Telefon bimbit menjadi satu keperluan sekarang. 10 tahun dulu, ia dianggap suatu alat untuk brmewah dan menjadi kemegahan orang yang berduit. Tapi zaman itu telah berlalu. Kini, orang yang tiada hp dianggap ketinggalan zaman. Susah untuk berhubung antara satu sama lain tanpa hp. Urusan menjadi semakin pantas dengan adanya hp. Ada orang buat pengakuan tidak boleh hidup tanpa hp.

Sejarah aku guna hp bermula selepas tamat belajar u. waktu belajar u, memang dah ada kengkawan pakai hp tapi aku org miskin, tak mampu pakai hp. Sebaik sahaja grad, hp pertamaku ialah Nokia 3210.
Aku pun tak ingat sampai bila aku guna 3210. Tapi yg pasti ia memang lasak. Jatuh macam mana pun, alhamdulillah tak rosak. Nilai lasaknya 3210 hanya dirasai apabila model itu tidak d
ikeluarkan lagi. Banyak 3210 second hand di kedai2 hp dijual dengan harga yg tidak jatuh, walaupun harga hp secong hand jenama lain merudum.

HP keduaku ialah jenis 3310. Nokia juga...Aku cukup setia dengan nokia sebab ia mudah dkendalikan selain rekabentuknya yg menggamit qalbu. Human Technology la katakan...Human friendly, dan ntah apa2 lagi la...
Yang ni pun boleh tahan juga lasaknya. Satu hari sedang aku naik basikal ke kedai runcit, hp ku jatuh dari poket, lalu dipenyek oleh sebuah lori yg lalu bertentangan arah. Ingatkan dah hancur, bila ambil, rupanya boleh pakai lagi. Tapi sayang hayatnya tak lama. Maklumlah dah ada kesan xsiden....

Masa tu, aku dah ada Sony ericcson model pertama yg ada kamera. Asal harganya rm1100 kal tak silap. kemudian turun jadi rm800. Sekarang merudum jadi 300-400 je rasanye. Bila dah dapat communicator, aku hadiahkan pada isteriku. Bukan main suka lagi sebab boleh am
bil gambar sana sini. Cuma kelemahannya, tak boleh nak infra red atau bluetooth kan gambar ke model nokia. Sony Ericcson ni aku pakai kalau tak silap tahun 2003 lagi.


Tiada ulasan:
Catat Ulasan