Selasa, 17 Jun 2008

KEK APOLLO HARAM!!!




Kepada semua pengguna2 Muslim,

Saya ingin menasihati anda semua supaya berhenti membeli semua keluaran Apollo Food Industries terutamanya ibubapa yang selalu membeli makanan seumpama layer cake, choco stick dan sebagainya yang selalu keluar iklan di TV . Kejadian ini berlaku kepada saya sendiri.

Saya selalu juga membeli apollo layer cake dlm kuantiti yg banyak untuk anak2 saya sebagai makanan ringan. Anak2 juga selalu mendapat product Apollo setiap kali ada majlis harijadi disekolah (goodie bag yg disediakan oleh parents kepada birthday girl/boy tersebut).

Selama ini saya ingatkan product Apollo ni HALAL sebab keluar kat TV..kalau tak halal, takkan TV boleh lepas ye tak?

Nak jadikan cerita, suatu hari, saya membeli APOLLO CHOCOLATE LAYER CAKE yg plastik pembungkusnya berwarna kuning . Anak2 sempat makan sorang satu. Entahlah, sudah menjadi tabiat saya, suka membaca ingredient yg tertera pada pembungkus makanan, hatta ubat gigi, syampoo dan sebagainya, saya juga suka membaca. Mungkin saya mengambil langkah berjaga2 agaknya.

Tetiba saya terpana bila apa yg saya takuti akhirnya terjadi kepada saya & keluarga sendiri... APOLLO layer cake yg saya beli mengandungi Emulsifier 471, yg kita sudah maklum, mengandungi unsur babi.. Astaghfirullah. .. Astaghfirullah. .. Astaghfirullah. . banyak kali saya beristighfar, kerana anak2 saya sudah memakan cake tersebut.

Saya terus memberitahu mereka supaya jgn lagi memakan APOLLO... APOLLO HARAM DIMAKAN !

Saya sertakan SCAN FILE pembungkus APOLLO yg saya maksudkan... Maaflah kerana Black & White kerana saya x ada scanner kaler.

Saya harap kawan2 sume tolong sebarkan kepada jiran2, kawan2 seagama supaya memesan kepada anak2 kita, jgn lagi memakan product apollo ini.. Bukan saja Apollo Chocolate layer cake, tapi kita patut BANNED semua product keluaran APOLLO kerana semua productnya dikilangkan dikilang yg sama, mesin yg sama, bercampur yg halal dan haram...

Yang buat saya paling sedih, Ada logo HALAL pada plastik pembungkus APOLLO tersebut...

Marilah kita sama2 membenteras penipuan ini dan semoga Allah ampunkan dosa2 kita yg telah termakan benda haram ni...

Emulsifiers yg HARAM:
120,141,160( A), 161,252,300, 301,422,430, 431,434,435, 436,441,470, 471,472(AE) ,473~477, 481~483,491, 494,542,570, 631,635,920 beur & RENNET...


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ini adalah petikan dr laman web >
http://www.shukur.org/v4/component/option,com_smf/Itemid,105/topic,15494.0/

"E110 adalah kod untuk bahan pewarna makanan untuk warna kuning (colouring - sunset yellow, orange yellow, yellow 6). Ia boleh memberi kesan allergi bagi yang sensitif dengan bahan tersebut. Untuk makluman, sistem E-Coded digunakan sebagai satu sistem antarabangsa untuk food addittive (bahan tambahan untuk makanan - sama ada ianya adalah bahan perasa, bahan pewarna atau bahan awet). Sebahagian besar food additive ini ada yang bersifat bahan natural seperti garam dan gula, ada yang dihasilkan daripada bahan kimia seperti bahan awetan (sodium benzoate - E211), ada yang dihasilkan daripada bahagian tumbuhan dan haiwan (E471 - Mono - and diglycerides of fatty acids, glycerel monostearate, glyceryl distearate - bahan emulsifier, penstabil makanan - boleh dihasilkan sama ada daripada lemak haiwan atau pun lemak tumbuhan).

Sebenarnya terdapat beratus-ratus bahan tambahan makanan yang menggunakan E-Coded dalam industri penghasilan produk makanan. Apabila sesuatu produk / syarikat yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM tetapi tertera mana-mana E-Coded pada pembungkusan produk itu bermakna pihak JAKIM telah mengenalpasti bahawa bahan yang digunakan itu adalah bukan daripada bahan yang haram, contohnya E471, JAKIM telah mengenal pasti bahawa emulsifier yang digunakan itu adalah berasal daripada tumbuhan (soya atau kelapa sawit). Selagi produk tersebut adalah produk tempatan dan mendapat pengesahan halal JAKIM, insya-allah bahan yang digunakan itu telah benar-benar dikenal pasti kehalalannya tetapi sekiranya berada di luar negara atau produk import maka perlulah berhati-hati kerana JAKIM tidak membuat pemeriksaan ke atas bahan-bahan yang digunakan itu. Boleh jadi ianya adalah daripada bahan yang haram atau syubhah.

Diambil dari Portal e-Halal: http://www.halaljakim.gov.my/"