Selasa, 7 Julai 2009

PELAJAR UTM MATI BERSALIN

1 Jun 2009, Johor Bahru-Seorang pelajar perempuan tahun akhir di UTM Skudai yang berusia 26 tahun, ditemui mati dalam dorm asrama kampus tersebut oleh warden asrama lebih kurang jam 5 petang Isnin lalu. Gadis yang berasal dari Kelantan itu dipercayai belum berkahwin ditemui mati bersama-sama bayi lelaki yang juga meninggal sebaik sahaja dilahirkan dengan keadaan tali pusat masih bersambung.

Polis berkata kemungkinan besar pasangan mangsa merupakan pelajar universiti berkenaan juga. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedahsiasat.
...............................................................

Komen: Insaflah wahai saudaraku umat Islam. Jauhilah perkara yang menjerumuskan diri ke dalam kebinasaan dosa. Nafsu tidak mengenal sesiapa sama ada orang awam, ustaz, cikgu, ulama' dan siapa sahaja. Panduannya, jangan cuba langgar larangan agama. Buruk padahnya... Ambillah iktibar kisah Barsisa, ulama' besar di kalangan Bani Israel yang kecundang di tangan seorang perempuan dengan bantuan godaan syaitan laknatullah. Memang benar sebagaimana kata Imam Al Ghazali bahawa Syaitan mengambil peluang menguasai manusia melalui tiga jalan iaitu: 1)Ketika Marah, 2)Di ketakutan, dan 3) Waktu nafsu syahwat bergelora.

Isnin, 6 Julai 2009

MAKAN DURIAN BASUNG

BERKELAH DI LATA REK

Pagi Jumaat lepas, kami sekeluarga ke Lata Rek, Kuala Krai Kelantan. Kami bertolak dalam jam 10 pagi. Dalam perjalanan, kami berhenti beli durian di Basung, Hulu Terengganu. Oleh kerana dah lama tak jumpa durian, kami makan terus di gerai.

Tengoklah Dhia' Balqis. Bukan setakat durian, semua buah dia suka. Tolak buah keras aja dia tak makan.

Ini merupakan gajah-gajah di Pusat Sanctuary Gajah di Kenyir, dalam perjalanan ke Kuala Krai.

Balqis nampak agak takut dengan gajah. Sebelum ini, Balqis ok aje naik kuda.....



Zai dan anak-anak kecuali Danial memang 'hantu' durian. Tak tahu kenapa Danial lain sikit. Macam orang putih...tak suka durian. Apabila diacukan durian, dia menunjukkan memek muka yang menandakan tidak suka.

Ahad, 21 Jun 2009

Sabtu, 13 Jun 2009

LAGI FOTO CHENG HO

Ini 'mangsa' kami di Restoran Cheng Ho tempoh hari.

Humaira tunjuk gigi arnabnya. Mamanya tunjuk gigi juga. Tak ingat ke gigi zaman sekolah dulu?

Orang lain tengah bergambar, Lee tengah kerling awek sebelah....Nanti mesti ada yg meNAFIkannya sungguh2, "Mana ada awek sebelah tu!!!"

Chek dan Mok Su Na

Dah dan Chek berposing AYU di depan Taman Tema ntah mana2 sbb aku tak pergi...

Bapa penyayang. Tapi apasal nampak macam taik cicak je? Apa2 pun , inilah kurniaan Allah yang Maha Hebat, al Musowwir(Pencipta rupa bentuk makhluk yang berbeza2).

Kesian Kak Ami. Kena layan dua dua. Tak kenyang makan ibu... Takpe demi anak2. Itulah pengorbanan seorang ibu...Ayahnya mana?
Inilah dia anak cik, Fadzil. Ketika bertugas, dia jadi SpiderDey. Ni tgh off, bulehlah posing...

Selasa, 9 Jun 2009

MAKAN MALAM DI RESTORAN CHENG HO

Pada 5 Jun baru2 ini, kami sekeluarga ber'dinner' di Restoran Cheng Ho dkt Wangsa Maju. Terima Kasih banyak2 Dah, Fadzil, Lan dan semua yang meraikan percutian kami dengan dinner 'eksklusif' itu.

Gambar seterusnya akan menyusul...