Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label santai. Papar semua catatan

Selasa, 17 November 2009

PEJABAT POS BANGLADESH

Yang ni bukan sedara saya, bukan kenalan saya, tapi dia seorang Master Post di Bangladesh.

Dunia semakin maju, dah berubah, tetapi pejabat pos di pedalaman Bangladesh masih di takuk lama.
Sejak telefon bimbit masuk ke Bangladesh, masyarakat semakin melupakan pejabat pos. Mereka gantikan surat dengan sms.

Ini kisahnya;

SEPERTI pagi sebelumnya, Chunnu Biswas membuka pejabat pos kecil dua bilik yang hanya berbumbungkan zink tanpa sebarang surat untuk dihantar.

Hari itu merupakan hari keempat posmen yang berumur 45 tahun yang berasal dari Chowgachi, iaitu sebuah kampung yang terletak di barat Bangladesh, tidak mempunyai urusan jual-beli kecuali melihat habuk yang semakin tebal di meja memproses surat.

"Penduduk kampung hanya datang untuk berbual bukannya menghantar surat. Hanya beberapa lelaki warga emas menulis surat, manakala selebihnya menggunakan telefon bimbit untuk berbual dan menghantar Khidmat Pesanan Ringkas (SMS)," katanya.

Sebagai kakitangan kerajaan, kerjaya Biswas mungkin selamat ketika ini, bagaimanapun penggunaan telefon bimbit yang semakin meningkat membuatkan masa depannya dan 40,000 posmen lain tidak menentu.

Pengarah Besar Pejabat Pos di Dhaka, Bangladesh, Mohasherus Rahman mengakui beliau juga bimbang dengan survival organisasi tempatnya bekerja yang wujud sejak era kolonial British itu.

"Jabatan Pos kini berdepan dengan cabaran yang paling hebat sepanjang 150 tahun perkhidmatannya. Dalam tempoh sedekad lalu, kami menghantar 240 juta pucuk surat, bagaimanapun jumlah tersebut berkurangan kepada 200 juta lima tahun lalu dan tahun lalu kami hanya menghantar 150 juta pucuk surat.

"Kecuali pada masa-masa tertentu, rakyat Bangladesh seolah-olah terlupa seni menulis surat. Telefon bimbit ada di mana-mana dan sangat murah. Mereka lebih gemar membuat panggilan atau menghantar mesej."

Sekurang-kurangnya terdapat 10,000 pejabat pos di Bangladesh terutama di kawasan pedalaman. Namun, menurut Rahman, kebanyakan pejabat pos tersebut menerima penghantaran surat yang sedikit dan mungkin akan ditutup dalam tempoh beberapa bulan. Semuanya gara-gara telefon bimbit.

Kemerosotan penghantaran surat yang drastik memaksa pihak berkuasa untuk menukar fungsi pejabat pos dan tentera penghantar surat iaitu lelaki berseluar khaki yang membawa surat ke kawasan-kawasan terpencil.

Negara yang serba daif itu dengan populasi berjumlah 144 juta orang hanya mempunyai 1.5 juta buah telefon bimbit pada 2003. Bagaimanapun, pada bulan lalu jumlah itu meningkat kepada 50 juta.

Kiriman wang

Angka tersebut dijangka meningkat dua kali ganda menjelang 2015. Ini berikutan kiriman wang daripada rakyat Bangladesh yang bekerja di luar negara dan pertumbuhan eksport dagangan yang berganda.

Lonjakan penggunaan telefon bimbit turut memberi impak besar terhadap kos panggilan dalam negara dari tujuh taka (RM0.35) seminit pada 2003, sekali gus memudahkan golongan miskin untuk berkomunikasi dengan saudara-mara mereka yang tinggal di kampung atau bandar-bandar lain.

Kesan penggunaan e-mel juga memberi ancaman kepada perkhidmatan pos walaupun komputer masih jarang digunakan di bandar dan di kawasan pedalaman.

Rahman berkata, dengan kerugian yang dialami oleh Jabatan Pos sebanyak AS$22 juta (RM75.2 juta) tahun lalu, perkhidmatan tersebut perlu dirombak bagi membolehkan posmen mempunyai kerja.

Sebelum ini, jabatan tersebut telah menandatangani satu perjanjian dengan 16 buah bank swasta untuk urusan penghantaran ke kawasan-kawasan yang tidak mempunyai cawangan bank tersebut.

Perjanjian tersebut melibatkan syarikat pemindahan gergasi Western Union untuk menghantar kiriman wang ke 500 buah pejabat pos.

"Kita juga akan cuba memperluaskan perkhidmatan penghantaran surat ekspres untuk menyaingi syarikat penghantaran swasta dalam penghantaran surat rasmi dan bungkusan," kata Rahman.

Ketua Ekonomi dan Analisis Institut Pembangunan Pengajian Bangladesh, Zaid Bakht berkata, pejabat pos perlu memaksimumkan penggunaan struktur tradisi.

"Tiada organisasi di Bangladesh yang mempunyai rangkaian hubungan komprehensif seperti pejabat pos. Sepatutnya ia menggunakan sepenuhnya kekuatan yang ada," kata beliau.

Rahman mempunyai satu lagi perancangan untuk menjadikan Ketua Pegawai Pos Biswas dan rakan-rakannya mendapat keuntungan dalam menjalankan tugas melalui satu pertandingan menulis surat peringkat kebangsaan.

"Kita akan melancarkan pertandingan menulis surat kepada kawan, anak perempuan kepada ibunya, anak lelaki kepada bapanya.

"Kita tidak akan kehilangan hobi manusia yang suka menulis surat yang saya fikirkan sebagai satu bentuk seni yang terlalu indah," katanya. - AFP

.............................

Petikan Kosmo 17 November.

Rabu, 6 Mei 2009

PERTANDINGAN TAJI AYAM

Isnin, 23 Mac 2009

CATATAN PERJALANAN BUKIT GANTANG GELOMBANG PERTAMA

Gamba bahagian depan Masjid Tanah Rata, Cameron Highland. Air Paip punyalah sejuk macam dalam peti ais!!

Berhenti sekejap di Pasar Malam Tanah Rata, Cameron Highland.

Ni antara lalat yang ambe tebah waktu makan di perjalanan ke Tanah Rata. Punyalah banyak lalat, tak henti2 halau lalat. Tak senang dibuatnya... Harapnya, Itulah kali pertama dan terakhir mabe singgah kedai makan tu...

Buah2an labu pelik di Pasar Malam Tanah Rata.
Strawberi Tanah Rata, dijual dengan harga RM5 satu paket. Ni yang buah besar2. Kalau yg kecil2, dijual 3 paket RM10.


Ni 'time' perjalanan keluar dari Tanah Rata ke jalan utama Gua Musang semula. Dah senja...


Waktu habis solat Jumaat di Masjid Abu Bakar di Simpang, Changkat Jering. Kelihatan Dato' Ghazali Losong, yg pernah menjadi pimpinan Pas suatu ketika dahulu. Teringat kengkawan ada yang panggil Abuya, dan ada yang panggil Abuyik kat dia. Jadi tunggangan Umno...


Buah2an di Hentian Bukit Gantang waktu berhenti rehat dalam perjalanan ke Perak.


Ni 2 keping gambar sahaja sempat diambil di Hentian Bukit Gantang. Ambe memang tak pernah berhenti di sini. Memang suatu pengalaman yang baru. Ambe tak pernah jumpa hentian di lebuh raya yang buka gerai buah sebanyak di sini. Buah durian pun ada tapi harganya mak oi....mahal!!! sekilo RM12!!

Ahad, 15 Februari 2009

Selasa, 7 Oktober 2008

MENCARI JODOH

NI ADA KAWAN KIRIMKAN BIODATA DAN GAMBAR SEORANG GADIS YANG DESPERATE NAK CARI JODOHNYA....

Abg,
Ika seganla. Dah la kita tak lawa. Biodata ika ada kat bawah. Kalau betul ada kawan-kawan abg ikhlas nak berkenalan dengan ika, diorang kena terima ika seadanya tau. Maklumlah, ika ni orang kampong. Diorang pun kena faham dengan kerja ika. Ika ni peramugari, so selalu outstation. Ika tak kisah paras rupa, yang penting ikhlas dan SETIA. Ika tak suka womanizer dan lelaki hidung belang. Sapa2 yang minat ikhlas nak kawan ngan ika abg suruhla diorg add YM ika yea….

Nama: Nursharifah Intan Zulaikha Bt Zulyahya

Nama Panggilan: Ika

Umur: 23tahun


Skin: Sowo Matang


Kening: Lentik Sedikit

Rambut: Hitam (xsuke kaler2 rambut)


Alamat: Seksyen 17 Shah Alam, Selangor


Pekerjaan: Peramug
ari

Hobi: Shopping, Tengok Wayang, Clubbing


Favorite Drink: Soya Campor Cincau, Cappucino


Favorite Food: Seafood, Spaghetti, Pizza Hut, Budu

Email:
ika_cute@yahoo.com.my

p/s: sebarang pertanyaan sila ema il saya.gmbr saya sertakan dibawah..






Selasa, 6 Mei 2008

HAI...

Sabtu, 19 April 2008

MENARI SAMBIL MENANGIS

Ahad, 6 April 2008

MANFAAT KENTUT

Jangan cuba aksi ini di rumah.
Don't do this at home.



Jangan marah. suke, suke aje...

Isnin, 31 Mac 2008

PROTON BARU-MPV LAGENDA


Terjumpa dalam internet duk tengah surfing. Cantik kan? Aie, kalu ada duit, x sabar nak tukar. Maklumlah anak makin lama makin ramai....

Ahad, 30 Mac 2008

BANTAL BUCHUK DANIAL


Anak kedua ambe ni x boleh berpisah dengan bantal buchuknya waktu tidur. Pernah isteriku sembunyikan bantalnya, menangis2 dia tak boleh tidur. Kata isteriku, rasa nak bakar aje bantal buchuk tu. Ambe cadangkan agar sapu lah apa2 yg kurang menyenangkan pada hujung bantal supaya bila dia gigit hujung bantal tu, mudah2an tak suka lagi pada bantal buchuknye. Setakat ni Danial masih lagi tidur dengan bantal buchuknya.

Ahad, 23 Mac 2008

MR BEAN DAPAT ANAK


Ni gambar kiriman kengkawan melalui email. SEBIJIK MACAM AYAHNYA....HE,HE,HE...JANGAN MARAH............

Sabtu, 22 Mac 2008

HADIAH HARILAHIR DANIAL



Ni hadiah sempena ulangtahun kelahiran Wan Muhammad Danial. Kereta remote control 32 MHz pakai bateri. Tahun lepas dah pernah beli. tak dan 2,3 hari dah rosak sebab Danial 'mandi'kan keretanya. Kali ni, Aku siap pesan supaya jangan bawa mandi, jangan basuh, jangan cabut tayar macam dia buat dulu. Alhamdulillah dia faham tapi aku lupa pesan jangan usik antenna remote control sebab dulu dia sempat nak rosakkan antenna kereta....akibatnya, kereta kali ni rosak juga sebab antennanya sensitif sampai tercabut....

Isnin, 17 Mac 2008

REAL KUNG FU SOCCER

v

Ahad, 16 Mac 2008

HARI LAHIR DANIAL


Pada 14 Mac yang lalu, anakku Wan Muhammad Danial sambut ulangtahun kelahirannya ke 4. Sebenarnya sudah lama isteriku minta aku membeli kek untuk Danial, tapi disebabkan kesibukan Pasca Pilihanraya ke 12 baru-baru ini, aku hanya berpeluang membelikannya kek pada hari ini(16 mac ).

Mengimbas kembali tarikh kelahiran Danial, 14 Mac mudah aku ingat berbanding tarikh kelahiran anak2 lain kerana Danial lahir seminggu sebelum Pilihanraya ke 11(2004). Ulangtahun kali ini pula seminggu(lebih kurang) selepas pilihanraya ke 12 pada 8 Mac yang lalu. Barangkali Danial akan menyambut ulangtahunnya ke 8 berkebetulan musim pilihanraya umum ke 13 pada tahun 2012 nanti.

Kakaknya Danisyah tidak sabar2 nak sambut harilahir adiknya. KakLong sentiasa mengingatkan aku agar membelikan kek untuk Danial. Sebaik sahaja aku berhentikan kereta, cepat2 KakLong keluar kereta menuju ke Kedai Kek untuk memilih kek buat adiknya.

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANGTAHUN KELAHIRAN YANG KE 4 BUAT WAN MUHAMMAD DANIAL BIN WAN MOHD FAIZUL...

Jumaat, 25 Januari 2008

KERANA DIA MANUSIA BIASA

Renungan buat yang sedang mencari pasangan hidup ataupun yang sedang mengemudi bahtera rumah tangga..
Mengapa? Kerana Dia Manusia Biasa ......

Kerana Dia Manusia Biasa ..

Setiap kali ada sahabat yang ingin menikah, saya selalu mengajukan pertanyaan yang sama. Kenapa kamu memilih dia sebagai suami/isterimu? Jawabannya ada bermacam-macam. Bermula dengan jawaban kerana Allah hinggalah jawaban duniawi.

Tapi ada satu jawaban yang sangat menyentuh di hati saya. Hingga saat ini saya masih ingat setiap detail percakapannya. Jawaban dari salah seorang teman yang baru saja menikah. Proses menuju pernikahannya sungguh ajaib. Mereka hanya berkenalan 2 bulan. Kemudian membuat keputusan menikah. Persiapan pernikahan mereka hanya dilakukan dalam waktu sebulan saja. Kalau dia seorang akhwat, saya tidak hairan. Proses pernikahan seperti ini selalu dilakukan. Dia bukanlah akhwat, sebagaimana saya. Satu hal yang pasti, dia jenis wanita yang sangat berhati-hati dalam memilih suami.

Trauma dikhianati lelaki membuat dirinya sukar untuk membuka hati. Ketika dia memberitahu akan menikah, saya tidak menganggapnya serius. Mereka berdua baru kenal sebulan. Tapi saya berdoa, semoga ucapannya menjadi kenyataan. Saya tidak ingin melihatnya menangis lagi.

Sebulan kemudian dia menemui saya. Dia menyebutkan tarikh pernikahannya. Serta meminta saya untuk memohon cuti, agar dapat menemaninya semasa majlis pernikahan. Begitu banyak pertanyaan dikepala saya. Sebenarnya....!!!

Saya ingin tau, kenapa dia begitu mudah menerima lelaki itu. Ada apakah gerangan? Tentu suatu hal yang istimewa. Hingga dia boleh memutuskan untuk bernikah secepat ini. Tapi sayang, saya sedang sibuk ketika itu (benar-benar sibuk).

Saya tidak dapat membantunya mempersiapkan keperluan pernikahan. Beberapa kali dia menelefon saya untuk meminta pendapat tentang beberapa perkara. Beberapa kali saya telefon dia untuk menanyakan perkembangan persiapan pernikahannya. That's all......Kami tenggelam dalam kesibukan masing-masing.

Saya menggambil cuti 2 hari sebelum pernikahannya. Selama cuti itu saya memutuskan untuk menginap dirumahnya.

Pukul 11 malam sehari sebelum pernikahannya, baru kami dapat berbual -hanya- berdua. Hiruk pikuk persiapan akad nikah besok pagi, sungguh membelenggu kami. Pada awalnya kami ingin berbual tentang banyak hal.

Akhirnya, dapat juga kami berbual berdua. Ada banyak hal yang ingin saya tanyakan. Dia juga ingin bercerita banyak perkara kepada saya. Beberapa kali Mamanya mengetok pintu, meminta kami tidur.

"Aku tak boleh tidur." Dia memandang saya dengan wajah bersahaja. Saya faham keadaanya ketika ini.

"Matikan saja lampunya, biar disangka kita dah tidur."

"Ya.. ya." Dia mematikan lampu neon bilik dan menggantinya dengan lampu yang samar. Kami meneruskan perbualan secara berbisik-bisik.

Suatu hal yang sudah lama sekali tidak kami lakukan. Kami berbual banyak perkara, tentang masa lalu dan impian-impian kami. Wajah keriangannya nampak jelas dalam kesamaran. Memunculkan aura cinta yang menerangi bilik ketika itu. Hingga akhirnya terlontar juga sebuah pertanyaan yang selama ini saya pendamkan.

"Kenapa kamu memilih dia?" Dia tersenyum simpul lalu bangkit dari baringnya sambil meraih HP dibawah bantalku. Perlahan dia membuka laci meja hiasnya. Dengan bantuan lampu LCD HP dia mengais lembaran kertas didalamnya.

Perlahan dia menutup laci kembali lalu menyerahkan sekeping envelop kepada saya. Saya menerima HP dari tangannya. Envelop putih panjang dengan cop surat syarikat tempat calon suaminya bekerja. Apa ni. Saya melihatnya tanpa mengerti. Eeh..., dia malah ketawa geli hati.

"Buka aja." Sebuah kertas saya tarik keluar. Kertas putih bersaiz A4, saya melihat warnanya putih. Hehehehehehe........

"Teruknya dia ni." Saya menggeleng-gelengkan kepala sambil menahan senyum. Sementara dia cuma ketawa melihat ekspresi saya. Saya mula membacanya.Saya membaca satu kalimat diatas, dibarisan paling atas. Dan sampai saat inipun saya masih hafal dengan kata-katanya. Begini isi surat itu…......


****************************************************************************************************************************************************************************
Kepada Yth .........

Calon isteri saya, calon ibu anak-anak saya, calon menantu Ibu saya dan calon kakak buat adik-adik saya

Assalamu'alaikum Wr Wb

Mohon maaf kalau anda tidak berkenan. Tapi saya mohon bacalah surat ini hingga akhir. Baru kemudian silakan dibuang atau dibakar, tapi saya mohon, bacalah dulu sampai selesai.

Saya, yang bernama ............... menginginkan anda ............... untuk menjadi isteri saya. Saya bukan siapa-siapa. Saya hanya manusia biasa. Buat masa ini saya mempunyai pekerjaan.

Tetapi saya tidak tahu apakah kemudiannya saya akan tetap bekerja. Tapi yang pasti saya akan berusaha mendapatkan rezeki untuk mencukupi keperluan isteri dan anak-anakku kelak.

Saya memang masih menyewa rumah. Dan saya tidak tahu apakah kemudiannya akan terus menyewa selamannya. Yang pasti, saya akan tetap berusaha agar isteri dan anak-anak saya tidak kepanasan dan tidak kehujanan.

Saya hanyalah manusia biasa, yang punya banyak kelemahan dan beberapa kelebihan. Saya menginginkan anda untuk mendampingi saya. Untuk menutupi kelemahan saya dan mengendalikan kelebihan saya. Saya hanya manusia biasa. Cinta saya juga biasa saja.

Oleh kerana itu. Saya menginginkan anda supaya membantu saya memupuk dan merawat cinta ini, agar menjadi luar biasa.

Saya tidak tahu apakah kita nanti dapat bersama-sama sampai mati. Kerana saya tidak tahu suratan jodoh saya. Yang pasti saya akan berusaha sekuat tenaga menjadi suami dan ayah yang baik.

Kenapa saya memilih anda? Sampai saat ini saya tidak tahu kenapa saya memilih anda. Saya sudah sholat istiqarah berkali-kali, dan saya semakin mantap memilih anda.

Yang saya tahu, Saya memilih anda kerana Allah. Dan yang pasti, saya menikah untuk menyempurnakan agama saya, juga sunnah Rasulullah. Saya tidak berani menjanjikan apa-apa, saya hanya berusaha sekuat mungkin menjadi lebih baik dari sekarang ini.

Saya memohon anda sholat istiqarah dulu sebelum memberi jawaban pada saya. Saya beri masa minima 1 minggu, maksima 1 bulan. Semoga Allah ridho dengan jalan yang kita tempuh ini. Amin

Wassalamu'alaikum Wr Wb


***************************************************************************************
Saya memandang surat itu lama. Berkali-kali saya membacanya. Baru kali ini saya membaca surat 'lamaran' yang begitu indah.

Sederhana, jujur dan realistik. Tanpa janji-janji yang melambung dan kata yang berbunga-bunga. Surat cinta biasa.

Saya menatap sahabat disamping saya. Dia menatap saya dengan senyum tertahan.

"Kenapa kamu memilih dia......?"

"Kerana dia manusia biasa......." Dia menjawab mantap. "Dia sedar bahawa dia manusia biasa. Dia masih punya Allah yang mengatur hidupnya.

Yang aku tahu dia akan selalu berusaha tapi dia tidak menjanjikan apa-apa. Soalnya dia tidak tahu, apa yang akan terjadi pada kami kemudian hari. Entah kenapa, justru itu memberikan kesenangan tersendiri buat aku."

"Maksudnya?"

"Dunia ini fana. Apa yang kita punya hari ini belum tentu besok masih ada. betuI tak? Paling tidak.... Aku tau bahawa dia tidak akan frust kalau suatu masa nanti kami jadi miskin.

"Ssttt......." Saya menutup mulutnya. Khuatir kalu ada yang tau kami belum tidur. Terdiam kami memasang telinga.

Sunyi. Suara jengkering terdengar nyaring diluar tembok. Kami saling berpandangan lalu gelak sambil menutup mulut masing-masing.

"Udah tidur. Besok kamu mengantuk, aku pula yang dimarahi Mama." Kami kembali berbaring. Tapi mata ini tidak boleh pejam. Percakapan kami tadi masih terngiang terus ditelinga saya.

"Gik.....?"

"Tidur...... Dah malam." Saya menjawab tanpa menoleh padanya. Saya ingin dia tidur, agar dia kelihatan cantik besok pagi. Rasa mengantuk saya telah hilang, rasanya tidak akan tidur semalaman ini.

Satu lagi pelajaran dari pernikahan saya peroleh hari itu. Ketika manusia sedar dengan kemanusiannya. Sedar bahawa ada hal lain yang mengatur segala kehidupannya. Begitu juga dengan sebuah pernikahan. Suratan jodoh sudah terpahat sejak ruh ditiupkan dalam rahim. Tidak ada seorang pun yang tahu bagaimana dan berapa lama pernikahannya kelak.

Lalu menjadikan proses menuju pernikahan bukanlah sebagai beban tetapi sebuah 'proses usaha'. Betapa indah bila proses menuju pernikahan mengabaikan harta, tahta dan 'nama'.

Status diri yang selama ini melekat dan dibanggakan (aku anak orang ini/itu), ditanggalkan.

Ketika segala yang 'melekat' pada diri bukanlah dijadikan pertimbangan yang utama. Pernikahan hanya dilandasi kerana Allah semata. Diniatkan untuk ibadah. Menyerahkan segalanya pada Allah yang membuat senarionya.

Maka semua menjadi indah.

Hanya Allah yang mampu menggerakkan hati setiap HambaNYA. Hanya Allah yang mampu memudahkan segala urusan. Hanya Allah yang mampu menyegerakan sebuah pernikahan.

Kita hanya boleh memohon keridhoan Allah. MemintaNYA mengurniakan barokah dalam sebuah pernikahan. Hanya Allah jua yang akan menjaga ketenangan dan kemantapan untuk menikah.
Jadi, bagaimana dengan cinta?

Ibu saya pernah berkata, Cinta itu proses. Proses dari ada, menjadi hadir, lalu tumbuh, kemudian merawatnya.

Agar cinta itu dapat bersemi dengan indah menaungi dua insan dalam pernikahan yang suci. Cinta tumbuh kerana suami/isteri (belahan jiwa).

Cinta paling halal dan suci. Cinta dua manusia biasa, yang berusaha menggabungkannya agar menjadi cinta yang luar biasa. Amin.

Wallahu 'alam

Sabtu, 20 Oktober 2007