selalulah bisikan di telinganya bahawa dia masih ada ayah yang baik serta penyayang yang satu hari nanti akan kembali memeluknya.

Sambil mengingatkan diri saya dan juga wanita di luar sana, sedikit catatan buat renungan bersama.

“Jika bahagia itu ada pada harta, kita bisa mencarinya. Jika bahagia itu ada dalam perhiasan, kita boleh berusaha mendapatkannya. Namun bukan kebahagiaan itu yang kita cari sebenarnya. Kebahagiaan sebenar adalah keimanan di dalam hati. Dan hati tidak bisa dikuasai melainkan oleh Tuhan. Inilah kebahagiaan sejati. Tidak ada yang merasakannya kecuali orang yang hatinya, jiwanya dan fikirannya mengalirkan cinta kepada Allah. Yang memiliki kebahagiaan sejati adalah Dia Yang Maha Esa, maka mohonlah kebahagiaan dari-Nya dengan ketaatan kerana sebagai wanita, isteri dan ibu, benteng yang paling kuat adalah menjadi wanita solehah.’’

Salam.

Ahad, 20 Januari 2008

CATATAN 21 JANUARI 2008

Hari ni masuk kerja lewat, sekitar jam 11 pagi. Pagi tadi pergi ziarah dan solat jenazah Arwah Ustaz Salim dari Kampung Gelugor Raja. Beliau meninggal semalam jam 11.20 malam. Kelmarin , suami kepada sepupu ambe yang meninggal. Juga waktu malam sekitar jam 9.30 mlm. Pagi tadi pula, ayah Ustaz Suhairi Daud, salahseorang tenaga pengajar kuliah maghrib di Surau Nurus Syifa', Kampung Kolam Kuala Ibai. Alhamdulillah ambe sempat pergi ziarah waktu zohor tadi. Tapi tak sempat nak solat jenazah sama2 sebab waktu ambe bagi salam solat Zohor, diorang baru bagi salam solat jenazah. Wlaubagaimanapun , abe ambil peluang solat jenazah setelah arwah dikuburkan di tanah perkuburan bersebelahan Sekolah Rendah Rusila, Marang.
Ramai sungguh orang-orang berusia /tua yang meninggal beberapa hari ni. 18 januari lepas, anak kepada Pak Endut, Ketua Cawangan Kampung Pak Bang, tak jauh dari Bukit Besar. Usianya dah 48 tahun. Allah Maha Berkuasa ke atas segala makhlukNya. Alhamdulillah Allah mengingatkan kita terhadap kematian yang pasti menjelma. Tiada siapa pun yang terselamat daripada kematian. Bak kata pepatah, "Mati adalah Pasti, Hidup Insya4JJI."
Banyak sungguh peringatan mati seminggu dua ni. Ditakdirkan Allah juga, ambe ngajor kuliah maghrib 2,3 minggu ni di Masjid Kolam pun pasal Azab Kubur, soalan munkar nakir dan seumpamanya.

Di pejabat tadi sebelum zohor, sempat uruskan beberapa pembayaran yang tertunggak sejak dua minggu lepas termasuklah bil2 elektrik, telefon , internet, jamuan mesyuarat dan lain-lain.
Sebelum ambe karang catatan ni, sempat juga daftar egroup. Di bawah merupakan kad ucapan yang pihak egroup hantar. Memang suka ber egroup ni, tapi masanya yang tak ada. Kalau dah mengadap komputer, layan egroup, berjam la jawabnya. tu yang tak bagusnya. Yang bagusnya, dapat artikel2 menarik dari kengkawan egroup. Berita2 trkini dan lain-lain.

Ok, setakat ni dulu...................

Khamis, 17 Januari 2008

SUP BONTOT!!


Perisa ni takde di Malaysia. Special Edition....Jangan Marah...........Sebenarnya di Malaysia dipanggil SUP EKOR!!

GAMBAR BOGEL SIAPA NI?


MAAF, TIADA GAMBAR BOGEL DEWASA DI SINI......

ADAKAH SIFAT IBUBAPA MENURUN KEPADA ANAK?

Apakah sifat lampau ibubapa menurun kepada anak?

Benarkah perbuatan lampau ibu bapa (yg jahat/baik) akan turun pada anak-anaknya?
Kerana sebelum berkahwin saya & suami bukanlah seorang yg baik dari segi agama dan tingkah laku.Tetapi kami telah berubah sejak berkahwin dan setelah mempunyai anak.

jawapan:

Alhamdulillah, inilah jawapannya:

a. Pendidikan anak-anak menurut Islam bermula dari diri ibubapa itu sendiri, sejak sebelum aqad lagi. Sebab itu kita dianjurkan agar memilih isteri atau suami yang baik dari sudut agama dan akhlaknya.Kemudian pendidikan itu berlanjutan selepas aqad dan seterusnya…..

b. Taufiq dan hidayah berada di dalam genggaman Allah Taala. Manusia diberikan potensi untuk mencapainya. Juga punya ikhtiar untuk memilih samada mahukannya ataupun tidak. Setelah berusaha atas pilihan itu, Allah jua tempat berserah, samada Dia akan memperkenankannya ataupun tidak. Doa disyariatkan untuk kita memohon agar kita sentiasa diberi taufiq dan hidayahNya.

Tidak semua manusia diberi nikmat iman dan Islam. Manakala yang punya iman dan Islam, tidak semua yang berada dalam keadaan taat kepadaNya. Ada yang semasa remaja, kehidupannya bergelumang dengan maksiat dan keengkaran. Namun Allah memberinya petunjuk dan dia kembali ke dalam dakapan rahmat Allah.

Ada yang semasa mudanya berada dalam ketaatan kepada Allah, kemudian Allah pesongkan jalan kehidupannya. Jadilah dia orang yang sesat.

Itu semua adalah kekuasaan mutlak dari Allah Maha Pencipta. Kita tidak tahu bagaimana kesudahan hidup kita, genarasi kita. Banyak bukti `hidup’ tentang kekuasaan mutlak Allah dalam mengurniakan dan menarik balik kurniaan Iman dan Islam. Ketaatan dan pengengkaran. Ada sebahagian hamba Allah yang mungkin kita dilihat sebagai `tidak ada harapan’ untuk baik dan menjadi soleh. Tetapi dengan kekuasaan mutlak yang dimiliki, Allah menurunkan sebab, yang adakalanya terlalu remeh. Dengannya, hamba ALlah ini bertukar menjadi hamba taat. Hatinya penuh dengan rasa cinta kepada agamanya.

Begitu juga sebaliknya.. Asalnya taat, kemudian dengan sebab dan ujian kecil, ada yang dicabut terus iman dan Islamnya dari dadanya. Dia menjadi murtad. Moga ALlah melindungi kita darinya.

Sebagai hambaNya kerdil, apa yang mampu kita lakukan ialah berikhtiar dan berdoa. Ikhtiar dan doa bukan hanya untuk diri kita malahan untuk keluarga, anak-anak, genarasi berikutnya dan kaum muslimin seluruhnya. FirmanNya:
Ertinya: Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa. (Al-Furqan:74)

FirmanNya lagi:
Ertinya: “Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku.” (Ibrahim:40)

c. Puan yang bertanya hendaklah bersyukur kepada Allah kerana dengan sifat Rahman dan RahimNya, Dia telah membuka lorong-lorong kebaikan dan cahaya kepada puan setelah berada di dalam kegelapan. Tanpa cahaya amal dan ketaatan. Kewajipan puan suami isteri sekarang ini dan dihari mendatang ialah memelihara kurnia ketaatan ini dan berusaha menambahkannya lagi. Bagaimana? Iman dan Islam hendaklah dibajai dengan amal. Pelihara dan bentenginya dengan ilmu. Hiasinya dengan akhlak yang terpuji.

Ketahuilah, bahawa ALlah amat menyukai orang-orang yang bertaubat. Dan orang yang bertaubat dari dosanya adalah seperti orang yang tiada dosa lagi.

d. Benarkah perbuatan lampau ibu bapa (yg jahat/baik) akan turun pada anak-anaknya?
Jawab: Saidina Umar r.a., apabila mengenangkan masa lampaunya ketika jahiliyah.. Adakalanya dia tersenyum, dan adakalanya dia menangis. Dia tersenyum kerana perbuatan bodohnya menyembah tuhan (berhala) yang dibuat dari makanan. Lalu apabila lapar, tuhan itu dimakannya. Dan, dia menangis kerana begitu keras dan mati hatinya sehingga tergamak menanam anak perempuannya hidup-hidup.

Itulah keadaan Umar ketika jahiliyah. Namun setelah Allah buka hatinya kepada Islam, bagaimana keadaan Umar? Dia adalah orang yang digelar al-Faruq, iaitu pembeda antara yang haq dan yang batil. Umar yang pendapatnya banyak berbetulan dengan apa yang diturunkan oleh Allah. Umar yang meredhai Tuhannya dan Tuhannya meredhainya.

Anak Umar pula.. Siapakah yang tidak mengenal Abdullah bin Umar. Iaitu salah seorang dari para fuqahak besar pada zamannya.

Seandainya kejahatan masa silam ibubapa faktor mutlak perangai kepada anak-anak, sudah tentu Abdullah Ibnu Umar tidak seperti Ibnu Umar yang kita kenal.

Jangan berputus asa terhadap masa silam. Pandanglah ke hadapan.

Ada kata-kata bijak pandai: Da’il Qalaqa Wabda’il hayah (Tinggalkanlah keluh kesah, dan mulakanlah hidup baru).

————–
Guru kami sering berpesan agar kami semua bercita-cita tinggi, bersemangat kuat dan berusaha keras. Katanya, cita-cita, semangat dan usaha yang tinggi, sekalipun gagal dicapai, ia akan menurun kepada anak-anak. Sebab itu guru kami tidak memandang kepada pencapaian, tetapi kepada usaha, semangat dan cita-cita kami. Katanya, hasilnya samada berjaya atau tidak, itu adalah kerja Allah Taala. Kewajipan kita ialah berusaha dan bercita-cita tinggi.

—————–
Pandangan-pandangan para ulamak yang di dasarkan kepada firman ALlah dan sabdaan rasulNya mengenai pendidikan antara isikandungannya ialah:
* Pendidikan anak-anak bermula dari dalam kandungan lagi, bahkan sejak sebelum itu lagi.
* Pendidikan anak-anak adalah satu usaha yang berterusan. Ia tidak boleh putus.
* Pendidikan anak-anak mengandungi unsur-unsur yang pelbagai yang saling bertautan.

Ia adalah satu peringatan kepada ibubapa dan pendidik agar tidak mengabaikan pendidikan terhadap anak-anak.

Begini.. Alangkah baiknya jika kita dapat mendidik anak-anak dari peringkat awal lagi. Semasa anak itu dilahirkan kita azankan dan iqaomahkan ke telinganya. Kita beri nama yang baik. Kita aqiqahkannya dsbnya… Namun apabila masa itu telah terlepas akibat kejahilan kita di masa lalu, apakah bermakna anak itu sudah tidak punya harapan lagi? Sudah tentu masih punya harapan lagi…

Sekarang ini di mana kita sedang berdiri? Kita sudah sedar dan kejahilan sudah kita padamkan.. Maka masih belum terlambat untuk memulakannya dari tempat kita berdiri.

Apabila anak-anak itu sudah serong langkahnya, apakah sudah tidak ada harapan lagi… Masih belum terlambat, mulakanlah dari tempat kita berdiri itu. Jangan tangguh menanti dua tiga tapak ke hadapan.

Seterusnya.. Seandainya anak itu telahpun dewasa atau separuh umur, ibubapapun sudah tiada, apakah dia boleh berkata: “Sudah terlewat, aku tidak dapat diselamatkan lagi.. Apa boleh buat dulu ibubapa aku seorang ahli maksiat. Tidak didik aku dengan agama..”

Ini adalah kefahaman yang salah. Pendidikan dan taubat tidak pernah ditutup pintunya kepada sesiapapun sehinggalah nyawa seseorang berada ditenggorokan. Hatta, ketika hendak mati, Islam masih membuka pintu pendidikan dan taubat dengan mentalqinkan (mengajar) kalimah tauhid di telinganya.

Wallahu a’lam

Rujukan:
Al-Quran
Tarbiyatul Aulad Fil Islam, Abdullah Nashih Ulwan.

Rabu, 16 Januari 2008

KISAH TELADAN 1-IBRAHIM ADHAM & ABU ISHAK

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"
Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki- Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.
Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini akut bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak- isak.

BAYI BARU LAHIR ADA GIGI!

Bayi Baru lahir dah bergigi
Posted on Wednesday, January 16 @ 14:17:49 MYT by greenboc
Berita Oleh pemudawilayah

"Oleh Zaitie Satibi

PEKAN: Seorang bayi lelaki berusia 22 hari menarik perhatian umum apabila sudah tumbuh sebatang gigi di bahagian depan gusi bawahnya ketikadilahirkan.

Bayi itu, Johann Abraham Mohd Mustafa dilahirkan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) dengan berat 3.55 kilogram, pada 24 Disember lalu.

Ibunya, Khairani Mat Sood, 38, dari Taman Pelangkah, Pulau Keladi, di sini, berkata mulanya dia menyangka benda putih dan keras pada mulut anak keenamnya itu sebahagian gusi.

Namun, menurutnya, selepas seminggu benda putih itu membesar dan membentuk sebatang gigi sempurna.



“Kejadian berkenaan mengejutkan seluruh keluarga dan kami menganggapnya unik dan mengikut orang tua-tua, bayi lahir bergigi akan membawa tuah kepada keluarga.

“Kami berharap andaian itu benar dan menjadi kenyataan berikutan kelahirannya agak pelik berbanding lima anak lain,” kata suri rumah itu.

Menceritakan detik kelahiran Johann, Khairani berkata, bayi itu dilahirkan dalam suasana penuh kesukaran ketika Pahang dilanda banjir besar akhir tahun lalu.

“Sebelum dia dilahirkan, saya sekeluarga menetap sementara di pusat pemindahan banjir di Sekolah Menengah Sains Sultan Ahmad Shah (SHAH) Pekan, apabila rumah ditenggelami air.

“Ketika sakit mahu bersalin, saya diterbangkan ke HTAA menaiki helikopter Nuri pada 23 Disember lalu kerana semua jalan terputus hubungan akibat banjir.

“Johann selamat dilahirkan esoknya kira-kira jam 10.15 malam. Namun, proses kelahirannya tidak banyak berbeza dengan lima anak lain dan kami dua beranak dibenarkan pulang tiga hari kemudian,” katanya.

Menurutnya, setakat ini, dia belum lagi membawa Johann menemui doktor gigi untuk pemeriksaan tetapi setiap hari, dia mencuci gigi itu menggunakan tuala lembut bagi menjaga kebersihan.

=============================================

Teringat pula ambe novel jibam hasil karya Ujang. Antara dialog flashback kisah jibam dilahirkan, bapanya terkejut kerana mendapati anaknya(jibam) dilahirkan tiada gigi. Beberapa ketika barulah bapanya sedar bahawa bayi baru lahir memang tak ada gigi. Cerita di atas pula sebaliknya. walaubagaimanapun, semua yang terjadi merupakan kehendak Allah. Pasti ada hikmah di sebaliknya. Allah berkuasa untuk menjadikan sesuatu yang mencarik adat atau kebiasaan.

Selasa, 15 Januari 2008

MENGANGANI KEGANASAN TERHADAP WANITA DAN KANAK-KANAK

Oleh Shamsiah Bt Hj Mahli

Meniti era transisi Malaysia kepada sebuah negara maju telah membawa bersamanya pelbagai bentuk ancaman baru terhadap masyarakat Malaysia itu sendiri. Semakin negara diratai dengan perkembangan pembangunan fizikal bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia yang bersifat multi dimensi ini telah memberikan natijah yang negatif terhadap pembangunan insan. Rentetan kes-kes jenayah yang terus berlarutan telah mengundang kegelisahan terhadap keharmonian dan keamanan negara kita. Masyarakat kini telah didatangi kebimbangan dan dilanda ketakutan yang tidak pernah dialami sebelumnya. Paling mendukacitakan ialah fenomena siri jenayah kejam yang tidak pernah terfikir sanggup dilakukan oleh rakyat Malaysia. Kes keganasan yamg melibatkan rogol, mencabul kehormatan, penderaan dan pembunuhan terhadap wanita Malaysia adalah kes yang paling banyak dilaporkan dan menjadi bahan tatapan wajib dalam lembaran akhbar nasional setiap hari.


Menurut Puan Chew Mei Fun, setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat menyatakan bahawa hasil kajian dan analisis yang dibuat oleh pihak kementerian, secara puratanya, 4 orang wanita dirogol dan dicabul kehormatan setiap hari manakala 7 orang wanita mengalami gangguan seksual dan 100 orang kanak-kanak didera setiap hari. Namun yang menimbulkan keprihatinan kita ialah statistik yang dikeluarkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur yang melaporkan bahawa golongan wanita merupakan kumpulan terbesar yang menjadi mangsa pemuas hawa nafsu buas pemangsa sejak tahun 2000. 508 orang adalah pelajar wanita telah dirogol daripada jumlah 1217 mangsa rogol pada tahun 2000, 596 orang daripada 1386 mangsa pada tahun 2001 dan 628 orang daripada 1431 mangsa pada tahun 2002. Sehingga April 2004, seramai 223 daripada 464 mangsa rogol ialah wanita. Seramai 671 pemangsa telah diberkas dan dikenal pasti sebagai perogol pada penghujung tirai 2003.

Menurut Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO) tahun 2003 menyatakan bahawa keganasan terhadap wanita adalah perbuatan yang menganiaya wanita dan kanak-kanak dalam pelbagai cara, semata-mata kerana wanita tersebut dianggap sebagai tidak mempunyai taraf yang sama dengan seorang lelaki. Keganasan terhadap wanita meliputi semua bangsa, agama, pendapatan, kelas dan budaya. Ia juga sudah tertanam dalam semua budaya sehinggakan berjuta-juta wanita menganggapnya sebagai satu cara hidup mereka. Keganasan terhadap wanita merupakan satu jenayah dan melanggar hak-hak asasi wanita.

Melalui pembacaan penulis, perkataan keganasan memberikan dua konotasi :

Keganasan dalam terjemahan perlakuan penderaan terhadap fizikal, mental mahupun emosi wanita tersebut.

Keganasan dalam pendefinisian dirogol, diperkosa, dicabul kehormatannya tanpa kerelaan wanita tersebut.




Walau apapun pendefinisian terhadap tema keganasan ini, sebenarnya telah mengundang kesan dan trauma yang berpanjangan kepada mangsa (jika mangsa masih hidup) dan juga terhadap keluarga mangsa terutamanya dalam menjalankan tugas perkembangannya sebagai seorang wanita.

Ingin penulis petik salah satu pendapat daripada Almarhum Syeikh Abu Hassan Ali an- Nadwiy, beliau telah menyatakan bahawa krisis iman dan akhlak yang berleluasa dikalangan umat Islam hari ini telah menyebabkan wujudkan jurang yang semakin jauh antara sikap dan tingkahlaku umat Islam berbanding ajaran Islam sebenar yang suci dan murni. Ingin penulis lahirkan rasa ketakutan melihat gelagat generasi muda hari ini yang berpasangan dan melampaui batas-batas pergaulan, berpeleseran bebas dan seks rambang semakin diterima sebagai norma masyarakat pada hari ini. Isu perbicaraan kes rogol dan bunuh Canny Ong, Norita Shamsudin mendedahkan pada kita bahawa sikap sebahagian masyarakat Malaysia yang telah menjadi semakin lali dan mula menganggap seks bebas tanpa nikah tidak lagi merupakan satu kesalahan besar di sisi agama dan moral.

Tiada istilah dan penjelasan yang mudah bagi mengulas faktor keganasan terhadap wanita. Justeru itu, para penyelidik dan cendikiawan mempersoalkan kesahihan fakta yang mendorong keganasan berlaku. Di sini, penulis menyenaraikan beberapa punca masalah yang didapati merupakan asbab kepada keganasan terhadap wanita.


Personaliti

Personaliti mempunyai perkaitan dengan kelemahan individu yang melakukan keganasan ini. Ini termasuklah sikap panas baran dan lemah kawalan diri. Apabila individu tersebut menerima tekanan dari permasalahan yang dialami, emosi mereka akan terganggu, seterusnya mereka akan melepaskan tekanan tersebut terhadap isteri mahupun teman wanita mereka




Kekecewaan

Kekecewaan berkemungkinan disebabkan oleh kegagalan mencapai matlamat dalam kerja, tugasan harian, dan perhubungan antara perorangan. Kekecewaan ini menyebabkan mereka mendera dan merogol isteri, teman wanita mahupun anak perempuan mereka untuk melepaskan rasa marah dan kecewa mereka.

Budaya

Lelaki bersifat cauvinis dan masculine berkuasa dan mengawal segala hal manakala wanita bersifat feminine submisif iaitu peserah. Penyalahgunaan imej budaya ini telah menjadi penggalak kepada berlakunya kes keganasan. Tambahan pula, kanak-kanak merupakan sumber yang mudah didekati dan tidak mengancam pemangsa. Mungkin inilah yang menjadi faktor meningkatnya kes rogol terhadap wanita. Pemangsa memilih wanita yang tidak mampu berbuat apa mereka bagi memuaskan nafsu mereka.




Sikap Masyarakat

Masyarakat kita yang kononnya bersikap ‘tidak mahu menjaga tepi kain orang’ merupakan salah satu faktor meningkatnya kes keganasan terhadap wanita. Walaupun mereka melihat dengan mata sendiri, wanita didera suami, wanita dirogol oleh orang yang tidak dikenali namun tiada sebarang tindakan diambil. Mereka sepatutnya membuat aduan atau laporan polis. Sekurang-kurangnya laporkan kepada Ketua Kampung atau Ahli Jawankuasa Keselamatan Kampung (JKKK). Kerjasama dari masyarakat amat diperlukan. Kita perlu menjadi masyarakat yang prihatin dan bertanggungjawab bukan hanya menjeling sebelah mata.




Pengaruh Media Cetak dan Elektronik.

Sejak akhir-akhir ini, masyarakat di negara kita gemar dan sudah menjadi kebiasaan menonton VCD lucah. Majalah-majalah dan VCD lucah laris dijual seperti pisang goreng panas. Aksi perlakuan seks atau fidofilia inilah yang merangsang nafsu syahwat terutamanya golongan lelaki.




(g) Faktor seterusnya ialah tiada alternatif atau outlet yang halal, di mana ianya lebih relevan kepada penjenayah seksual dan sedikit terkait juga mangsa adalah ketiadaan saluran (outlet) yang halal dan sah di sisi undang-undang bagi memuaskan nafsu seksual yang bergejolak, kecuali dalam kes-kes penjenayah yang benar-benar psikopatik dan kepuasan ini sedikit sebanyak menyumbang kepada berlakunya jenayah seks. Dorongan nafsu seks dan sifat ganas boleh dibahagi dua. Nafsu seks memanglah ia suatu naluri semula jadi dalam diri manusia. Cuma gejolaknya berbeza-beza di antara satu individu ke individu yang lain bergantung kepada sekadar mana naluri ini diurus-kendali. Gejolaknya dalam diri seseorang akan meningkat terutamanya jika dia dikelilingi pelbagai imej dan mesej yang merangsangkan nafsu tersebut. Ini bertambah buruk jika pengisian akal dan jiwanya tidak disaingi oleh imej dan mesej yang bersifat positif. Dalam hal ini bukanlah kita perlu mengakui secara jujur bahawa terdapat sesuatu lambakan imej-imej dan mesej yang merangsangkan nafsu seks dalam masyarakatkita. Di mana-mana di keliling kita, di kacaTV, VCD, akhbar harian, tabloid, majalah, novel, internet, iklan dan lain-lain secara terang dan tersembunyi imej dan mesej seksual bebas digunakan sebagai tarikan dan hiasan.


Antara faktor lain yang turut menyumbang ke arah berlakunya jenayah seks adanya ruang dan kesempatan bagi si penjenayah. Ruang dan kesempatan berkait dengan soal siapa si penjenayah tersebut, kedudukan dan kebebasannya bergerak di tengah masyarakat, rekod jenayahnya dan sama ada ia diketahui. Ia juga terkait dengan lokasi berlakunya jenayah. Tanpa lokasi yang sesuai penjenayah setegar mana pun akan sukar membuat angkara. Siapa si mangsa juga termasuk dalam faktor ini. Ini amat jelas dalam kes-kes yang melibatkan soft targets seperti wanita. Faktor mangsa juga penting dalam kes-kes jenayah seks yang melibatkan mangsa diperdayakan oleh kenalan sama ada lama ataupun baru.

Keganasan terhadap wanita jelas menunjukkan kepada kita bahawa para wanita tidak mampu melakukan tugas perkembangan mereka sesempurna yang mungkin. Kesan ini boleh menjadi asas kepada berlakunya kebejatan sosial yang lain yang melibatkan para remaja kerana mereka tidak mendapat perhatian dan kasih-sayang daripada ibu mereka yang mengalami masalah didera oleh bapa mereka dan kepincangan keluarga yang mereka sendiri tidak tahu bagaimana hendak menyelamatkannya.

Justeru, penulis berpandangan isu keganasan ini perlu diberi perhatian yang sewajarnya agar wanita sebagai pendidik generasi mendatang mampu melaksanakan tugas mereka sepenuhnya. Wanita yang dianggap sebagai peserah mempunyai sifat yang sabar, mudah mengalah dan masih memberikan ruang maaf sedangkan apa yang berlaku kepada dirinya hampir memusnahkan seluruh kehidupannya. Persoalannya, apakah yang bakal terjadi kepada wanita yang menjadi mangsa keganasan ini ? Bagaimana warna masa depannya? Bagaimana mereka hendak berhadapan dengan masyarakat sedangkan apa yang menimpa diri mereka tidak pernah dimimpikan malah datang tanpa kerelaan mereka?

Penulis menyakini dengan berakhirnya penulisan ini, ianya masih tidak mampu menyedarkan kepada masyarakat malahan memberhentikan keganasan ini satu yang mustahil. Kami berharap kesedaran yang kami perolehi dan kebimbangan yang timbul hasil daripada pembacaan tugasan ini dapat diterjemahkan melalui tindakan yang relevan demi survival ummah akan datang !

Isnin, 7 Januari 2008

DERMA DARAH BAIK UNTUK KESIHATAN

Derma Darah ~ Tubuh rasa segar

Januari 8, 2008

Oleh NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN
norlaila@hmetro.com.my
JIKA pernah terlintas dalam fikiran anda ingin menyertai kempen derma darah untuk mengetahui status kesihatan diri, padamkan niat anda.

Menderma darah perlu ikhlas dengan niat mahu membantu orang yang benar-benar memerlukan dan tidak boleh dijadikan serampang dua mata demi kepentingan diri.

Untuk menjadi penderma darah, perkara pertama ialah memastikan anda benar-benar sihat untuk mengelak timbul masalah pada diri sendiri mahupun penerima.

Jika memenuhi syarat layak menjadi penderma darah, tiada sebab untuk berlengah kerana darah anda akan dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk menyambung nyawa orang lain.

Kalau ada menyatakan menderma darah boleh menyebabkan seseorang menjadi gemuk, usah percaya kerana menurut Pegawai Perubatan Pusat Darah Negara (PDN), Dr Umi Kalsom Md Ariffin, sehingga kini tiada bukti saintifik dapat menyokong dakwaan itu.

Sebaliknya, menderma darah boleh menyihatkan badan kerana badan akan menghasilkan sel darah baru bagi mengganti darah yang diderma.

Sel darah merah mempunyai jangka hayat antara 115 hingga 120 hari dan dalam tempoh ini ia boleh digunakan untuk menyelamatkan banyak nyawa.

Usah takut kita akan mengalami masalah kekurangan darah selepas menderma kerana perkara ini tidak terjadi. Secara semula jadi, badan sentiasa menghasilkan sel darah baru bagi menggantikan sel darah yang mati (musnah) akibat tua (selepas 120 hari).

Apabila kita menderma darah, proses sama berlaku. Badan dirangsang untuk menghasilkan sel darah baru yang secara tidak langsung boleh meningkatkan tahap kesihatan seseorang penderma kerana sel darah baru mempunyai keupayaan lebih baik untuk membawa oksigen.

Penderma hanya dibenarkan menderma darah pada jarak masa tiga bulan sekali.

Ini sebabnya ramai penderma berasa lebih segar dan sihat selepas menderma darah. Malah, rata-rata penderma berasa tenang kerana tahu darah mereka dimanfaatkan sebaik-baiknya untuk membantu dan menyelamatkan nyawa orang lain.

Selain itu, kecekapan badan penderma menggunakan zat besi akan bertambah kerana garam galian ini diperlukan untuk menghasilkan sel darah merah baru.

Proses ini boleh membantu badan mengawal kandungan zat besi dalam badan dan mengelak masalah pengumpulan zat besi berlebihan pada jantung.

“Bagaimanapun, masih ada yang takut untuk menderma, terutama wanita, apabila mendengar dakwaan sesetengah pihak bahawa menderma darah boleh menyebabkan berat badan bertambah. Sehingga kini tiada bukti dapat mengesahkan dakwaan itu, jadi tidak perlu takut untuk menderma jika cukup sihat.

“Ramai orang ingat jika ada penyakit mereka tidak boleh menderma darah, tetapi tanggapan ini kurang tepat kerana hanya dalam keadaan tertentu seseorang itu dilarang menjadi penderma,” katanya ketika kempen derma darah kedua anjuran UMW Toyota Motor Sdn Bhd.

Berapa banyak darah yang diambil? Dr Umi berkata, jumlah darah yang boleh diambil daripada seseorang penderma ialah tidak melebihi 10 peratus daripada jumlah isipadu darah jangkaan.

Contohnya jika seseorang individu itu mempunyai berat badan 70 kilogram, jumlah isi padu darahnya dianggarkan sebanyak lima liter. Jadi jumlah darah yang diambil antara 350 hingga 450 mililiter saja.

Ini sebabnya individu yang mempunyai berat badan kurang daripada 45 kilogram tidak dibenarkan menjadi penderma kerana jumlah darah dimilikinya hanya cukup untuk keperluan diri.

Proses derma darah adalah selamat. Sebelum menderma, penderma perlu mengisi borang soal selidik untuk mengetahui status kesihatan mereka, diikuti pengambilan tekanan darah (bagi memastikan tekanan darah adalah normal) dan ujian pengenalan jenis darah.

Contoh darah diambil untuk pengenalan jenis dan ujian darah, pegawai perubatan akan memberi kaunseling secara peribadi bagi memastikan anda penderma berisiko rendah. Selepas menderma darah, penderma diberi pil zat besi dan asid filik untuk merangsang badan menghasilkan sel darah baru.

“Jangan derma darah jika anda tidak memenuhi syarat menjadi penderma darah, contohnya jika kurang tidur, kerana ia boleh memberi kesan kepada diri. Jika anda demam atau mengambil ubat tertentu seperti antibiotik, jangan menderma darah kerana ia boleh memberi kesan negatif kepada penerima,” katanya.

Darah yang diderma dibahagi mengikut komponennya iaitu sel darah merah, plasma, platelet, plasma beku segar, cryoprecipitate, cryosupernatant, faktor VIII dan IX — yang semuanya ada kegunaan tersendiri. Sel darah merah digunakan untuk merawat pesakit talasemia, leukemia, orang yang kehilangan darah dan kekurangan darah (anemia).

Manakala plasma penting untuk merawat mangsa kebakaran dan kebanyakan kes kehilangan darah.

Plasma darah ini juga diproses untuk dijadikan ‘ubat’ bagi merawat penyakit haemofilia, iaitu masalah darah lambat beku.

Individu yang menghidap penyakit juga sebenarnya boleh menderma. Jika tidak pasti mengenai keadaan anda, berbincang dulu dengan doktor. Luangkan masa untuk mengunjungi kempen derma darah kerana di sana ada doktor yang boleh memberi nasihat dan mengenal pasti kedudukan anda.

Dilarang derma

> Menghidap penyakit kelamin, Aids, tekanan darah tinggi, sakit jantung, diabetes, talasemia, haemofilia dan hepatitis B atau C, sawan, asma dan batuk kering.
> Pernah mengadakan hubungan seks rambang dengan ramai pasangan.
> Pernah melanggani pekerja seks (pelacur).
> Pernah mengamalkan hubungan sejenis (homoseks).
> Pernah mengadakan hubungan seks dengan dua-dua jantina (biseksual).
> Pernah mengambil dadah secara suntikan.

Boleh derma

> Berumur 18 hingga 65 tahun.
> Berat badan melebihi 45 kilogram.
> Tahap hemoglobin (kandungan protein dan zat besi) sekurang-kurangnya 12.5 peratus.
> Tidak menghidap penyakit kronik.
> Tidak minum alkohol 24 jam sebelum menderma.
> Tidak mengambil ubat antibiotik, kecuali dengan kebenaran doktor.
> Tidur melebihi lima jam pada malam sebelum hari menderma.

Dilarang derma sementara waktu

> Demam (apabila sakit atau demam, darah kita mengandungi banyak sel darah putih — yang boleh memberi kesan kepada penerima).
> Berat badan kurang 45 kilogram.
> Makan antibiotik yang tidak membenarkan mereka menderma darah (perlu berehat sekurang-kurangnya seminggu selepas dos terakhir).
> Tidur kurang lima jam.
> Minum minuman beralkohol kurang dari 24 jam.
> Menjalani pembedahan dalam tempoh enam bulan.
> Mendapatkan rawatan gigi dalam tempoh 24 jam sebelum menderma.
> Mendapat suntikan vaksinasi tiga minggu sebelum hari menderma.
> Menindik telinga, menjalani akupuntur atau tatu dalam masa setahun.

Ahad, 6 Januari 2008

MEMORI 2004-2007

DETIK 21 MAC 2004

Setelah bertukarnya kerajaan pimpinan Barisan Alternatif kepada Barisan Nasional pada 21 Mac 2004, pada malam keputusan itu juga ada rakan pegawai tadbir yang sudah membayangkan aku akan dipecat. Aku dengar dan buat selamba aje walaupun ia bermain dalam mindaku. Isteri kesayanganku menangis kerana tumbangnya Kerajaan pimpinan Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang yang sempat meletakkan asas pemerintahan berdasarkan Al Qur'an dan Sunnah, Ijmak dan Qias. Kami tetap redha dengan ketentuan itu. Aku terkejut dan tergamam dengan pengumuman kemenangan BN yang dibuat oleh Pegawai PRU Kawasan Kuala Terengganu, Encik Adzlan Dagang dalam keadaan tersenyum dan ceria. Beliau mengucapkan tahniah kepada calon-calon yag memenangi PRU ke 11 itu.

DITUKARKAN
April 2004, setelah kira-kira sebulan berada di bilik Penolong Pengarah Urusetia Penerangan Negeri Terengganu, aku ditukarkan ke Pejabat Tanah Kemaman. Aku tidak menyangka akan ditukarkan ke sana kerana gambaran dan ura-ura yang diberikan oleh rakan-rakan pegawai tadbir seolah-olah aku akan dipecat atau dibiliksejukkan. Setahun berada di Kemaman, pelbagai pengalaman menarik yang tersimpan di benak ini. Pada asalnya aku hanya menjaga unit pendaftaran dan hasil sahaja, kemudian diberikan unit penguatkuasaan yang sebelum ini dipegang oleh Encik Zulkifli.

TAHUN 2007 memuatkan hari-hari yang penuh cabaran, pengalaman dan cubaan buat diriku. Selepas ditukarkan daripada jawatan Penolong Pentadbir Tanah di Pejabat Tanah Kemaman ke jawatan Pegawai Tambah Sentara(Peti Sejuk) Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri pada April 2005 , aku terpaksa membiasakan diri dengan suasana baru dalam sejarah perkhidmatan ku sebagai pegawai tadbir. Pegawai Tambah Sentara merupakan suatu jawatan yang ditakuti oleh pegawai tadbir negeri. Ia melambangkan pengasingan, kehinaan, pemulauan, penderaan emosi dan seumpamanya. Itulah yang berlaku kepadaku. Namun begitu, aku gagahkan diri melalui semua itu. Bayangkan keadaan ku daripada seorang 'ADO'(Penolong Pentadbir Tanah) kepada pegawai tambah sentara yang datang ke pejabat hanya sekadar 'punch in' dan 'punch out' sahaja. tanpa ada mesyuarat, tanpa komputer di bilik pejabat, tanpa fail-fail kerja sebagaimana biasa kehidupan seorang pegawai di pejabat. Kakitangan sekeliling tidak pedulikan aku. Ada yang takut untuk bertegur sapa denganku. Ada juga yang bertegur sapa tetapi pandang-pandang di sekeliling. Ada juga yang melahirkan simpatinya terhadap nasibku. Aku sendiri? Walaupun hatiku tidak meredhai tindakan mereka Sang Penzalim, tetapi aku tetap redha terhadap segala apa yang menimpaku.
Aku masih ingat ada kawan yang memberitahuku bahawa aku ditukarkan angkara Penolong Pentadbir Tanah 2. Aku tahu beliau difitnah di hadapan rakan-rakan pegawai tadbir yang lain. Sedangkan ramai di kalangan kakitangan pejabat sudah maklum perangai pegawai yang suka membuat fitnah tersebut. Aku serahkan saja kepada Allah semua itu. Sudah tentu ada hikmahnya.
Sepanjang aku berada di Pejabat Tanah Kemaman, aku mula rapat dengan dunia ilmu. Aku hadiri kuliah, aku beli buku-buku agama, aku ikuti kuliah agama yang dianjurkan Kelab Agama JKR yang aku kira memberi nafas baru kepadaku untuk mendalami ilmu agama yang ketika itu Ustaz Hashim lah guruku. TERIMA KASIH USTAZ. Walaupun usianya kira-kira 70 hingga 80 tahun, dia masih mampu mencurahkan ilmunya kepada kakitangan JKR tanpa rasa jemu. Bahkan beliau cukup pemurah untuk ajarkan apa sahaja ilmu agama yang bermanfaat kepada kami. Sikapnya yang peramah dan pemurah Ilmu cukup aku senangi. Beliau sentiasa bertanyakan khabarku walaupun di saat aku tidak hadir ke kuliah tersebut disebabkan tugas. Bila lagi agaknya aku dapat bersua muka dengannya. Mudah-mudahan Allah panjangkan umurnya dan ketemukan aku dengannya. Amin........

Bersambung........


Rabu, 2 Januari 2008

SELAMAT TINGGAL 2007

TAHUN 2007 sudah tiga hari berlalu. Hari ini sudah masuk 3 Januari 2008 bersamaan 24 Zulhijah 1428. Tak lama lagi kita akan menyambut Awal Muharram. Negara baru sahaja menyambut tahu baru masihi. Banyak acara-acara sebagaimana tahun-tahun lepas dianjurkan. Bagi negeri asalku Terengganu, rakyat berpeluang melalui suatu pengalaman yang akan dicatat dalam buku sejarah Terengganu sebagai slah satu peristiwa besar iaitu Pengisytiharan Kuala Terengganu sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air. Ada yang buat jenaka dengan memberi nama singkatannya sebagai BAWASIR. Ramai juga rakyat Terengganu berlabuh kenderaan di sepanjang jalan sebelah Bukit Besar untuk melihat tembakan bunga api sempena pengisytiharan tersebut. Dilaporkan dalam akhbar bahawa belanja program keseluruhannya memakan RM10 JUTA. Rakyat umumnya seronok menonton bunga api pelbagai warna ditembak ke udara. Aku pula ditakdirkan kebetulan mahu ke SABASUN HYPERUNCIT untuk beli beberapa perkara. Maklumlah sekolah dah nak buka. Ku lihat orang-orang yang stia berdiri berhampiran SABASUN, tersenyum puas melihat bunga api demi bunga api ditembak ke udara. Seolah-olah mereka sedang melihat majlis persandingan pasangan kahwin anak beranak mereka. Barangkali tidak terlintas di hati mereka bahawa belanja yang digunakan untuk majlis seprti itu diambil dari kutipan cukai-cukai yang pelbagai dari poket rakyat.

Ku teringat ada sahabatku yang sengaja keluar ronda-ronda malam tahun baru 31 Disember 2007 yang lalu. Dengan berbekalkan kamera digitalnya, beliau ambil beberapa keping gambar yang dikiranya menarik. Apabila dimasukkan dalam blognya, rupa-rupanya gambar yang dikatakan menarik ialah sekumpulan remaja ber'subculture'kan punk.

Tak sangka pulak ada budak punk di Terengganu tercinta ni. Aku memang jarang merayau waktu malam. Kalau keluar pun atas dasar mesyuarat ataupun majlis-majlis ilmu. Kata kawanku,bukan setakat punk aje yang ada di KT ni. Bahkan Grundge, Skinhead dan lain-lain. Tengoklah aksi mereka menunjukkan isyarat lucah ala barat. Ngeri juga aku tengok nasib anak bangsa beragama Islam jadi sebegitu rupa.


Bukan itu sahaja, malam tahun baru juga dihiasi dengan Parti Disko yang dihoskan oleh DJ yang didatangkan khas dari Hard Rock Cafe KL. Aku dapat gambar ni pun dari blog yang sama. Ada rakan yang berani masuk untuk lihat apa yang berlaku. Tak sangka pula terserempak dengan polis yang buat kerja part time dalam majlis tu.Barangkali diorang tengah undercover kot. Tapi 'point' pentingnya, parti liar tersebut memang benar-benar berlaku. Itu lah antara pengorbanan yang perlu dibayar untuk sebuah pembangunan bandaraya barangkali.