Ahad, 22 Jun 2008

TINGGALKAN KFC

Ini kiriman seorang sahabat email:

Subject: FW: LOVE KFC ? KESIANKANLAH DIRI KITA


Persoalannya sekarang bukan ini sahaja (fizikal) yang menentukan
halal atau haram sesuatu makanan itu diperbuat contohnya daging
babi...sememangnya haram. Persoalannya ialah cara penyediaan sesuatu
makanan itu dibuat. Saya ambil satu contoh, semasa saya menghadiri satu
kuliah ilmu, Ustaz Daud Che Ngah ada menceritakan Kes KFC. Begini
ceritanya :

Pihak KFC bercadang hendak memberi makanan percuma berupakan ayam
goreng KFC kepada jemaah haji
Malaysia yang sedang menunggu giliran
sebelum untuk diangkut dari Kelana Jaya ke Subang / KLIA. Maka Boss
Ustaz Daud menyuruh beliau menyiasat cara penyediaan ayam itu dibuat
dan
memberikan laporan kepadanya sama ada boleh atau tidak mengikut syarak.

Pusat dan ia dimulakan seawal jam 6.00 pagi. Ustaz Daud mengambil
keputusan untuk sembahyang Subuh berdekatan dengan pusat tersebut.
Selesai solat subuh kedengaran siren dibunyikan menanda pekerja KFC
mesti memulakan tugas memyembelih ayam.
Para pekerja yang duduk
berhampiran dengan pusat penyembelih an/hostel muda-muda terus memakai
pakaian seragam mereka dan terus membuat kerja. Satu persatu ayam
digantung dengan kaki keatas dan sayap dikepit. Ayam dipotong dan
seterusnya dijatuhkan dalam air suam.

Dalam laporan Ustaz Daud Che Ngah kepada Bossnya beliau mengatakan KFC
tidak boleh dimakan dan dihidangkan kepada jemaah haji kerana :- a.
Sewaktu sembahyang subuh, tiada seorang pun tukang sembelih yang
menunaikan solat subuh. b. Ayam yang disembelih tidak mati / dibiarkan
bebas tetapi terus dijatuhkan dalam air panas / letrik c. Ayam tersebut
berada dalam keadaan terseksa dengan kedua kaki (yang terbalik) kepak
terikat.

Oleh yang demikian maka Ayam tersebut tidak boleh dimakan. Oleh kerana
ianya telah disahkan oleh JAKIM maka dosa tu depa yang tanggung. Saya
sejak dengar tempoh hari tidak makan KFC insyallah dan wallahualam.
************************************************************************
****************
Assalamualaikum wbk.

Ini cerita pengalaman seorang hamba Allah di kampung aku la. Recently
seorang hamba Allah di kampung aku ni dapat offer masuk KFC / Pizza Hut
management trainee. Lepas buat medical checkup, etc, maka berangkatlah
dia ke KFC training center kat Kelana Jaya. Khabarnya dia diberi
penginapan kat Sentul. So tiap2 hari kenalah dia berulang ke Kelana
Jaya
untuk training session dia. Sepanjang waktu latihan, beliau diberi
subsidi makan dan uniform serta penginapan percuma. Selepas beberapa
bulan, satu hari dia ke kilang para pelanggan KFC. Di kilang inilah dia
tengok sesuatu yang meragukan.

Diperhatikannya ayam2 tu disembelih oleh tiga orang penyembelih dan
dua daripadanya ialah perempuan. Perempuan sembelih ayam?
Hmmm...macamana tu?. Kemudian diperhatikannya pula ayam2 (dari kotak
tetapi ada seekor dua yang tak bergerak langsung dan tak nampak aktif.
Maka ditanya pada orang yang menggantung ayam tentang ayam2 tersebut.
Pekerja tu memberitahu bahawa adakalanya ayam2 itu mati dalam
perjalanan
kerana kesejukan sewaktu perjalanan waktu malam atau keadaan sesak di
dalam kotak plastik itu sendiri. Mati,ianya masih digantung untuk masuk
ke ruang penyembelihan.

Ayam yang sudah mati disembelih? Bangkai? Disembelih? Halal? Sekali
lagi, hmmm....macamana tu? Akibat daripada timbulnya rasa was2 yang
berat, hamba Allah ini telah mengambil keputusan untuk berhenti
menjalani latihan dan sekaligus menamatkan perkhidmatannya dengan KFC.
Maka pulanglah hamba Allah kita dapat tengok anggota yang menjadi ahli
dalam menguruskan soal halalnya makanan yang dijual dan bagaimana badan
ini memastikan semua hidangan di KFC dan Pizza jikalau cerita hamba
Allah ni salah. Kalau betul, maknanya tanda ditanggung halal di premis
KFC dan Pizza Hut boleh dianggap palsu dan hanya untuk menarik
pelanggan
beragama Islam
************************************************************************
*****************
Ada seorang ustaz menceritakan bahawa seorang saudaranya dapat kerja
sebagai penyembelih diKFC. Tak sampai seminggu dia resign kerana tak
sanggup mananggung dosa bagi orang makan bangkai. Ayam yang terikat
seperti diatas
>berpusing boleh tahan lajunya (kerana nak sembelih banyak) dia hanya
sempat sebut " bis " saja untuk setiap ekor yg disembelih, lepas tu
rendam, matilah ayam tu dalam kelemasan.

************************************************************************
*****************
Setiap apa yg kita makan akan menjadi darah daging, sepotong hadis nabi
menyebut, mafhumnya, " setiap daging dari sumber yg haram akan menjadi
makanan api neraka " .

MAKA BERHATI - HATILAH DGN APA YG KITA MAKAN SEMOGA KITA TERSELAMAT
DARI API NERAKA YG MAHA DAHSYAT.

Tiada ulasan: