Selasa, 20 November 2007

1,2,3,4

Nikmati dan Hayati Lagu ini.

Ahad, 28 Oktober 2007

HARI RAYA BERSAMA KELUARGA



1 SYAWAL 1428, kami beraya sederhana sahaja. Kalau tahun2 lepas, ada kacang2 pelbagai, tahun ni semua adikberadik terlupa nak beli. Adik beradik banyak masa di rumah. Abang macam biasa, ada peluang je, pergi memancing. ikannya tak dapat....kepuasan yg dicari. Ntahlah ambe ni tak minat sangat memancing lama2.
Adik beradik cuti lama, seminggu. Kami sempat pergi berkelah di Lata Belatan, Jabi, Besut. Tapi chek(ibu) tak ikut sebab tak sihat. lelahnya datang lagi. Jadi, Fazly jadi korban tunggu di rumah. Ambe pun sebenarnya bukannya bersungguh sangat nak pergi. tapi ingatkan adik beradik balik sekali sekala , nak eratkan lagi hubungan kami adik beradik, ambe ikutkan juga. sebenarna bagus juga sebab dah lama tak ajak anak isteri berkelah.
Yang paling bersungguhnya FARIDAH adik selepas ambe.
suka tengok anak2 dan anak sedara main air. Manusia fitrahnya memang sukakan air sebab asas kejadian manusia pun daripada air. ALLAH ada berfirman yg maksudnya, " Dan kami telah jadikan daripada air setiap sesuatu itu hidup."


Check out my FunPix!

Selasa, 23 Oktober 2007

BELAJAR DARI ALAM SEKITAR

Belajar dari alam sekitar

Bilakah agaknya waktu paling sesuai mendidik anak mengenai alam semula jadi? Darjah Satu? Tadika? Jawapannya - jauh lebih awal dari itu. Pendidikan alam semula jadi berasaskan pengalaman diri memainkan peranan utama dalam pembentukan sikap, nilai dan bakal mencorak kelakuan seumur hidup terhadap alam sekitar.

Ketua Jabatan Pendidikan Persatuan Pencinta Alam Malaysia (MNS), I.S. Shanmugaraj berkata, memandangkan kanak-kanak belajar mengenai alam semula jadi melalui interaksi, maka pendidik dan penjaga perlu menitikberatkan kekerapan serta mutu interaksi kanak-kanak dengan alam semula jadi di awal usianya lagi.

“Ramai kanak-kanak kurang berpeluang mendapat pengalaman sedemikian. Malah, terlalu ramai si kecil tinggal dalam suasana tersisih dari alam semula jadi,” katanya.

Aktiviti lapang mereka biasanya menonton televisyen di rumah, tidak berjalan sebaliknya berkereta atau motosikal ke sana sini dan bila di taska, mereka lebih kerap berada dalam bilik darjah berbanding dengan di luar.

“Akibatnya ramai kanak-kanak berisiko terbantut pertumbuhan sikap serta perasaan positif terhadap alam sekitar atau gagal mencapai kefahaman yang dianggap sihat mengenai alam semula jadi. Tumpuan awal semasa zaman kanak-kanak pada pendidikan alam sekitar sedikit sebanyak menjadi penawar kepada masalah tersebut.”

Langkah pertama, mulakan dengan yang mudah. Si kecil lebih mudah menerima belajar sesuatu yang telah dikenalinya atau kebiasaannya. Contohnya, pokok yang tumbuh di belakang rumah atau taman permainan berdekatan didahulukan sebelum menjelajah lebih jauh.

Bersama Meninjau Alam Sekitar

1. Tanamlah bunga, pokok, rumput, buah atau sayur untuk mendidik anak mengenai pembesaran tumbuhan. Bercucuk-tanam juga memberi pengajaran mengenai cuaca serta peranan tanah, air dan cahaya dalam kehidupan.

2. ‘Pemburu’ serangga. Berbekal balang atau botol jem, galakan si kecil mencari kumbang. Intailah di celahan pokok, bunga dan di bawah tunggul (jangan lupa, kembalikan semula segala yang dibalikkannya). Sentuhlah sang kumbang dengan lembut dan lepaskan semula setelah menyentuhnya.

3. Memerhati alam sekitar dan permainan kordinasi mata-ke-otak. Sebelum ke taman bunga, buatlah ‘teropong’ bersama anak anda menggunakan kadbod gulungan tisu dan hiaskan. Bawa Si Manja keluar meninjau sekitaran mencari objek semula jadi.

4. Dapatkan perspektif baru. Suruh anak berbaring di bawah pohon rendang. Arahkan mereka melihat dahannya. Nampakkah mereka ranting yang tertinggi? Corak apa yang kelihatan? Apa lagi yang ada? Si kecil boleh berolok-olok menjadi akar pokok. Apa rasanya?

5. Gunakan imaginasi. Pilih kawasan tanah berlitup dedaun, rumput dan sebagainya, persilakan si kecil duduk. Beri dia enam batang penyedut minuman atau lidi pengumpil gigi. Berolok-oloklah bersama menjadi semut. Tugas utama anak anda ialah menjadi ‘pemandu pelancong’ kepada semut dengan memilih enam perkara menarik mengenai kawasan laluan berjarak semeter.

6. Buru warna alam. Dapatkan 10 contoh warna berasaskan alam semula jadi dari kedai cat. Berbekal contoh tersebut bawa anak ke taman dan suruh Si Kecil mencari warna tersebut di sekitarnya satu persatu.

7. Tinjauan malam. Tuju sebuah kawasan semula jadi yang selamat di waktu malam. Salut lampu picit dengan plastik berwarna merah supaya ia tidak mengejutkan haiwan yang berkeliaran. Cubalah idea yang terdahulu dari ini untuk mengenal haiwan dan tumbuhan malam.

8. Nikmat hari hujan. Pakai baju hujan (elakkan payung) dan pergi berhujan dengan anak anda. Tinjau lecak, pantau kicau burung dan bunyi katak bersahut. Berapa jenis titisan hujan yang ada agaknya? Nampak daun berhujung tirus menitis air? Selidiki ke mana haiwan lari semasa hujan.

Merangsang Selera Belajar

Si kecil belajar melalui penerokaan sekitaran mulai saat kelahiran mereka, tanpa tandingan, ternyata alam sekitar adalah teman pembelajaran terbaik mereka. Melalui penglihatan, otak segar mereka cepat memproses, mengenal dan memahami persekitaran.

Koordinasi mata-ke-otak ialah kebolehan otak memproses maklumat yang dikumpulkan melalui penglihatan. Oleh itu, pemakanan yang baik di peringkat awal memainkan peranan penting dalam perkembangan koordinasi mata-ke-otak yang lebih baik.

Untuk menjana kebolehan serta minat yang berkembang, kanak-kanak memerlukan banyak asid lemak yang diperolehi melalui susu dan beberapa jenis makanan. Zat makanan seperti asid dokosaheksanoik (DHA), asid arakidonik (AA), Kolina dan Taurina penting bagi membantu perkembangan otak dan penglihatan.

Kombinasi sokongan in bersama adunan unik minyak sayuran yang membantu penyerapan kalsium dan lemak boleh diperoleh melalui susu bersistem Eye-Q Nutrition.

Sabtu, 20 Oktober 2007

Isnin, 24 September 2007

DOA SESAT

Doa Ya Amanal Khaifin Berasal Daripada Kaum Yahudi?

``Ya amanal khaifin aminna mimma nakhaf, Ya amanal kha’ifin sallimna mimma nakhaf, Ya amanal kha’ifin najjina mimma nakhaaf.''

Ada beberapa persoalan ditimbulkan berhubung dengan doa tersebut.

Pertama ialah perkataan aman. Siapa itu aman, kerana sekiranya dirujuk kepada sifat-sifat Allah s.w.t, yang sembilan puluh sembilan, tiada terdapat perkataan tersebut.

Di dalam al-Quran surah al-Israk (17), ayat 110, Allah s.w.t, berfirman
yang bermaksud: ``Berdoalah kamu dengan menyebut Allah atau Ar Rahman atau mana-mana Asmaaul Husna dan janganlah kamu mengeraskan suaramu dalam solat dan janganlah pula merendahkannya dan carilah jalan tengah di antara kedua itu.''

Apabila dirujuk kepada Asmaaul Husna maka jelas tidak terdapat kalimat Aman. Syeikh Muhammad al Mandili, guru di Masjid al Haram, Makkah, melarang umat Islam berdoa dengan doa tersebut kerana katanya doa tersebut asalnya doa orang-orang Yahudi. Menurut Syeikh Muhammad, pengikut Nabi Musa a.s, terbahagi kepada dua golongan. Pertama golongan yang benar-benar beriman dengan Nabi Musa a.s.
Golongan satu lagi ialah golongan yang berbelah bagi kerana sungguh
pun mereka beriman dengan Nabi Musa a.s, tetapi hati mereka masih takut kepada Firaun.

Akhirnya golongan ini datang menemui Haman (Perdana Menteri Firaun) meminta perlindungan. Lalu mereka beramai-ramai merayu-merayu dengan ungkapan berikut:

Ya Haman, aminna mimma nakhaf. Ya Haman, salimna mimma nakhaf. Ya Haman, najjina mimma nakhaf.
Maksudnya: Wahai Haman tenteramkan kami, kami takut (kepada Firaun). Wahai Haman, selamatkan kami, kami takut. Wahai Haman, lepaskan kami, kami takut.
Pendita Yahudi telah membuang huruf `ha' (abjad Arab) atau `h', dengan tujuan untuk menyelewengkan masyarakat Islam, khususnya mereka yang tidak memahami bahasa Arab. Oleh itu, sesiapa yang tahu asal usulnya dan masih lagi mengamalkan doa tersebut, maka rosak akidahnya! Kesalahan bahasa juga boleh dikaitkan kerana `` Ya '', adalah huruf seruan yang bermakna ``wahai!'' Maka selepas `` ya '' lazimnya diletakan nama atau sifat seperti ``Ya Allah, ya Latif'' atau kuniah yakni nama timangan seperti Ya Aba al Qasim. Sementara perkataan aman adalah kata nama terbitan yang bererti keamanan. Keamanan tidak boleh memberi apa-apa ketentuan, kerana penentuan yang mutlak adalah Allah s.w.t.

Mengikut pandangan Datuk Mohd. Yunus, bekas mufti negeri Melaka, doa tersebut boleh dibaca dengan syarat perkataan aman digantikan dengan Ya Allah atau Ya Ar Rahman atau mana-mana Asmaaul Husna.
Para ulamak usul berpendapat, ibadah yang dipersetujui oleh semua
ulama adalah lebih baik daripada ibadah yang dipertikaikan. Doa adalah ibadah. Oleh itu, tidak logik selepas kita bersolat kerana Allah, kita menadah tangan meminta kepada yang lain! Doa tersebut juga bukan doa ma'sur, yakni doa-doa yang dibaca oleh Rasulullah s.a.w. Lagi pun dalam sebuah hadis Rasulullah memberi amaran yang bermaksud: ``Barang siapa yang menunjuk jalan yang salah, maka dia akan memikul semua dosa-dosa pengikutnya!''

HARI RAYA

SOAL JAWAB PUASA

Kala Jengking

Tazkirah

Ahad, 23 September 2007

PUASA BERKESAN BENTUK INSAN CEMERLANG

Bersama Prof Dr Sidek Baba

AL-QURAN dalam surah al-Baqarah, ayat 183 memberikan asas penting mengenai amalan puasa dalam membangun jiwa muttaqin. Penegasan al-Quran adalah wajar kerana roh manusia perlu dibimbing daripada tahap nafsu yang haiwani ke arah nafsu insani.

Proses pemurniaan jiwa (tazkiah an nafs) adalah jalan membangun jiwa muttaqin. Jiwa muttaqin bakal merintis jalan hidup ke arah kecemerlangan.

Dalam surah al-Hujurat, ayat 13, Allah memberikan asas bahawa manusia yang terbaik atau cemerlang di sisi-Nya ialah orang yang muttaqin. Jiwa muttaqin adalah orang yang memahami pedihnya balasan Allah bagi mereka yang ingkar dan mempunyai insaf-ketuhanan mengenai kekuasaan Allah yang memerhati dan menyaksikan apa dilakukan manusia.

Konsep atqaqum atau ketakwaan penting bagi seseorang Islam. Yang membezakan orang yang percaya kepada agama tauhid dan agama mensyirikkan Allah antara lainnya ialah binaan jiwa muttaqin.

Jiwa muttaqin memberikan asas ihsan kepada manusia. Rasulullah SAW memberikan pedoman bahawa orang yang muhsin apabila melakukan ibadat, walaupun tidak melihat Allah tetapi sentiasa merasakan bahawa Allah melihatnya.

Asas ihsan adalah asas yang sangat releven dengan amalan puasa. Yang menyebabkan manusia berpuasa daripada lapar dan dahaga, memelihara pancaindera, mengawal hawa nafsu ialah keyakinan tinggi bahawa Allah melihat dan mengetahui apa saja yang manusia lakukan.

Jika seseorang mengunci dirinya dalam bilik untuk makan atau minum, orang lain mungkin tidak boleh mengetahuinya. Jiwa muttaqin berasaskan ihsan yang tinggi akan menjadikan manusia yakin bahawa Allah mengetahui perbuatannya.

Jika jiwa muttaqin dan keihsanan tinggi ini sudah sebati dalam diri seseorang Muslim kesan ke arah kecemerlangan adalah hebat sekali. Seorang bapa akan mengasihi isterinya dengan baik kerana suami yang muttaqin tahu bahawa suami harus berlaku adil kepada isteri.

Isteri adalah amanah Allah dan amanah waris walaknya. Makna qawwamun alan nisa’ iaitu pembimbing dan pelindung isteri memberi makna besar bagi seorang ibu yang bakal membangunkan zuriat suami.

Ibu yang dikasihi dan disayangi suami adalah ibu yang bakal mengalami jiwa sejahtera dan bahagia kerana suaminya adalah pelindung dan pembimbing yang baik. Suami insaf bahawa jiwa muttaqinnya mendidik dirinya bersifat amanah dan adil terhadap isteri. Suami dan isteri adalah bakal contoh kepada pembentukan watak anak. Anak akan menjadi amat berbahagia kerana memiliki ayah dan ibu berjiwa muttaqin.

Hal yang sama juga boleh berlaku jika seseorang itu menjadi pegawai dalam sesebuah jabatan atau organisasi. Penghayatan puasa tidak hanya terbatas dalam hubungan rohaniahnya dengan Allah tetapi hadir di tempat kerja.

Penghayatan rohaniah yang memberikan rasa takwa dan ihsan mendorongnya berlaku amanah, adil, telus dan tulus di tempat kerja. Apa saja yang dilakukan dalam pejabat atau di luar organisasi akan sentiasa diperhati oleh Allah.

Bagi mendapatkan barakah dan rezeki halal di tempat kerja dan kerja sebagai sebahagian daripada ibadat, pegawai itu akan sentiasa menghubungkan jiwa muttaqin dan daya ihsannya yang tinggi untuk tidak melakukan penyelewengan, salahguna kuasa, rasuah atau kezaliman terhadap orang lain. Asas ini akan menjadikan organisasi yang dipimpinnya cemerlang.

Kesan rabbaniyyah juga boleh berlaku antara ahli ilmu dan masyarakat. Pemikir dan pensyarah di universiti umpamanya, perlu memiliki jiwa amanah dan ihsan yang tinggi terhadap pelajarnya. Ilmu yang diajarnya tidak saja membabitkan ilmu mengurus sistem (fardu kifayah) tetapi juga harus dapat menitipkan ilmu mengurus diri (fardu ain).

Ini supaya ilmu mengurus sistem tidak hanya berdiri seadanya tetapi ditunjangi nilai Rabbaniyyah dan etika yang tinggi supaya ilmu dipandu oleh falsafah akhirnya membimbing pelajar kepada kebenaran dan hikmah.

Menghayati puasa memberi makna besar kepada umat Islam. Seperti juga solat, puasa memberikan pengalaman diri yang bermakna. Ia adalah latihan rohaniah dan fizikal yang boleh memberi kesan besar terhadap perubahan watak dan akhlak.

Bayangkan seseorang yang menghayati makna puasa, ia mengerti makna kelaparan. Dengan ihsan dan jiwa muttaqin, ia bakal mendorong ahli ibadat menginsafi bahawa kekayaan dan kemiskinan adalah suatu suratan dan usaha dilakukan manusia.

Memahami kepayahan golongan miskin, tidak berada, mengalami keuzuran dan kesakitan, berjuang di jalan jihad fisabilillah, anak yatim umpamanya mendekatkan ahli ibadat dengan fitrah. Orang yang muttaqin memahami bahawa harta dan kekayaan yang diterima bukan miliknya. Ia harus dibersihkan dengan zakat dan sedekah supaya harta dan kekayaan miliknya dapat dibersihkan.

Menunaikan zakat fitrah dan melakukan infak atau sedekah mendekatkan manusia sesama manusia atas asas mahabbah dan silaturahim serta membangkitkan rasa kemanusiaan yang tinggi. Hikmah melakukan semuanya itu akan kembali kepada diri dan bagi yang ikhlas, Allah akan tambahkan rezeki, harta, darinya pahala dan barakahnya bertambah.

MINTA MAAF DENGAN ANAK JIKA BUAT SALAH


CENDEKIAWAN pendidikan Islam, Abdullah Nasih Ulwan mengatakan bahawa kecemerlangan anak natijah daripada amalan dan pengalaman yang mereka lalui. Perkara ini akan tersemat di dalam jiwa serta hati sanubari mereka sejak kecil, terutama pada peringkat awal iaitu di bawah usia enam tahun.

Begitulah besar kesan tarbiah anak sejak kecil dan antara faktor penentu kejayaan mereka.

‘Izzah iaitu yakin kendiri atau self-esteem adalah rasa hormat diri, yakin dan percaya bahawa diri dihargai. Ia asas penting membina sahsiah anak sejak kecil. Kajian mendapati bahawa anak yang mempunyai masalah ‘izzah akan lebih mudah untuk terbabit dengan salah laku, gejala sosial dan penagihan dadah.

Ibu bapa, pengasuh dan guru mesti peka terhadap perkara ini dan berusaha untuk menggalakkan pembinaan ‘izzah anak.

Berikut 10 perkara penting yang perlu disemai dalam diri anak-anak untuk mencapai tujuan ini.

* Melahirkan hubungan kasih sayang, hubungan rapat dan berasa selamat sejak bayi dilahirkan.

Rangsangan peringkat awal ini sangat penting dan tidak dapat diambil alih oleh rangsangan daripada barang atau benda. Sekiranya kanak-kanak berasa diketepikan dan tidak diterima, dia sukar untuk membina keyakinan dan mempelajari sesuatu.

Kasih sayang mesti tanpa syarat iaitu tanpa mengambil kira rupa paras dan kebolehan mereka. Kita harus berlaku adil kepada anak-anak dan sikap pilih kasih boleh membunuh rasa hormat diri mereka. Mereka akan berasa rendah diri dan terlalu sensitif.

Hal ini seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Samakanlah pemberian di antara anak-anak seperti kamu sekalian senang apabila mereka adil di dalam berbakti yang sama kepada kamu sekalian (ibu bapa).” (Hadis riwayat Muslim)

* Fahami dunia dan emosi anak dengan menggalakkan mereka meluahkan perasaan dan berkongsi masalah.

Mengenakan butang baju mungkin masalah besar kepada anak berumur tiga tahun. Apabila kita memberikan perhatian dan menggalakkan mereka menyelesaikan masalah, anak akan berasa lebih yakin diri.

* Jelas apabila membetulkan kesilapan anak.

Kita hendaklah membetulkan perbuatan mereka, bukan diri mereka. Apabila mereka menconteng buku, jelaskan bahawa perbuatan itu akan merosakkan buku. Elak daripada memarahi mereka dengan mengatakan mereka nakal. Dengan cara ini anak akan belajar kenapa sesuatu perbuatan itu tidak boleh dilakukan dan tidak tersalah anggap bahawa diri mereka tidak disukai.

* Tetapkan peraturan dan terangkan sebabnya.

Kanak-kanak belajar daripada pengulangan. Jangan rasa marah dan letih untuk mengulangi peraturan yang sama saban hari kerana inilah cara mereka belajar mengingati sesuatu.

Dalam menetapkan peraturan juga, kita mestilah konsisten dan tidak selalu menukarnya, terutama pada kanak-kanak. Mereka mungkin tidak akan belajar membuang sampah sekiranya bakul sampah sering bertukar tempat.

* Galakkan anak membuat pilihan sendiri.

Elakkan memaksa anak menerima keputusan dibuat. Bagi kanak-kanak berikan dua atau tiga pilihan untuk memudahkan mereka memilih seperti pakai baju hijau atau biru dan makan nasi atau mi.

* Membina pengalaman baru dalam diri anak.

Beri sokongan apabila mereka mengambil risiko positif seperti belajar menunggang basikal. Kegiatan ini walaupun berisiko, jika anak tidak mencuba kejayaan tidak akan dicipta dalam diri mereka.

Ibu bapa dan guru perlu mencari keseimbangan di antara melindungi anak dan membiarkan mereka memperoleh kemahiran baru dalam hidup. Kita mesti bersabar daripada terlalu membantu anak. Biarkan mereka mencuba sendiri dan belajar daripada kesilapan.

Tidak semua kesilapan akan membunuh keyakinan diri, sebaliknya memupuk sifat lebih berhati-hati. Anak yang tergelincir di tempat licin mungkin lebih berhati-hati apabila berjalan. Kadang-kadang, mereka sememangnya perlu belajar daripada kesilapan.

* Meminta maaf sekiranya melakukan kesilapan.

Anak akan belajar bahawa melakukan kesalahan secara tidak sengaja tidak mengapa. Apa yang perlu dilakukan adalah meminta maaf dan belajar daripada kesalahan yang sudah dilakukan.

* Beri pujian dan kata-kata galakan positif apabila anak berusaha melakukan sesuatu.

Perkara ini perlu selalu dan segera dilakukan untuk memberikan kesan. Contohnya, beri pujian pada anak yang mencuba untuk menyuap makanan sendiri walaupun tumpah dan comot. Dengan cara ini mereka akan lebih bersemangat dan tekun mencuba melakukan atau mempelajari sesuatu.

Berbeza pula dengan memberi ganjaran apabila anak melakukan yang terbaik. Hal ini, akan memberi tekanan kepada mereka untuk melakukan hanya yang terbaik. Elakkan juga daripada hanya menegur apabila anak melakukan kesilapan. Ini boleh menyebabkan mereka tidak dapat membezakan yang baik dan buruk.

* Menggalakkan anak melakukan kerja dan kreatif mengikut kemampuan mereka.

Dalam hal ini kita terlebih dulu mesti sentiasa melakukan sendiri kerja di depan anak.

Galakkan anak berkreatif secara bebas. Jangan mengongkong anak dengan satu cara melakukan sesuatu. Contohnya, meminta anak melukis rumah mengikut bentuk yang biasa kita lukis. Semua aktiviti seni dan estetika sangat baik untuk meningkatkan keyakinan mereka. Hargai hasil kerja anak dengan mempamer atau merakam aksi mereka.

* Menggunakan disiplin secara positif.

Kanak-kanak akan berasa lebih selamat dan yakin sekiranya kehidupan seharian mereka berdisiplin. Masa untuk kegiatan harian mestilah tetap dan tidak selalu diubah. Contohnya, masa makan dan masa belajar. Anak akan rasa lebih yakin, berdisiplin dan terdidik.

Islam juga sudah mendidik kita untuk mempunyai disiplin diri yang tinggi seperti solat dan puasa.

Mengasuh dan mendidik anak adalah amanah Allah yang memerlukan komitmen tinggi dan berpanjangan.

HIKMAH PUASA

SOALAN:
SETIAP amalan dan ibadat rasanya ada hikmat dan fadilat. Agaknya apakah hikmat puasa?

JAWAPAN:

Ehm.. Hikmat puasa yang paling besar agaknya ialah bagi mendidik jiwa dan nafsu agar dapat mencapai makam takwa. Takwa adalah sifat yang terpuji. Dengan takwa mampu mencegah diri daripada melakukan dosa dan maksiat.

Firman Allah bermaksud: Wahai orang-orang yang beriman! Difardukan ke atas kamu puasa (Ramadan) sebagaimana diwajibkan ke atas orang sebelum kamu semoga kamu bertakwa. (al-Baqarah: 183)

Puasa juga menjadi benteng dan perisai bagi seseorang. Perisai kerana puasa dapat melemahkan nafsu. Nafsu sebenarnya banyak merosakkan. Oleh itu, ia perlu dididik agar menjadi nafsu yang baik. Juga perisai daripada api neraka.

Sabda Rasulullah s.a.w. bermaksud: Puasa itu adalah perisai. (riwayat Bukhari)

Puasa juga akan melembutkan hati seseorang ketika melihat penderitaan orang lain. Ramai lagi orang yang kelaparan di atas muka dunia ini. Dengan berpuasa, kita dapat merasai derita lapar dan dahaga.

Puasa juga akan mendidik untuk bersikap amanah. Amanah kepada Allah dan diri sendiri. Mana ada orang yang tahu bahawa kita puasa sepenuhnya atau tidak. Kalau tidak amanah, sambil menyelam boleh minum air.

Puasa juga akan menajamkan akal. Cuba ambil buku teks dan baca selepas makan tengah hari atau makan malam, biasanya otak tidak boleh menerima apa yang yang dibaca. Sebab itu, dikatakan bahawa masa yang baik untuk membaca ialah dua jam selepas makan. Badan juga menjadi lemah khususnya untuk melakukan ibadat.

Disebut antara kata-kata hikmah Luqman al-Hakim ialah: “Apabila perut penuh dengan makanan, maka fikiran akan tidur, kebijaksanaan akan diam dan anggota badan menjadi malas.”

Puasa juga boleh mengurangkan keagresifan dan keaktifan nafsu syahwat. Mungkin kerana inilah ada anjuran daripada Baginda s.a.w. agar orang yang tidak mampu berkahwin untuk berpuasa dengan sabda Baginda: Dan sesiapa yang tidak mampu (untuk berkahwin) maka atasnya puasa kerana sesungguhnya puasa baginya sebagai perisai nafsu. (riwayat Bukhari)

- Petikan daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang PUASA Tapi Anda Malu Bertanya, terbitan Telaga Biru Sdn. Bhd.

Jumaat, 14 September 2007

10 Panduan Didik Anak Budayakan Ramadhan


Dalam sahih Bukhari, diriwayatkan daripada ar-Rabi’e binti Muawiz berkata: “Kami semua berpuasa dan kami juga melatih anak-anak kami berpuasa. Kami menyediakan permainan daripada bulu untuk mereka. Apabila salah seorang daripada mereka ingin makan, kami berikan mainan itu sehingga tiba waktu berbuka puasa.”

Berikut adalah 10 panduan untuk membudayakan ibadat Ramadan dalam diri anak:

1. Membuat persiapan menyambut Ramadan dengan menghias rumah dan membeli atau membersihkan keperluan ibadat seperti sejadah, songkok dan telekung. Ia dilakukan supaya anak dapat merasakan kepentingan bulan yang mulia ini.

2. Menceritakan sejarah wajib puasa, mengulang kaji semula rukun, syarat, sunnah, adab dan hikmah puasa supaya anak melakukan ibadah dengan penuh kefahaman dan penghayatan, tidak sebagai ikutan saja.

3. Melatih anak berpuasa secara beransur-ansur selama beberapa jam dan kemudian beberapa hari. Ganjaran berupa pujian dan hadiah boleh diberikan untuk menggalakkan mereka berpuasa tetapi yang lebih penting selalulah menerapkan dalam diri anak untuk mendapatkan pahala dan keredaan Allah dalam apa juga dilakukan. Bagi anak kecil yang tidak berpuasa raikanlah mereka ketika berbuka dan bersahur supaya mereka dapat bersama berdoa dan berkongsi kegembiraan dengan keluarga.

4. Memperingatkan anak supaya menjalani ibadah puasa dengan penuh ihsan iaitu merasakan Allah sentiasa bersama dan melihat setiap perbuatan mereka. Latih jiwa anak untuk reda dengan perintah Allah, ikhlas beramal dan menjaga pantang larang berpuasa setiap masa.

5. Menjaga solat fardu lima waktu dan menunaikan solat berjemaah. Bawalah anak untuk bersolat fardu dan Tarawih berjemaah di masjid. Bagi ibu yang tidak dapat ke masjid kerana anak kecil, mereka boleh solat fardu dan Tarawih berjemaah bersama anak perempuan di rumah.

6. Al-Quran diturunkan pada Ramadan, jadi kita perlu mengingatkan anak supaya menghidupkan Ramadan dengan banyak membaca al-Quran.

Seeloknya bertadarus bersama sekeluarga supaya dapat memperbetulkan tajwid dan pemahaman anak terhadap al-Quran. Mereka juga boleh digalakkan menghafal surah pendek.

7. Mengingatkan anak supaya memelihara kesempurnaan ibadah puasa dengan mengamalkan akhlak yang mulia dan menghindari kegiatan sia-sia. Galakkan mereka untuk mengisi masa lapang dengan banyak berzikir dan membaca buku berfaedah.

8. Mengajar anak berjimat cermat dan mengelakkan pembaziran dalam urusan berbelanja untuk berbuka, bersahur dan persiapan hari raya.

9. Memupuk tolong menolong, berkasih sayang dan mengeratkan silaturahim dengan keluarga, jiran dan sahabat handai seperti mengadakan majlis berbuka puasa bersama serta meningkatkan amalan bersedekah.

10. Mengingatkan anak supaya tidak mensia-siakan kelebihan 10 akhir Ramadan dan tidak meninggalkan takbir hari raya kerana terlalu sibuk dengan persiapan hari raya. Galakkan anak untuk menyambut hari raya dengan penuh keinsafan dan kesyukuran. Terangkan bahawa konsep Ramadan bagi menjaga tunas amalan yang tumbuh dan subur supaya tidak rosak atau cacat dan terus diamalkan pada bulan berikutnya.

Ibu bapa dan orang dewasa adalah contoh kepada anak. Jadi dalam usaha kita membudayakan ibadah berpuasa yang berkualiti dalam diri anak, kita mesti memperbaharui niat dan azam diri untuk terus memperbaiki akhlak dan amal. Sama-samalah kita panjatkan doa supaya ibadah puasa dan ibadat lain sepanjang Ramadan kali ini dapat dijalankan seisi keluarga dan diterima Allah.

Disediakan Pengusaha Taska dan Tadika Islam, Rosnah Ahmad yang boleh dihubungi di wanitajim0@yahoo.com

RM20 sejam

RM20 SEJAM

--
Seorang bapa pulang ke rumah dalam keadaan letih disambut baik oleh anaknya
yang berusia 7 tahun. Sambil mengangkat briefcase ayahnya, si anak itu
bertanya kepada ayah.....

Anak: Ayah...ayah.. boleh Amin tanya satu soalan?
Ayah: Hmmm....nak tanya apa?
Anak: Ayah...berapa pendapatan ayah sejam di pejabat?
Ayah: Itu bukan urusan kamu, buat apa sibuk-sibuk nak tanya?
Si ayah mula menengking.
Anak: Amin saja nak tahu ayah... Tolonglah beritahu berapa
pendapatan ayah sejam di pejabat?
Si anak mula merayu pada ayahnya.
Ayah: 20 ringgit sejam.. Kenapa nak tahu?
Jerkah ayahnya lagi.
Anak: Oh..20 ringgit..
Amin menundukkan mukanya.
Anak: Ayah.. boleh tak bagi Amin pinjam 10 ringgit dari ayah?
Si ayah mula menjadi berang dan berkata, "Oh, itu ke sebabnya kamu
tanya pasal pendapatan ayah? Kamu nak buat apa dengan duit tu?
Mintak sampai 10 ringgit?
Nak beli mainan lagi?? Ayah penat-penat kerja cari duit, kamu
senang-senang nak membazir ya.. Sudah, pergi masuk bilik.. tidur!
Dah pukul berapa nih...!!"
Si anak itu terdiam dan perlahan-lahan dia kembali ke biliknya. Si
ayah duduk di sofa sambil memikirkan mengapa anaknya yang sekecil
itu meminta duit sampai 10 ringgit. Kira-kira 2 jam kemudian, ayah
kembali

tenang dan terfikir kemungkinan besar anaknya benar-benar memerlukan

duit untuk keperluan di sekolah kerana anaknya tak pernah meminta
wang sebegitu banyak sebelum ini.

Dengan perasaan bersalah, si ayah melangkah menuju ke bilik
anaknya.Didapati anaknya masih belum tidur. "Kamu benar-benar
perlukan 10 ringgit? Nah.. ambil ni" Si ayah mengeluarkan sekeping
duit kaler merah. Si anak itu segera bangun dan tersenyum girang.
"Terima kasih banyaklah
ayah!"

Lalu dia mengangkat bantalnya dan mengeluarkan sekeping nota 10
ringgit yang sudah renyuk terhim pit oleh bantal.
Bila ternampak duit itu, si
ayah kembali berang. "Kenapa kamu mintak duit lagi sedangkan kamu
dah ada duit sebanyak itu?? Dan dari mana kamu dapat duit tu??"

Amin tunduk... tak berani dia merenung ayahnya.
Sambil menggenggam
kemas duit itu, dia menerangkan....."Duit ni Amin kumpul dari
belanja sekolah yang ayah bagi hari-hari. Amin minta lagi 10 ringgit

kat ayah sebab Amin tak cukup duit..."

"Tak cukup duit nak beli apa??"
Jerkah ayahnya lagi.

"Ayah.... sekarang Amin dah ada 20 ringgit..
Nah..ayah ambil duit
ni. Amin nak beli sejam dari masa ayah di pejabat tu. Amin nak ayah
balik kerja awal esok. Amin rindu nak makan malam dengan ayah.."
Jelas Amin tanpa memandang wajah ayahnya...

Moral:
Kongsilah cerite ni ngan sesape aje yg anda suka tapi..yang penting
sekali, kongsilah masa sebanyak 20 ringgit itu
bersama2 dgn insan yang
anda sayangi. Ini hanyalah setitis peringatan kepada sesiapa yang
bekerja keras sepanjang hidupnya..yang bakal kerja sok lusa... atau
sesiapa saja yang selalu sibuk...
Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dinikmati bersama2
dengan mereka2 yang begitu rapat dengan kita..yang sentiasa berada
di hati kita..

Bayangkan...bila dah kerja nanti...kalau kita mati..pihak syarikat
akan senang2 cari orang lain..gantikan kita.
Tapi..keluarga, rakan2 yang
kita tinggalkan kat dunia ni pasti akan berasa suatu kehilangan
sepanjang hidup mereka...Fikirlah...selama ni...apa yang kita dah
buat untuk keluarga kita?.. untuk insan yang kita sayang??

Jumaat, 7 September 2007

TAULADAN UNTUK SUAMI ISTERI YANG SERING BERGADUH

Tauladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Gaduh Gaduh i Sepasang suami istri yang sudah menkah selama 7 tahun dan memiliki 3 orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat. Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan
Tauladan Untuk Suami Isteri Yang Selalu Gaduh Gaduh


Sepasang suami istri yang sudah menikah selama 7 tahun dan memiliki 3

orang anak, terlibat dalam sebuah pertengkaran hebat.

Begitu hebatnya pertengkaran mereka, sampai akhirnya mereka memutuskan

untuk bercerai, mengakhiri kehidupan rumah tangga mereka secepat mungkin.


Mereka menemui seorang peguam, untuk melangsungkan perundingan

pembagian

harta diantara mereka, perundingan berlangsung lancar, namun akhirnya

sebagian besar masalah terselesaikan, baik tanah, rumah, dan semua aset

harta mereka dapat dibagi dan mencapai kepuasan kedua belah pihak.


Hanya satu hal tidak ditemukan jalan keluarnya, yaitu mengenai

pembagian

anak [jangan lupa anak mereka tiga orang], baik si suami maupun si

istri

sama sama ingin mengasuh 2 anak, tidak ada yang mau mengalah, dan anak

tidak mungkin dibelah dua seperti pada Zaman Sulaiman dulu.


Akhirnya mereka menemui seorang tokoh agama, meminta nasehat bagaimana

jalan keluar yang harus ditempuh.

Sang Imam akhirnya memberika jalan keluar yang bijak, yaitu mereka

diminta menunda perceraiannya selama satu tahun, mereka harus menambah

satu orang anak selama satu tahun, bila Tuhan mengizinkan perceraian

mereka, Tuhan akan memberikan tambahan satu anak, total menjadi 4 anak,

sehingga mudah untuk dibagi diantara mereka berdua.


Karena si suami dan si istri sangat serius untuk bercerai, mereka

berusaha keras untuk menambah anak, dan akhirnya mereka berhasil.


Setahun kemudian, ketika Sang Imam berjalan jalan, beliau bertemu

dengan

pasangan suami istri ini, sedang bergandengan tangan dengan mesra,

sehingga Sang Imam bertanya, : "Apakah Kalian tidak berhasil menambah

anak sehingga kalian batal bercerai?".


Sang Suami lalu menjawab : "Tuhan maha pengasih, Dia memberikan kami

tambahan anak, tapi sekaligus juga memberikan isyarat agar kami saling

memaafkan dan saling mengasihi, kami memutuskan untuk tidak bercerai".



"Bagaimana Tuhan memberikan isyaratNya?", tanya Sang Imam.


"Tuhan memberikan kami tambahan anak, bukan satu anak, tapi dua anak,

anak kembar !!".


Beberapa hikmah:

1. Menunda tindakan negatif sering bermanfaat, apalagi ketika seseorang

sedang dikuasai emosi.
Ada baiknya jika kita sedang marah kita menunda

sesuatu yang ingin kita lakukan. Betapa banyak penghuni penjara yang

menyesal: mengapa ketika marah memukuli istri/anak/dsb sampai tewas....



2. Mampu mengendalikan marah [emosi] adalah kunci kebaikan, sehingga

nabi saw menekankan laa taghdhab [jangan marah] kepada sahabatnya.



3. Kisah diatas menunjukkan kasih sayang Allah, tetapi ada yang lebih

baik daripada kisah diatas yaitu pasangan suami isteri yang selalu

berhasil meredam pertengkaran mereka. Mungkin keluar rumah meninggalkan

isteri/suami yang marah untuk sebentar kemudian kembali membawa buah

tangan/peralatan baru kesukaannya akan membuatnya tersenyum, meminta

maaf dan berfikir betapa baiknya suaminya/isterinya.



4. Pertengkaran itu lumrah rumah tangga. Dengan pertengkaranlah

keharmonisan semakin terasa nikmat. Orang bijaksana akan menikmati

pertengkaran dan masa-masa setelahnya dengan tetap mengendalikan

suasana

agar tidak sampai keluar dari sunnah Nabi saw. Karena pertengkaran itu

seperti api: sedikitnya bermanfaat tetapi besar dan luasnya
membinasakan.

....sampaikanlah ilmu walaupun hanya satu ayat...... ....muhasabahlah diri

sendiri sebelum muhasabah diri orang lain...........



Sabtu, 1 September 2007

40 KESILAPAN IBUBAPA

1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat

3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak

4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak

5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak

6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan

7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan

8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak

9. Kurang melahirkan kasih sayang

10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak

11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah

12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan

13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak

14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak

15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak

16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca

17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal

18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak

19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak

20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak

21. Tidak menggunakan bahasa yang betul

22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak

23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak

24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat

25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak

26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak

27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak

28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak

29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak

30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak

31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak

32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak

33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak

34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan

35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak

36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan

37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak

38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak

39. Tidak tegas mendidik anak-anak

40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku ‘40 kesilapan mendidik anak’ oleh Dr. Hassan Ali, AKRAB 1996

Rabu, 29 Ogos 2007

ERTI MERDEKA YG SEBENAR

MERDEKA APABILA MENGHAMBAKAN DIRI KEPADA ALLAH

Marilah kita menjadi umat Islam, pengikut Rasulullah s.a.w. yang menjadi teladan kepada manusia seluruhan. Kita hendaklah menyeru manusia seluruhnya kepada Islam, maka terpulanglah kepada mereka samada mahu mengikut Islam atau tidak tanpa boleh memaksa mereka.

Hanyalah Islam yang boleh menyelamatkan mereka samada di dunia atau akhirat. Terlalu banyak contoh perjuangan yang wujud dalam di dunia masa kini, semuanya tidak boleh diterima. Yang boleh diterima hanyalah perjuangan yang diterima oleh Allah Taala.

Perjuangan Rasulullah s.a.w. satu-satunya perjuangan yang boleh menyelamatkan manusia di dunia sampai akhirat. Walaupun semua bangsa di dunia ini berjuang untuk kemerdekaan tanah air dan membebaskan diri daripada belenggu penjajah serta dapat memerintah dengan sendiri tetapi mereka tidak akan dapat menikmati kemerdekaan yang sebenar jika tidak kembali kepada Islam.

Ketahuilah bahawa tidak ada kemerdekaan sebenar kecuali mengabdikan diri kepada Allah semata-mata. Selagi manusia tidak mengabdikan diri hanya kepada Allah Taala maka akan ada manusia yang berlagak menjadi Tuhan, menjadi tuan dan memperhambakan manusia-manusia yang lain.

Dengan itu Allah Taala mengutuskan para Rasul a.s. Nabi Muhammad s.a.w. telah diberikan asas dalam dakwahnya iaitu firman-Nya yang bermaksud:

"Wahai manusia, sesungguhnya aku (Muhammad) Rasul Allah diutuskan kepada kamu seluruhnya, iaitu (Allah) Tuhan yang memiliki kerajaan langit dan bumi, tidak ada Tuhan selain Dia, yang Maha Menghidup dan mematikan." (Surah Al-A`Raaf: 158)

Baginda mengajak manusia, yang pertama-tamanya mengabdikan diri hanya kepada Allah kerana ialah yang memberi kemerdekaan kepada manusia di dalam erti kata yang sebenar.

Oleh itu Rasulullah s.a.w. memulakan perjuangannya mengajak manusia kepada mengabdikan diri hanya kepada Allah Taala dengan mengajak kaum keluarganya dahulu yang berada di Makkah. Rasulullah s.a.w. mengajak mereka supaya membebaskan diri daripada belenggu jahiliyyah, meninggalkan sembahan kepada yang lain daripada Allah dan meninggalkan hukum dan cara hidup yang lain daripada syariat Allah Taala.

Walaupun Semenanjung Tanah Arab sebahagiannya telah diancam oleh dua kuasa besar pada masa itu, iaitu di Timur kerajaan Parsi dan di sebelah Barat Kerajaan Rom, Rasulullah s.a.w. tidak memulakan perjuangan mengumpulkan kabilah-kabilah Arab supaya bersatu dan berjuang menghadapi Parsi dan Rom untuk memerdekakan Semenanjung Tanah Arab, tetapi baginda melakukan perjuangan menentang jahiliyah Arab yang sebangsa dengan baginda yang menyembah selain daripada Allah Taala.

Inilah kemerdekaan yang diajar oleh Islam dan difahami oleh para sahabat r.a., generasi pertama umat Islam. Apabila Saad bin Abi Waqas r.a. mengutuskan Rab'ie bin Amar untuk menemui Rustam pemimpin besar Parsi, Rustam bertanyakan Rab'ie bin Amar, kerana apakah kedatangan orang-orang Islam dengan bala tentera. Kerajaan Parsi memberi jaminan akan membebaskan tanah Arab yang dijajahnya asalkan tentera Islam tidak mengancam mereka.

Tetapi Rab'ie bin Amar menjawab dengan tegas yang bermaksud: Allah membangkitkan kamu untuk mengeluarkan sesiapa yang mahu, daripada perhambaan kepada makhluk kepada perhambaan hanya kepada Allah, daripada kezaliman agama-agama selain daripada Islam kepada keadaan Islam dan daripada kesempitan dunia kepada keluasan dunia dan keluasan akhirat.

Itulah kemerdekaan Islam yang sebenar yang diperintahkan oleh Allah Taala, tanpa itu caranya maka tidak ada makna kemerdekaan. Kita melihat sendiri banyak negara di dunia ini termasuk negara kita yang keturunannya telah mencapai kemerdekaan tetapi budaya penjajah, amalan, akhlak dan peraturan-peraturan jahiliyah masih membelenggu mereka.

Yang bertukarnya ialah orangnya sahaja daripada penjajah yang berkulit Inggeris kepada penjajah yang berkulit sama dengan kita, dengan mereka sama-sama menyuruh kepada neraka jahanam dan menjauhkan kita daripada jalan yang dibawa oleh Rasulullah s.a.w.

Tidak ada kemerdekaan yang sebenar kecuali kita kembali kepada Islam. Selagi kita tidak kembali kepada Islam selagi itulah kita dijajah oleh berbagai-bagai kezaliman dan menjahanamkan kita dalam dunia dan akhirat.

Firman Allah Taala yang bermaksud:

"Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau (Muhammad) melihat manusia masuk kedalam agama Allah dengan berbondong-bondong. Maka bertasbihlah kamu dengan memuji Tuhan kamu, sesungguhnya Dia (Allah) maha menerima taubat." (Surah Al-Fath)

Selasa, 28 Ogos 2007

SELEMBAR BULU MATA

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang di adili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah. "Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian.

Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu."

"Inilah saksi-saksi itu,"ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi."
Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan."
Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium."
Bibir mengaku, "Saya yang merayu."
Lidah menambah, "Saya yang mengisap."
Tangan meneruskan, "Saya yang meraba dan meremas."
Kaki menyusul, "Saya yang dipakai lari ketika ketahuan."

"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat.

Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dijebloskan ke dalam jahanam. Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengh malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertobat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan tobat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke surga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk surga karena pertolongan selembar bulu mata."

Khamis, 9 Ogos 2007

Ringankan kepala layan lagu ni....



Jangan marah katok ye..........Hanya hiburan

Ringankan kepala layan lagu ni....

http://www.youtube.com/watch?v=bhdiMEe62x8

Jangan marah katok ye..........Hanya hiburan

Sabtu, 4 Ogos 2007

Nilai KasihSayang Bukan Dengan RM



Kekadang kita lupa siapa diri kita. Siapa yg membesarkan kita. Siapa yang menghabiskan wang ringgit beribu2 utk membesarkan kita.........Tiada tuntutan atas wangRinggit yg digunakan utk membesarkan kita.............

Kadang2, tanpa disedari, kita mengungkit apa yg kita berikan kepada ibubapa kita.....Insaflah! betapa pengorbanan ayah ibu tiada tolok bandingnya. Tiada matawang yg mampu membelinya hatta DOLAR aMERIKA sekalipun, hatta dengan emas sekalipun. Tiada balasan dipinta dari kita melainkan mereka ingin melihat kita berjaya dalam kehidupan, dan secebis doa dari anak yang soleh..........

Jumaat, 27 Julai 2007

hadis 10 an Nawawi

Hadis ke 10

Hadith 10 Arabic text

Maksudnya:

Dari Abu Hurairah r.a : Telah bersabda Rasulullah SAW : " Sesungguhnya Allah Ta'ala itu baik, dia tidak akan menerima melainkan yang baik sahaja. Dan sesungguhnya Allah telah memerintahkan kaum Mukminin sama sebagaimana Dia memerintahkan para Mursalin ( para Rasul ). Allah berfirman : ' Wahai para Rasul, makanlah dari yang baik-baik dan kerjakanlah amalan yang saleh. ' Dan Allah berfirman lagi : ' Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari makanan yang baik yang Kami berikan kepada kamu. ' Kemudian Rasulullah SAW mengisahkan tentang seorang lelaki yang telah belayar jauh. Rambutnya kusut, berdebu, mengangkat kedua belah tapak tangannya ke langit serta memohon : Ya Tuhanku ! Ya Tuhanku ! Sedangkan makanannya dari yang haram, minumannya dari yang haram dan pakaiannya dari yang haram, dan dia telah dikenyangkan dari sumber yang haram. Alangkah jauhnya dia ( doanya ) untuk dikabulkan. '

1. DEFINISI ‘TAYYIB’

Tayyib yang dimaksudkan dalam hadis ini ialah suci dan bersih dari segala keburukan pada amal dan harta benda.

2. ALLAH ITU BAIK, TIDAK DITERIMA MELAINKAN YANG BAIK

Allah bersifat dengan tayyib dan Dia tidak menerima sesuatu amalan hambanya melainkan yang baik. Contoh perkara baik seperti Amal soleh yang kita kerjakan, hendaklah dengan hati yang ikhlas. Sekiranya amalan itu disertai dengan riya takabbur, maka ia tidak dikira ‘tayyib’ lagi. Begitu juga dengan harta benda yang kita sedeqahkan, kalau ianya dari sumber yang haram, maka ia terkeluar daripada istilah ‘tayyib’.

3. ALLAH MEMERINTAHKAN ORANG BERIMAN DENGAN APA YANG DIPERINTAHKAN KEPADA PARA RASULNYA

Allah memerintahkan kita agar memakan makanan yang baik sebagaimana Dia memerintahkan para RasulNya memakan makanan yang halal dan baik.

4.ORANG YANG TIDAK DIPERKENANKAN DOANYA

Di akhir hadis ini menceritakan kisah orang yang tidak diperkenankan doanya. Si lelaki yang berdoa dalam keadaan kusut masai, berdebu tubuh badannya kerana lama dan jauh perjalanannya; dengan makanan, minuman dan pakaian yang haram, doanya tidak diterima oleh Allah walaupun dia berdoa bersungguh-sungguh.

5.PETUNJUK

  1. Orang beriman wajib memastikan makanan dan minuman, serta pakaiannya adalah halal. Ertinya ia baik dari sudut hukum, faedah dan khasiatnya. Bukan pada zat barang itu sahaja, bahkan dari sudut cara mendapatkannya iaitu melalui jalan dan usaha yang harus di sisi syarak.
  2. Perkara haram yang meliputi rezeki, pakaian, dan perbuatan kita menjadi penghalang daripada doa dimakbulkan Allah.

Wallahu a’lam…

Ibnuabbas/Hadis10/070905

Rabu, 11 Julai 2007

ubat batuk & selsema BAHAYA!!

UBAT BATUK DAN SELSEMA KITA RUPANYA MERBAHAYA KERANA BOLEH MENYEBABKAN
PENDARAHAN OTAK PENARIKAN SEMULA UBAT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE
(Mesej asal oleh Dato' Dr Jemilah Mahmood, Hospital Gleanagles)

Kepada Semua,

Luangkan masa untuk menghantar mesej ini atau mengedar risalah ini
kepada orang yang disayangi, keluarga dan rakan-rakan. Cetakkannya dan
letakkan di pejabat agar boleh dibaca oleh semua.

PERHATIAN!!! SILA BACA DENGAN TELITI DEMI ANAK-ANAK ANDA DAN ORANG LAIN
YANG ANDA KASIHI!

Kesemua ubat yang mengandungi PHENYLPROPANOLAMINE sedang ditarik balik.
Anda boleh menghubungi nombor 800 yang tersenarai di semua kotak ubat
dan bertanyakan tentang bayaran balik. Sila baca dengan TELITI, kerana
sesetengah daripada anda menggunakan ubat-ubat ini (salah satunya ialah
Alka Seltzer Plus). BERHENTI MENGAMBIL sebarang ubat yang mengandungi
PHENYLPROPANOLAMINE. Ia didapati berkait rapat dengan pertumbuhan
hemorrhagic stroke (pendarahan otak) di kalangan wanita berumur 18-49
dalam masa tiga hari selepas mengambilnya. Masalah tersebut belum
dikesan untuk lelaki, tetapi FDA menyarankan setiap orang (termasuk
kanak-kanak) mencari alternatif lain.

UBAT-UBATAN BERIKUT MENGANDUNGI PHENYLPROPANOLAMINE :

Acutrim Diet Gum Appetite Suppressant Plus Dietary Supplements Acutrim
Maximum Strength Appetite Control Alka-Seltzer Plus Children's Cold
Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold medicine (perasa ceri atau
oren) Alka-Seltzer Plus Cold ! Medicine Original Alka-Seltzer Plus Cold
& Cough Medicine Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Flu Medicine
Effervescent Alka-Seltzer Plus Cold & Sinus Effervescent Alka Seltzer
Plus Night-Time Cold Medicine Effervescent BC Allergy Sinus Cold Powder
BC Sinus Cold Powder Comtrex Deep Chest Cold & Congestion Relief
Comtrex
Flu Therapy & Fever Relief Day & Night Contac 12-Hour Cold Capsules
Contac 12 Hour Caplets Coricidin D Cold, Flu & Sinus Dexatrim Caffeine
Free Dexatrim Extended Duration Dexatrim Gelcaps Dexatrim Vitamin
C/Caffeine Free Dimetapp Cold & Allergy Chewable Tablets Dimetapp Cold
&
Cough Liqui-Gels Dimetapp DM Cold & Cough Elixir Dimetapp Elixir
Dimetapp 4 Hour Liquid Gels Dimetapp 4 Hour Tablets Dimetapp 12 Hour
Extentabs Tablets Naldecon DX Pediatric Drops Tavist-D 12 Hour Relief
of
Sinus & Nasal Congestion Triaminic DM Cough Relief Triaminic
Expectorant
Chest & Head Congestion Triaminic Syrup Cold & Allergy Triaminic
Triaminicol Cold & Cough

Adalah difahamkan pihak pengeluar Triaminic dengan secara sukarela
menarik semula ubatan berikut kerana mengandungi campuran yang
menyebabkan stroke dan serangan mengejut kepada kanak-kanak :

Orange 3D Cold & Allergy Cherry (merah jambu) 3D Cold & Cough Berry 3D
Cough Relief Yellow 3D Expectorant

Hubungi mereka di nombor 1-800-548-3708 dengan menyatakan nombor lot
pada kotak untuk membolehkan mereka menguruskan pemulangan ubat
tersebut
dan mereka akan memberikan bayaran balik kepada anda. Jika anda
mengenali sesiapa yang mempunyai anak kecil, SILA BERIKAN RISALAH INI.
INI ADALAH SESUATU YANG SERIUS. EDARKANNYA KEPADA SEMUA ORANG YANG ANDA
KENALI AGAR MEREKA BOLEH MENGAMBIL LANGKAH SEWAJARNYA UNTUK MENGELAK
TRAGEDI KEPADA KELUARGA MEREKA. Untuk memastikan maklumat ini, luangkan
masa untuk melawati laman web ini :http://www.fda.gov/cder/drug/infopage/ppa/default.htm

Isteri tercinta Zainoriah binti Jaffar, anak2 : Wan Danisyah, Wan Muhammad Danial dan Wan Dhia' Balqis. Kalian semua QUrratu A'yun, penyejuk hati. si saat diri ini keletihan balik drp bertugas, kalianlah ALLAH taqdirkan untuk membangkitkan semangat untuk terus berjuang!!terus dan terus berjuang........

Banyak dugaan yang melanda, aku serahkan pada ALLAH. Hanya Allah lah yang mampu mengubat hati ini dari segala penyakitnya.

Wahai Pembolak balik Hati, Kukuhkan hati-hati kami di atas jalan agamamMU dan di atas ketaatan kepadaMU.

Pengalaman demi pengalaman hidup kita lalui bersama, menjadi pedoman dan iktibar bagi kita mengharungi masa depan. Mudah2an kita dilindungi ALLAH dari keSESATan Dunia yang sementara dan fana' ini.

WALLAHU AL'LAM.


KELUARGA BAHAGIA


Apa makna Keluarga Bahagia pada anda? Adakah bahagia itu apabila keluarga anda mempunyai kereta, rumah, segala bentuk kebendaan?ataupun adakah bahagia itu apabila tiada sengketa dalam rumahtangga? atau bagaimana?

ada si isteri yang merungut kepada suaminya, "Sejak kita kawin, i tak pernah rase bahagia." Mungkin juga si isteri merujuk kepada masalah kewangan, atau masalah hubungan kelamin, atau lain.....

itulah yg lumrah berlaku kepada masyarakat.

Tapi soalnya, apa itu BAHAGIA di sisi ISLAM? Dalam sebuah hadis, daripada Saad bin Abi Waqqas dinyatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Kebahagiaan anak Adam itu ada tiga, manakala kecelakaannya juga ada tiga. Sesetengah daripada kebahagiaan anak Adam itu ialah isteri yang soleh, tempat tinggal yang baik dan kenderaan yang elok. Dan sebahagian kecelakaan manusia itu ialah isteri yang jahat, rumah yang buruk dan kenderaan yang buruk.” (Hadis riwayat Ahmad)

Hadis ini walaupun menyebutkan bahawa tanda bahagia itu ada pada tiga perkara yang kita nampak di mata kepala kita iaitu Rumah,Isteri dan Kenderaan yang baik. Lalu kalau orang yang mempunyai rumah besar, sudah tentu amat gembira bertemu dengan hadis ini kerana menyokong apa yang mereka ada. Kereta pun besar2, mercedes @BMW@ apa sahaja yang mewah. Bagaimana pula orang yang sangat bertaqwa kepada Allah, tetapi tidak ada semua tiga perkara yg telah disebutkan tadi?

Maka, ketahuilah di sana masih ada HAKIKAT yg mendalam tentang BAHAGIA yang SEBENAR. Orang yg dekat dengan Allah, hidupnya senantiasa berdamping dengan Allah sama ada dalam ibadah khusus mahupun ibadah umum seperti bekerja, makan minum, bergaul dan sebagainya, sudah tentu mereka juga bahagia. mana mungkin kita gelarkan mereka ini dengan gelaran CELAKA kalau pada kehidupan mereka ada tanda2 Bahagia yg hakiki? Lalu apabila kita menghimpunkan dua makna bahagia di atas, maka kesimpulannya ialah bahagia itu ada zahir dan batinnya, ada hakikatnya. Pada org awam, makna yg pertama tdilah lebih layak diberikan. apabila kehidupan manusia itu dirundung banyak musibah seperti kemiskinan, kerosakan hasil tanaman, kematian, orang akan kata bahawa dia itu tidak bahagia, sentiasa susah......

Kunci untuk mendapat BAHAGIA yg HAKIKI?
Belajarlah untuk REDHA terhadap ketentuan ALLAH, setiap ketentuan Allah. sama ada yg kecil mahupun besar. apabila seseorang memahami Hakikat KEHIDUPAN INI telah termaktub di Lauh Mahfuz, di dalam Rahim Ibu dan pada Ilmu ALLAH, maka tiada lagi kegelisahan, kerisauan, dukacita dll dalam hidup. setiap yg datang menimpa, pasti ada hikmahNYA sama ada yg tersembunyi, mahupun yg terlintas di benak.

Tanda orang beriman ialah Redha dgn Ketentuan Allah. Dalam satu hadis Qudsi yg bermaksud,
"Barangsiapa yang tidak redha dengan qadha'Ku, dan tidak bersyukur dengan pemberianKu, dan tidak sabar dengan ujianKu, maka carilah Tuhan selainKu."
Orang yg berfikir, sudah barang tentu tidak berani lagi untuk mempertikaikan atau menyalahkan taqdir ALLAH!!! Kerana perbuatan itu boleh mengundang binasanya Iman, rosaknya Aqidah yang murni.........

Justeru, marilah kita sama2 menjadi orang 2 yang mencari KeBAHAGIAAN HAKIKI!!

WALLAHU A'LAM

PuTeRiKu SaYaNg...

Sabtu, 7 Julai 2007

Antara Adab seorang Muslim

HADIS KE 15 drp Hadis 40 An Nawawi

1.Maksud Hadis

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu , sesungguhnya Rasululllah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkatalah perkara yang baik-baik atau hendaklah diam sahaja; dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah memuliakan jiran; dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamu.

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

2.Latarbelakang

Hadith ini mengandungi peraturan berkaitan lidah dan sikap seorang muslim terhadap sesama manusia , khususnya jiran. Ia mengajar kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita ucapkan.

Imam Haitami berpendapat hadis ini sangat menyerupai makna yang ada dalam hadis ke 13 iaitu “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya apa yang ia cintai bagi dirinya.”

3.Berkata Baik Atau Diam

Islam sentiasa menanjurkan kita bercakap perkara yang mendatangkan faedah kepada agama. Sekiranya kita tidak mampu berkata perkara yang baik, adalah lebih baik kita diam sahaja kerana kata alim ulama, Banyak bercakap banyaklah dosanya. Biasanya manusia ini cenderung kepada kata-kata umpatan, fitnah , keji mengeji dan seumpamanya. Kerana itulah Nabi hanya beri 2 pilihan kepada kita iaitu sama ada bercakap baik atau diam. Hadis ke 12 menyokong anjuran yang disebutkan ini iaitu yang bermaksud, “Daripada keelokan Islam seseorang itu ialah ia meninggalkan perkara yang tiada kaitan dengannya.”

4.Memuliakan Jiran

Jiran pada setengah pendapat ulama’ ialah orang yang tinggal di sekeliling kita sebanyak 40 buah rumah. Ia tidak terhad kepada orang muslim semata-mata bahkan meliputi sesiapa sahaja yang tinggal berhampiran kita di hadapan, di belakang, di kanan dan kiri.

Ulama’ menggariskan ada tiga kategori jiran. Ada jiran yang mempunyai 1 hak iaitu jiran yang bukan Islam dan bukan juga saudara mara kita. Ada jiran yang mempunyai 2 hak iaitu jiran yang muslim. Dan ada jiran yang mempunyai 3 hak iaitu jiran muslim yang ada pertalian darah atau saudara mara kita.

Rukun berjiran dijelaskan dalam Islam secara terperinci. Antaranya, kita hendaklah sentiasa melayan dan menghormati mereka, tidak menyakiti fizikal mahupun perasaan mereka. Kita tidak boleh mendirikan bangunan atau menanam tanaman yang memasuki sempadan tanah mereka. Hatta air hujan dari atap kita tidak boleh jatuh ke dalam tanah mereka. Apabila sakit atau meninggal, hendaklah diziarahi. Apabila diminta pertolongan hendaklah membantu mereka.

5.Memuliakan Tetamu

Tetamu adalah orang yang bertandang ke rumah kita tidak kira siapa mereka sama ada saudara mara mahupun sahabat handai. Tidak kira sama ada miskin ataupun kaya, tidak kira tua ataupun muda.

Tetamu mempunyai hak bertamu selama 3 hari berturut-turut. Kita hendaklah memenuhi keperluan mereka selama bertamu itu seperti tempat tidur dan makan minum mereka.

6.Kesimpulan

Hadis ini mengajar kita tingkah laku sebagai orang yang beriman, dan sekiranya diamalkan dengan sempurna, ia akan mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni, berkasih sayang dan bekerjasama. Tidak timbul lagi masalah umpat mengumpat, fitnah memfitnah, keji mengeji, sakit menyakiti antara satu sama lain.

Wallahu a’lam.

HADIS KE 15 drp Hadis 40 An Nawawi

1.Maksud Hadis

Daripada Abu Hurairah radhiallahu anhu , sesungguhnya Rasululllah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka berkatalah perkara yang baik-baik atau hendaklah diam sahaja; dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka hendaklah memuliakan jiran; dan barangsiapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat, maka hendaklah memuliakan tetamu.

(Riwayat Al Bukhari dan Muslim)

2.Latarbelakang

Hadith ini mengandungi peraturan berkaitan lidah dan sikap seorang muslim terhadap sesama manusia , khususnya jiran. Ia mengajar kita bertanggungjawab terhadap apa yang kita ucapkan.

Imam Haitami berpendapat hadis ini sangat menyerupai makna yang ada dalam hadis ke 13 iaitu “Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu sehingga ia mencintai bagi saudaranya apa yang ia cintai bagi dirinya.”

3.Berkata Baik Atau Diam

Islam sentiasa menanjurkan kita bercakap perkara yang mendatangkan faedah kepada agama. Sekiranya kita tidak mampu berkata perkara yang baik, adalah lebih baik kita diam sahaja kerana kata alim ulama, Banyak bercakap banyaklah dosanya. Biasanya manusia ini cenderung kepada kata-kata umpatan, fitnah , keji mengeji dan seumpamanya. Kerana itulah Nabi hanya beri 2 pilihan kepada kita iaitu sama ada bercakap baik atau diam. Hadis ke 12 menyokong anjuran yang disebutkan ini iaitu yang bermaksud, “Daripada keelokan Islam seseorang itu ialah ia meninggalkan perkara yang tiada kaitan dengannya.”

4.Memuliakan Jiran

Jiran pada setengah pendapat ulama’ ialah orang yang tinggal di sekeliling kita sebanyak 40 buah rumah. Ia tidak terhad kepada orang muslim semata-mata bahkan meliputi sesiapa sahaja yang tinggal berhampiran kita di hadapan, di belakang, di kanan dan kiri.

Ulama’ menggariskan ada tiga kategori jiran. Ada jiran yang mempunyai 1 hak iaitu jiran yang bukan Islam dan bukan juga saudara mara kita. Ada jiran yang mempunyai 2 hak iaitu jiran yang muslim. Dan ada jiran yang mempunyai 3 hak iaitu jiran muslim yang ada pertalian darah atau saudara mara kita.

Rukun berjiran dijelaskan dalam Islam secara terperinci. Antaranya, kita hendaklah sentiasa melayan dan menghormati mereka, tidak menyakiti fizikal mahupun perasaan mereka. Kita tidak boleh mendirikan bangunan atau menanam tanaman yang memasuki sempadan tanah mereka. Hatta air hujan dari atap kita tidak boleh jatuh ke dalam tanah mereka. Apabila sakit atau meninggal, hendaklah diziarahi. Apabila diminta pertolongan hendaklah membantu mereka.

5.Memuliakan Tetamu

Tetamu adalah orang yang bertandang ke rumah kita tidak kira siapa mereka sama ada saudara mara mahupun sahabat handai. Tidak kira sama ada miskin ataupun kaya, tidak kira tua ataupun muda.

Tetamu mempunyai hak bertamu selama 3 hari berturut-turut. Kita hendaklah memenuhi keperluan mereka selama bertamu itu seperti tempat tidur dan makan minum mereka.

6.Kesimpulan

Hadis ini mengajar kita tingkah laku sebagai orang yang beriman, dan sekiranya diamalkan dengan sempurna, ia akan mewujudkan suasana masyarakat yang harmoni, berkasih sayang dan bekerjasama. Tidak timbul lagi masalah umpat mengumpat, fitnah memfitnah, keji mengeji, sakit menyakiti antara satu sama lain.

Wallahu a’lam.

YouTube - Ar Ruhul Jadid - Ruhul Jadid

YouTube - Ar Ruhul Jadid - Ruhul Jadid

YouTube - Ar Ruhul Jadid - Ruhul Jadid

YouTube - Ar Ruhul Jadid - Ruhul Jadid

Semangat Baru!!

Ar Ruhul Jadid

Arruhul jadid fi jasadil ummah
Hai mujahid luluh lantakkan jiwa pendosa

Kami petualang mencari kebenaran
Mencari makna serta hakikat manusia
Kami berjuang menegakkan kehormatan
Hidup mulia atau mati sebagai syuhada

Kami berbekal alquran hakiki
Meneruskan cita dan risalah para nabi
Kami sandang julukan generasi ghuraba
Biar saatnya datang kami pimpin dunia

Kami semangat baru siap maju hancur semua musuh
Kami tentara Alloh siap korbankan harta bahkan jiwa

Kami serahkan semua hidup pada Alloh
Kami tekadkan tuk ikuti rasulullah
Usung panji ilahi iman kuat membaja
Hadapi tirani bebaskan umat dunia

Jumaat, 6 Julai 2007

Usratunaa...


Permata Hati Kami


Ni Wan Muhammad Danial . Kuat Merajuk, tapi manja. Sikapnya 'dependent' sikit.

Salam Perkenalan..

Assalamu'alaikum warahmatullah....
Hidup ini tidak sempurna tanpa keluarga-anak dan isteri terCINTA. Sesungguhnya Anak Isteri merupakan anugerah dan amanah Allah yang tidak ternilai buat manusia atas mukabumi yang fana' ini. HARGAILAH KELUARGAMU.