Petang semalam, ambe terima sms dari seorang kawan yang mengatakan minyak akan naik bermula tengah malam ni. Waktu tu jam 5.15 petang. Jadi, ambe pun rancang nak isi waktu balik nanti. Tapi disebabkan masih ada urusan belum selesai, ambe hanya dapat keluar pada jam 6.50ptg. Niat di hati nak berhenti di Petronas Batu Buruk. Tapi bila tengok kenderaan berjela2 menunggu 'turn', aku batalkan niat sebab maghrib tak lama lagi.
Kebetulan semalam hari Rabu, iaitu hari ambe bawa anak isteri ke rumah mertua. Jadi, dalam benak ambe, ingat nak isi minyak di Petronas Tok Jiring. Selepas masuk Isyak, kira2 jam 9.15 malam, aku menuju ke stesen petronas tok jiring sebagaimana rancangan. Punyalah banyak beratur, lepas 2 jam baru ambe dapat isi minyak. Itupun setelah beberapa kali terlelap dalam kereta. Kereta pulak sedikit tercalar akibat seorang gadis yang bawa Myvi berasak2 di sebelah kereta ambe. Ambe 'horn' pun dia buat tak tau je...Punyalah selamba. Inilah akibatnya bila manusia sudah terdesak. Apa2 pun boleh terjadi.
Bayangkan hari2 yang mendatang, barang keperluan harian akan naik, barang dapur akan naik, semua akan naik akibat kos penghantaran yang naik.
Rabu, 4 Jun 2008
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan