KIRIMAN EMAIL SEORANG KENALAN
....................................................
Pengumuman kenaikan harga petrol semalam disambut ‘riang’ oleh rakyat
>>> Malaysia sehingga stesen-stesen minyak di seluruh negara ‘berpesta’
>>> sakan. Kenaikan ini pada mulanya di umumkan oleh Menteri Perdagangan
>>> Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad bahawa
>>> berkuatkuasa Ogos nanti namun indah khabar dari rupa.
>>> Kenaikan sebanyak 78 sen kepada RM2.70 seliter menggambarkan situasi
>>> yang sangat membimbangkan ramai pihak terutama individu yang
>>> berpendapatan rendah dan sederhana.
>>> Kekhuatiran kenaikan harga barang juga menjadi perdebatan yang hangat
>>> di meja kedai kopi hingga ke meja makan dapur.
>>> Rakyat semakin resah, paniknya semakin bertambah. Dalam masa yang sama
>>> juga petrol sudah ‘membakar’ aqidah.
>>>
>>> Membakar Aqidah
>>>
>>> Selepas pengumuman tersebut, dunia seolah-olah mengalami ‘kiamat’
>>> kecil. Stesen-stesen minyak sesak sejak awal petang lagi hingga lewat
>>> tengah malam. Solat maghrib terlepas begitu sahaja akibat kesesakan
>>> yang dialami sehingga ada beberapa individu yang bergaduh kerana
>>> berlanggar sesama sendiri. Cacian juga hinaan dilontarkan kepada
>>> kereta-kereta yang memotong barisan tanpa mengira bangsa atau agama.
>>> Setibanya di rumah lewat malam dalam keadaan yang sangat memenatkan,
>>> solat isyak tergadai begitu sahaja akibat panggilan bantal dan tilam
>>> lebih enak berbanding panggilan Ilahi untuk mengadap-Nya.
>>>
>>> Umat Islam terutamanya sanggup mengeluarkan kenyataan yang berbaur
>>> syirik kecil;
>>>
>>> Matilah aku harga minyak sudah naik. Kalau tak isi malam ni akulah
>>> manusia paling rugi di dunia”
>>>
>>> Ayah di rumah pening memikirkan sumber pendapatan dan kos sara hidup
>>> yang semakin meningkat sehingga menolak keyakinan terhadap REZEKI dan
>>> KEBERKATAN kurniaan Allah s.w.t kepada sekalian hamba-Nya. Ibu di
>>> dapur sebak lalu menangis mengenangkan kesulitan yang bakal dihadapi
>>> dalam membesarkan anak-anak sehingga Kekuasaan dan Keesaan Allah s.w.t
>>> diketepikan secara perlahan-lahan tanpa sedar.
>>>
>>> Masyarakat semakin kurang solat berjemaah gara-gara masjid jauh dari
>>> rumah dan penjimatan minyak diutamakan kepada pengunaan untuk mencari
>>> nafkah di luar. Jika dahulu setiap kali hujung minggu ziarah
>>> saudara-mara menjadi rutin, tetapi alasan kenaikan harga petrol
>>> menjadi penghalang utama mengikat silaturrahim sesama saudara Islam.
>>> Ceramah-ceramah agama makin berkurang hadirinnya akibat langkah
>>> penjimatan yang dilakukan oleh masyarakat sampai ke tahap yang
>>> membimbangkan.
>>>
>>> Peniaga-peniaga menaikkan harga barang dengan sewenangnya walaupun
>>> menerima subsidi sehingga hilang keimanan mereka kepada Allah s.w.t
>>> Yang Maha Melihat;
>>>
>>> Tak siapa tahu aku menipu dengan naikkan harga. Tak siapa nampak aku
>>> simpan stok untuk tinggikan lagi harga”
>>>
>>> Remaja-remaja rempit yang berkeliaran kian giat merompak dan meragut
>>> untuk ‘menyara’ tunggangan mereka yang bernama 125Z dan RXZ. Jenayah
>>> seksual juga semakin meningkat akibat kos kenduri dan pernikahan dalam
>>> masyarakat Melayu terutamanya menghambat pasangan yang ingin
>>> berumahtangga untuk menyediakan sekurang-kurangnya puluhan ribu
>>> ringgit. Keinginan yang menggila untuk menyediakan pelamin yang gah,
>>> kenduri yang besar, persalinan pengantin yang banyak, upah jurugambar,
>>> dan sebagainya menjerut leher mereka sendiri sehingga menolak
>>> persoalan KEBERKATAN dalam pernikahan itu sendiri. Tidak hairanlah
>>> muda-mudi hari ini memilih jalan yang paling mudah untuk mengisi
>>> ‘keperluan’ mereka sebagai manusia yang sudah lanjut usia dengan
>>> menyewa hotel murah bersama pasangan tanpa mengeluarkan belanja yang
>>> besar. Malah lebih teruk lagi ada yang menculik dan merogol sesiapa
>>> sahaja yang berkesempatan.
>>>
>>> Bagi keluarga yang sudah biasa dengan hidangan yang sedap serta mahal
>>> harganya mula resah akibat kenaikan harga barangan yang melambung.
>>> Hidangan yang dihadkan kepada lauk-pauk yang murah mengakibatkan
>>> anak-anak mula merajuk.
>>> Isteri di dapur pula sehari semalam berleter kepada si suami untuk
>>> mencari wang yang lebih untuk menyara keluarga.
>>> Suami yang kepenatan tertekan dan kadang-kala boleh menjurus ke arah
>>> membunuh diri. Struktur sosial keluarga kian terhakis satu demi satu.
>>>
>>> Kenderaan di halaman rumah yang memerlukan petrol yang mencukupi untuk
>>> digerakkan menjadi harta utama yang dipandang oleh masyarakat. Hanya
>>> kerana ingin bergaya, kereta mewah dan menggunakan petrol yang banyak
>>> sanggup dibeli semata-mata memenuhi pandangan masyarakat terhadap
>>> KEBAHAGIAAN dan KEJAYAAN yang salah takrifannya.
>>>
>>> Situasi ini menampakkan kepada kita kerakusan manusia dalam mengejar
>>> kepentingan sendiri tanpa memikirkan soal hidup orang lain.
>>>
>>> Masyarakat yang longgar aqidah mereka kian menjunam ke lembah syirik
>>> secara perlahan-lahan. Benar bukan? Petrol ‘membakar’ aqidah.
>>>
>>> Bertuhankan Dunia
>>>
>>> Situasi ini berlaku apabila manusia itu sendiri ‘menyembah’ dunia
>>> serta menolak kebenaran Islam yang dibawa melalui al-Quran dan
>>> al-Sunnah. Persoalan gaya hidup mewah menjadi kegilaan yang sangat
>>> menggerunkan sehingga ada yang sanggup menggadaikan maruah dan
>>> kehormatan untuk mencapai kesenangan hidup. Lambakan iklan-iklan yang
>>> menjaja kemodenan yang berteraskan nafsu dikayakan dalam media massa
>>> serta disuntik ke dalam pemikiran rakyat. Maka, masyarakat selesa
>>> berada dalam keadaan mewah ini tanpa memikirkan persoalan nasib orang
>>> lain yang tertindas dan hidup dalam serba kekurangan.
>>>
>>> Kenderaan mewah yang menimbulkan kemegahan masyarakat selama ini
>>> menjadi ukuran kekayaan seseorang di mata masyarakat. Malah hampir
>>> semua perniagaan langsung dan Multi Level Marketing (MLM)
>>> menggambarkan usahawan yang berjaya mesti memiliki kerta mewah sebagai
>>> kayu ukur kejayaan hidup seseorang. Adakah benar dengan memiliki
>>> kereta mewah seseorang itu dianggap berjaya? Kejayaan dalam konteks
>>> kebendaan yang dilihat ternyata merosakkan sistem masyarakat.
>>> Masyarakat sudah menodai Rukun Negara yang pertama tanpa disedari;
>>> Kepercayaan Kepada Tuhan.
>>>
>>> Persoalan gaya hidup yang terlalu mementingkan kemewahan dan
>>> keselesaan menampakkan kepincangan mentaliti masyarakat, tidak
>>> terkecuali kepada umat Islam. Saranan gerakan sivil serta
>>> pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan selama ini yang tidak diambil
>>> endah kian difokuskan sebagai jalan keluar segala permasalahan yang
>>> dihadapi saban hari.
>>> Dahulunya pandangan golongan ini dianggap sebagai ‘kurang waras’ oleh
>>> masyarakat akibat racun pihak media massa yang menusuk setiap urat
>>> nadi rakyat.
>>>
>>> Memadam Kebakaran
>>>
>>> Saranan YAB Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
>>> kepada rakyat untuk menukar gaya hidup dilihat sebagai “meludah ke
>>> langit”. Sebagai seorang pemimpin yang beragama Islam, riwayat hidup
>>> saidatina Khadijah wajar dijadikan sebagai iktibar dan pedoman kepada
>>> seluruh umat Islam. Apabila musyrikin Mekah memboikot penganut Islam
>>> ketika itu, saidatina Khadijah tampil dengan menggunakan kesemua
>>> hartanya sebagai penyelamat kepada kesengsaraan yang dialami umat
>>> Islam sehingga beliau jatuh miskin.
>>> Saidina Abu Bakar pula sanggup menghabiskan semua hartanya dalam
>>> membantu penderitaan umat Islam sehingga beliau
>>> berkata:
>>>
>>> Hanya Allah s.w.t dan Rasul-Nya sahaja yang aku tinggalkan kepada
>>> isteri dan anak-anakku”
>>>
>>> Tauladan yang mulia ini sepatutnya dijadikan ikutan setiap umat Islam
>>> yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dan percaya kepada
>>> pertolongan-Nya dalam setiap kesulitan yang dihadapi. Jika umat Islam
>>> memahami syari’at Islam serta mengambil tindakan bersama untuk
>>> menangani segala permasalahan yang dihadapi berlandaskan al-Quran dan
>>> al-Sunnah, tidak ada yang mustahil dengan pertolongan dari-Nya.
>>>
>>> Majoriti menteri dan ahli parlimen beragama Islam. Malah kekayaan
>>> golongan ini mencapai ke suatu tahap yang sangat tinggi sama ada
>>> melalui pengisytiharan harta secara terbuka mahupun yang
>>> disembunyikan. Tidak mustahil dengan ketokohan golongan ini mengambil
>>> iktibar keperibadian saidina Abu Bakar al-Siddiq serta saidatina
>>> Khadijah sedikit sebanyak mengurangkan beban rakyat dalam menghadapi
>>> krisis harga petrol yang melambung. Sangat sukar tetapi tidak
>>> mustahil.
>>> Mengapa? Penanaman aqidah yang sahih dalam diri masyarakat di Malaysia
>>> sedikit longgar sejak kecil akibat kepincangan sistem pendidikan namun
>>> keyakinan kepada ganjaran Allah s.w.t wajib menjadi pegangan utama.
>>> Peringatan ini harus diulangi saban hari.
>>>
>>> Firman Allah s.w.t dalam Kitab-Nya:
>>>
>>> Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut
>>> dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya
>>> yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari
>>> balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya
>>> mereka kembali (insaf dan bertaubat)”
>>>
>>> [QS al-Rūm 30:41]
>>>
>>> Mari kita sama-sama memikirkan kembali kerosakan yang kita lakukan di
>>> dunia sama ada bersifat zahiriah mahupun batiniah. Semoga Allah s.w.t
>>> menghimpunkan kita dalam golongan yang bersyukur dengan apa yang ada
>>> dan beriman kepada-Nya dengan sebenar-benar iman. Astaghfirullah.
Selasa, 24 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan