Babi atau khinzir (b. Arab: خنزير khinzīr) ialah sejenis haiwan mamalia ungulata yang bermancung panjang dan berhidung leper. Babi adalah omnivor, yang bererti mereka memakan daging dan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, babi dianggap salah satu mamalia yang paling pintar, dan dilaporkan lebih pintar dan mudah dipelihara dibandingkan dengan anjing dan kucing.
Hukum babi dalam Agama Monoteistik
Babi digelar haiwan yang kotor dalam al-Quran dan haram dimakan oleh umat Islam.
Katakanlah (wahai Muhammad): Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku, sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai atau darah yang mengalir atau daging babi kerana sesungguhnya ia adalah kotor atau sesuatu yang dilakukan secara fasik, iaitu binatang yang disembelih atas nama yang lain dari Allah. Kemudian sesiapa yang terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas, maka sesungguhnya Tuhan mu Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Terjemahan Al-Quran Surah:6.Al-An'am Ayat 145)
Babi juga dilarang dalam agama Yahudi. Dikalangan penganut Kristian, kelompok Seventh-day Adventists turut mengelakkan babi, dan makanan lain menurut agama Yahudi. Larangan ini terdapat dalam Book of Leviticus, Chapter 11, Verse 7& 8:
- "Jangan makan babi. Binatang itu haram, karena walaupun kukunya terbelah, ia tidak memamah biak. Dagingnya tak boleh dimakan, bangkainya tak boleh disentuh."
Larangan ini juga terdapat dalam Book of Deuteronomy, Chapter 14, Verses 7 & 8, Book of Isaiah, Chapter 65, Verses 2 to 4: , dan Book of Isaiah, Chapter 66, Verse 17.
Babi dalam bangsa lain
Babi juga merupakan kata kesat bagi tujuan memaki hamun atau menghina orang lain. Dalam semua bangsa, haiwan babi diangggap hina dan gelaran babi adalah satu gelaran buruk. Ini menunjukkan babi dianggap hina secara sejagat sungguhpun ia dimakan.
Namun Orang Cina dan Orang Jerman suka makan daging babi. Ada pelbagai masakan ala Jerman yang mengutamakan daging babi.
Babi dari segi sains
Babi dari segi genetik mempunyai persamaan genetik (DNA) yang hampir serupa dengan manusia. Oleh itu kebanyakan ujian perubatan biasanya dijalankan keatas babi sebelum ia diuji pada manusia. Malah jantung babi pernah digunakan bagi menggantikan jantung manusia yang sakit teruk, sementara menantikan mendapat penderma yang sesuai.
Disebabkan babi mempunyai genetik yang hampir menyerupai manusia, terdapat kemungkinan berlaku penularan penyakit antara spesies (cross spesies). Sekiranya ini berlaku, wabak teruk mungkin berlaku kerana ketiadaan ketahanan badan bagi penyakit baru.
Sebagai contoh, wabak virus Nipah telah menimbulkan dua pilihan, menghapuskan manusia yang berhampiran Babi, atau meng
hapuskan babi yang berhampiran manusia. Hasilnya, kesemua ternakan Babi yang terdapat dalam kawasan tersebut dihapuskan sama sekali bagi menjamin keselamatan manusia sekeliling.
Babi juga merupakan hos bagi cacing pita yang turut menjadikan manusia sebagai hos kedua. Daging babi yang tidak dimasak dengan sempurna, mampu menyebarkan telur cacing pita kepada manusia. Selain itu, penjagaan kebersihan yang tidak sempurna semasa penyembelihan babi, membolehkan cacing pita merebak.
Babi sebagai makanan
Beberapa contoh makanan yang mengandung babi:
- Babi panggang merah (manis) khas Tionghoa
- Babi panggang putih (masin) khas Tionghoa
- Sekba (berisi jeruk babi dengan kuah) khas Tionghoa (Jakarta, Bogor, Bandung, Tangerang)
- Kitoba (hirisan bagian kepala babi yang diolah dengan cara dikukus. Untuk menikmatinya harus dicelupkan ke dalam cuka aren yang disediakan khas Tionghoa Bogor
- Sate babi khas Tionghoa: sama seperti daging sate pada umumnya namun tusukannya lebih besar dan rasanya manis.
- Ngo hiang / Go Hiong: Daging babi cincang yang dibungkus dengan kulit kembang tahu tipis. (Jakarta, Bogor, Bandung).
- Babi cin: Hidangan daging babi + minyak dengan kuah yang rasanya manis karena kecap manis.
- Bakut: Hidangan khas Tionghoa yang merupakan paduan dari sayur jeruk masin dan kaldu iga babi.(Terdapat di seluruh Indonesia).
- Saksang: Olahan daging babi khas daerah Tapanuli
- Babi rica-rica: Daging babi olahan k has Manado yang rasanya sangat pedas.
- Babi guling: Olahan daging babi khas Bali
- Babi putar: Olahan daging babi khas Manado yang umumnya disajikan pada hari perayaan.
Gambar babi sebagai makanan
Gambar Babi sebagai Pakaian(Kasut)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan