Isnin, 28 April 2008

KHASIAT DURIAN BELANDA


RAMAI yang tidak tahu batang, akar, biji dan buah durian belanda (annona
muricata, keluarga annona) mempunyai banyak khasiat untuk kegunaan perubatan
tradisional dan moden..


Kajian Universiti Hawaii dan Universiti Purdue mendapati durian belanda yang
buahnya berkulit lembut, durinya agak jarang yang tidak tajam, mampu merawat
dan mengelakkan seseorang daripada mendapat kanser dan menyuburkan pasangan
yang inginkan zuriat.



Penduduk di banjaran Andes, Peru, membuat serbuk teh daripada daunnya untuk
mengubati sakit kerongkong. Bijinya ditumbuk halus khusus untuk membunuh
parasit di dalam tubuh manusia seperti cacing.
Sementara penduduk Amazon menggunakan bahagian akar, kulit dan
daunnya,dipercayai boleh mengubati kencing manis. Begitu juga, suku Orang
Asli di Guyana membuat serbuk teh daripada daun dan kulit pokoknya untuk
dijadikan tonik minuman bagi membantu mengatasi masalah jantung dan penyakit
hati.
Mereka juga mendapatkan minyak daripada daunnya atau buahnya yang masih muda
lalu dicampurkan dengan minyak zaitun untuk kegunaan luaran bagi mengatasi
masalah sakit sendi dan sengal-sengal anggota tubuh.
Di Jamaica, Haiti dan India Barat, buahnya dan air perahan durian belanda
diminum sebagai ubat demam, membunuh cacing di perut kanan-kanak dan ubat
cirit-birit.
Kulit pokok ini juga dipercayai sesuai untuk membantu mengubati penyakit
jantung dan batuk di samping membantu mengembalikan kesuburan pasangan yang
sukar mendapatkan anak. Kegunaan lain ialah sebagai ubat malaria dan ulser
perut.


Khusus bagi ibu yang baru melahirkan anak, wanita Suku Asli Guyana
digalakkan meminum jus atau memakan terus buahnya bagi meningkatkan
pengeluaran susu badan di samping mengelakkan masalah ketegangan.
Dari segi perubatan moden, kajian kedua-dua universiti mendapati, bahan yang
terkandung di dalam buah durian belanda ini boleh digunakan sebagai
aktibakteria, antikanser, antitumor, astrigen dan penyakit saraf. Durian
belanda mengandungi bahan amyloid, asid sitrik, fruktosa, manganese,sukrosa,
reticuline dan tannin.

Tiada ulasan: