Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label teknologi. Papar semua catatan

Ahad, 13 Julai 2008

SELAMAT TINGGAL LAP TOP











Gambar2 di atas kiriman rakan email. Ia merupakan teknologi komputer yang bakal menggantikan lap top. Pengguna hanya perlu membawa alat seakan pen sahaja untuk menggunakannya. Papan kekunci akan dipancarkan secara maya @ hologram untuk ditekan. Skrin juga dipancarkan secara maya.

Isnin, 16 Jun 2008

BMW GINA

Selasa, 8 April 2008

SEJARAH TELEFON BIMBITKU

Telefon bimbit menjadi satu keperluan sekarang. 10 tahun dulu, ia dianggap suatu alat untuk brmewah dan menjadi kemegahan orang yang berduit. Tapi zaman itu telah berlalu. Kini, orang yang tiada hp dianggap ketinggalan zaman. Susah untuk berhubung antara satu sama lain tanpa hp. Urusan menjadi semakin pantas dengan adanya hp. Ada orang buat pengakuan tidak boleh hidup tanpa hp.
Sejarah aku guna hp bermula selepas tamat belajar u. waktu belajar u, memang dah ada kengkawan pakai hp tapi aku org miskin, tak mampu pakai hp. Sebaik sahaja grad, hp pertamaku ialah Nokia 3210.

Aku pun tak ingat sampai bila aku guna 3210. Tapi yg pasti ia memang lasak. Jatuh macam mana pun, alhamdulillah tak rosak. Nilai lasaknya 3210 hanya dirasai apabila model itu tidak dikeluarkan lagi. Banyak 3210 second hand di kedai2 hp dijual dengan harga yg tidak jatuh, walaupun harga hp secong hand jenama lain merudum.
HP keduaku ialah jenis 3310. Nokia juga...Aku cukup setia dengan nokia sebab ia mudah dkendalikan selain rekabentuknya yg menggamit qalbu. Human Technology la katakan...Human friendly, dan ntah apa2 lagi la...

Yang ni pun boleh tahan juga lasaknya. Satu hari sedang aku naik basikal ke kedai runcit, hp ku jatuh dari poket, lalu dipenyek oleh sebuah lori yg lalu bertentangan arah. Ingatkan dah hancur, bila ambil, rupanya boleh pakai lagi. Tapi sayang hayatnya tak lama. Maklumlah dah ada kesan xsiden....

Tahun 2004, kerajaan negeri bagi hp free untuk pegawai tadbir negeri. semua dapat... Jenisnya Communicator 9210. Apa lagi, bergaya dengan communicator la jawabnya. ke mana2 bawak communicator. pergi kuliah maghrib pun bawak. Siap taip isi kuliah lagi..Cukup bermanfaat. masuk mesyuarat pun dah tak pakai pen lagi. Terus taip dlm hp. bila masuk pejabat, terus boleh print draft minit. Tapi hayat hp ni pun tak lama jugak sebab anak selalu buat macam barang mainan. terkena air susunya, terus rosak skrin. takde gambar. hantar 'klinik', tukar kabel pun, tak guna jugak. last2 jual timbang kilo je. RM 50 je.....He, he....Jangan marah ye Derih.

Masa tu, aku dah ada Sony ericcson model pertama yg ada kamera. Asal harganya rm1100 kal tak silap. kemudian turun jadi rm800. Sekarang merudum jadi 300-400 je rasanye. Bila dah dapat communicator, aku hadiahkan pada isteriku. Bukan main suka lagi sebab boleh ambil gambar sana sini. Cuma kelemahannya, tak boleh nak infra red atau bluetooth kan gambar ke model nokia. Sony Ericcson ni aku pakai kalau tak silap tahun 2003 lagi.

Sekarang ni, communicator dah takde, sony ericsson isteri pun dah rosak sebab anak bongsu buang ikut tingkap bilik, kena hujan semalaman. Aku pakai Nokia termurah iaitu model ini. Aku pun lupa kod model apa. Casing /housing dah tukar 2 kali tu. keypad cepat seasoned. dah x nampak nombor. sudah nak tekan mana satu...

Sabtu, 5 April 2008

4 PERKARA MUNGKIN ANDA TIDAK TAHU BERKENAAN DENGAN TELEFON BIMBIT


1.Sekiranya anda dalam kecemasan, sedangkan 'network' tidak ada di kawasan anda, cuba dail 112. Hp anda akan cari 'network' berdekatan agar anda boleh menghubungi nombor kecemasan. Yang lebih menariknya, nombor 112 boleh ditaip walaupun dalam keadaan 'keypad' terkunci.

2.Kalau kunci kereta anda tertinggal dalam kereta, dan ada kunci 'spare' di rumah, cuba telefon sesiapa yang ada di rumah, kemudian minta dia tekan 'unlock' kereta dihalakan kepada telefon atau hp nya, dalam masa yang sama kita berada satu kaki daripada kereta sambil menghalakan hp. Ini boleh dilakukan walaupun kereta berada beratus2 km dari rumah.

3.Kuasa bateri tersembunyi sebenarnya ada dalam hp anda walaupun 'bar' menunjukkan bateri hampir habis. Cuba tekan *3370#. Hp anda akan memaparkan 50% kuasa bateri tambahan.

4.Kalau anda mahu semak nombor siri HP, sila tekan *#06#. skrin hp anda akan paparkan 15 digit nombor siri keseamatan. Sila simpan di tempat yang selamat. Sekiranya hp anda dicuri atau hilang, sila hantra nombor tersebut kepada 'service provider' sama ada celcom, maxis, digi dsbnya. Mereka akan sekat hp anda daripada digunakan. Bahkan hp anda tidak akan dapat digunakan walaupun kad sim dikeluarkan.

SELAMA MENCUBA!!!