Sabtu, 7 Jun 2008

ORANG MINYAK DI GONG BADAK!!!

Khas untuk LF-LF yang selalu ke outstation Kertih, KL, Miri, Bintulu, Offshore, Sudan, Turkmenistan yang meninggalkan isteri dan anak2 dirumah.

Khas juga untuk anak2 dara dan weekend wives/husbands.

Kejadian ini berlaku pada hari khamis, 5 pagi, masa tu saya tiada dirumah, saya berada diOGT dengan student WNPOC.

Saya menyewa di Gong Badak, berdekatan juga dengan rumah En Zulkifli Asmuni, En. M. Yunus, En. Razali. Rumah Hj. Razak, En. Wan Zul dan Datin dibelakang sikit.

Pada malam sebelumnya, dua orang telah di lihat menaiki motorcycle membawa bersama "jack-kereta" pada pukul 12malam.

Pada pukul 5pagi, hari Rabu, mereka ini telah memecah masuk rumah di kawasan belakang, mungkin area rumah Hj Yunus. Mereka melarikan diri bila anak tuan rumah menjerit dan mereka dikejar oleh tuan rumah itu. Yang aneh nya, kedua2 penjenayah ini berbogel. Mungkin nak test ilmu hitam kot.

Pada malam berikutnya, mereka telah mencuba pula rumah2 di area depan sekali termasuklah rumah saya.

Dalam pukul 4-5 pagi, bilamana semua tengah nyenyak tidor, mereka telah pergi dari satu rumah kesatu

rumah dan cuba membuka tingkap. Jiran sebelah rumah saya telah kehilangan satu kamera yang sedang di charge di plug di tepi tingkap itu. Dan rumah jiran dibelakang rumah saya pun mereka cuba masuk juga. . Cermin tingkap bilek tidor telah pun dicabut. Tapi mungkin melihatkan suami, isteri dan anak2 semua tidor disitu, mereka tak jadi masuk. Mungkin, lepas itu mereka beraleh ke rumah saya pula.

Jiran belakang rumah saya ada memasang lampu dibelakang rumah. Tetapi penceroboh2 ini telah memulaskan bulb sampai ianya padam supaya area belakang menjadi gelap.. Ini untuk memudahkan operasi mereka.

Mula2 mereka membuka cermin tingkap naco dengan penuh berhati2 takut pecah. Kalau pecah, bising, nanti orang terjaga pula. Agaknya, bila dia tengok isteri saya tidor bersendirian, maka dia pun berani untuk masuk. Dia mengambil kain yang dihidai oleh jiran belakang untuk dibuat lapit atau untuk "mendiamkan" "jack-kereta".

Lepas tu dia pun jack up besi tingkap itu. Katil terletak bersebelahan tingkap saja.

Setelah selesai meluaskan lubang tingkap, dia pun cuba memasuki bilek.

Alhamdulilah, isteri saya tersedar bila terdengar nafas dan dengusan orang. Dia terkejut melihat badan penceroboh yang berambut pendek dan tidak berbaju itu dah melepasi tingkap dan tangan si durjana itu sudah berada diatas tilam. Hanya kaki dan peha masih berada di luar tingkap.

Isteri memang terkejut melihat si durjana yang tidak diundang itu. Tapi mujurlah Allah tidak menjadikan isteri saya panik dan kaku. Menyedari itu adalah penceroboh, isteri pun menjerit sambil terus menerajang 2 kali dengan sekuat tenaga dan kena tepat pada muka si penceroboh itu.

Anehnya bila diterajang si durjana ini tidak mengaduh atau melawan balik malah cepat2 pula mengeluarkan badannya. Mungkin dia berasa terancam bila jiran dengar dan terjaga. Lagipun subuh dah hampir, lalu dia pun terus berundur dan isteri saya terus bangun mengejutkan anak lelaki saya dibilek hadapan.

Dan si durjana ini lari lintang pukang bersama jack keretanya hinggakan kain batik dia pun tertinggal. Rasanya dia pun lari berbogel juga macam malam sebelumnya.. Mungkin dia pakai ilmu halimunan atau lain2 ilmu sesat yang mensyaratkan mesti berbogel kalau nak masuk rumah orang dan mencuri. Walau bagaimana pun ALLAH itu maha besar dan maha berkuasa dan kita berserahlah kepadanya.

Keesokan harinya, isteri saya membuat polis repot. Dengar cerita, suspect mungkin dua orang askar yang ada rekod buruk sebelum ini.

Akhir kalam, saya bersyukur kepada ALLAH kerana isteri dan anak2 saya selamat dalam kejadian itu.

Dan saya juga berterima kasih kepada jiran2 yang cepat membantu. Dan saya berterima kasih juga kepada tuan rumah yang berjanji akan memasang grill secepat mungkin.

Moga kita sama2 dapat mengambil pengajaran dari kejadian ini.

Awas penjenayah ini masih belum ditangkap. Jadi berhati2lah.

Mazlan Mahmud

A. View dari luar bilek. Besi tingkap yang telah di "jack-up"

B. Cermin2 ini di cabut dengan cermat sekali dan diletak atas tanah

C. Ini lah kain2 jiran belakang rumah yang di curi untuk mendiamkan "car-jack" yang digunakan

D. Inilah rupa tingkap yang telah di jack-up. Nampak kecil, tapi kepala dan badan pun boleh lepas.

E. Kain batik sipenceroboh yang ditinggalkan semasa melarikan diri. ( Rasanya dia lari berbogel macam

kejadian sebelum ini. )

F. View dari dalam bilek.

PENGAJARAN DAN PERINGATAN

  1. Pasanglah grill pada tingkap dan pintu rumah anda. Walaupun grill tidak menjamin keselamatan sepenuhnya tapi ia boleh menyusahkan dan melambatkan proses pecah-rumah.
  2. Pastikan pintu dan grill dikunci sebelum tidor.
  3. Pastikan kunci2 pintu dan grill ( mesti ada kunci2 spare )di simpan ditempat selamat. Satu dalam bilek tidor anda dan satu di key cabinet, supaya dalam kecemasan sama ada ketika pencuri masuk atau ketika kebakaran anda dan ahli keluarga anda tahu dimana kunci rumah untuk keluar minta tolong. Jangan dibiarkan kunci dipintu atau letak diatas cabinet ditepi tingkat. Penceroboh boleh mengait kunci itu dengan dawai besi dan memasuki rumah anda dengan senang.
  4. Jangan tidur bersendirian. Kalau wanita yang belum kahwin, ajaklah kawan tidor sebilek atau kahwinlah cepat2. Kalau suami pergi KL atau Sudan, tidurlah dengan anak perempuan. Atau ajaklah kawan perempuan tidor dirumah. Atau pun tumpanglah tidor dirumah saudara atau jiran.
  5. Jangan pakai seksi2 atau tidur berbogel kerana ini boleh menyemarakkan lagi nafsu si durjana itu. Walaupun berbogel dalam selimut, kerana ini semua akan melambatkan lagi pergerakan dan tindakan anda bila ada kecemasan.Tak kan anda nak keluar rumah minta tolong dalam keadaan berbogel? Sanggup?
  6. Jangan simpan barang2 yang berharga saperti kamera, HP, beg duit, barang kemas, di tepi tingkap. Pernah terjadi, ada pencuri hanya menggunakan galah pengait untuk mengait beg tangan yang penuh barang kemas berharga RM15,000 dari tingkap tanpa memasuki rumah tersebut.
  7. Simpanlah satu dua senjata kat bilek tidor. Tukul, parang atau baseball bat.
  8. Pasanglah burglar alarm dirumah anda. Kerusi set RM5,000 boleh beli, tak kan alarm RM1000 ke 2500 tak mampu. Belilah, sayangilah isteri, anak2 dan keluarga anda.
  9. Jangan pandang ringan, sekalipun rumah anda ada grill, ia tak menjanjikan keselamatan 100%.
  10. Jangan fikir rumah anda tak mungkin kena, yang kena rumah orang lain. Fikirlah, hari ini rumah Mazlan dimasuk orang, mungkin besok lusa rumah aku pula.( Bukanlah minta, tapi apa2 pun boleh berlaku ) Adakah aku sudah bersedia? Berjaga2lah.
  11. Kenalilah jiran2 anda kerana merekalah orang yang paling cepat boleh membantu dan menyelamatkan nyawa kita. Bukan polis, bukan bomba atau saudara mara kita yang duduk diKL tu.
  12. Simpanlah nombor HP jiran2 kita dalam HP kita. Letakkan HP ditepi katil supaya senang dicapai. Kalau boleh, set kan nombor itu dalam "speed dial"
  13. Selalulah baca Quran dirumah.
  14. Bacalah 3 Qul sebelum tidur dan doa2 keselamatan dan perlindungan sebelum tidur.
  15. Setelah kita berusaha sebaik mungkin bagi menjaga keselamatan kita dan ahli rumah kita, kita berserahlah kepada ALLAH. Kita hanya berikhtiar, ALLAH lah yang menentukan segala2 nya.

Tiada ulasan: